Hospital lama

547 25 2
                                    

Sesi pendaftaran bagi pelajar baru untuk pengambilan pelajar dalam semua jurusan di kolej tersebut amatlah dinantikan bagi mereka yang telah berjaya dalam sesi temuduga dan peperiksaan yang telah dilakukan 3 bulan sebelum surat panggilan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diambil sampai di rumah.

Hari dan masa yang dinantikan telah pun tiba,Ariana sangat teruja dan tidak sabar untuk menjejakkan kaki di tempat baru yang bakal dia duduki selama 3 tahun.Ariana dan keluarganya telah sampai ke kolej tersebut sehari sebelum sesi pendaftaran bermula kerana mereka ingin memastikan tempat yang dituju adalah benar.

Pendaftaran bagi pelajar baru telah pun dijalankan tanpa menggalami sebarang masalah dan pelajar semua di minta untuk berkumpul di dalam dewan yang disediakan bagi mendengar taklimat oleh tuan pengarah kolej tersebut sebelum pelajar baru memulakan hari kuliah dan serba sedikit tentang peraturan kolej tersebut.

Ariana teruja dan dia tidak sabar untuk berkenalan dengan rakan baru dan secara tidak langsung dia tidak sabar untuk melihat bilik yang bakal dia duduki selama 3 tahun,walaupun dia merupakan anak bongsu bagi keluarga en Azman dan Puan Salmiah,dia bertekad untuk tidak menghampakan kedua ibu bapanya yang bersusah payah menghantarnya ke kolej tersebut.

Setelah selesai sesi taklimat dan ibu bapa dibenarkan pulang,kesemua pelajar baru di bawa memasuki dorm yang bakal mereka diami selama 3 tahun.Ariana orang pertama yang memasuki dorm tersebut dan dia memerhatikan keadaan sekeliling dorm tersebut.Ariana tertarik dengan dorm tersebut walaupun hatinya gusar namun dia tetap bersahaja dan ingin tahu rahsia di sebalik bilik tersebut kerana keadaan bilik seperti sebuah bangunan yang telah lama terbina dan seperti ada sesuatu misteri di dalam bilik tersebut kerana keadaan bilik yang hanya memisahkan dengan dinding kayu dengan bilik yang lain.

"Namaku Amalina,nama kau siapa?,"lamunan Ariana terganggu dek kerana ditegur oleh seorang gadis yang cantik dan lembut dari segi tingkah lakunya.

"Ariana",Ariana tersenyum dan sambung semula memerhati bilik tersebut,Ariana memilih sebuah katil paling hujung dan dia telah mengajak Amalina untuk bersama-sama memilih katil di bahagian hujung sekali.

Malam itu mereka dibenarkan untuk tidak turun ke dewan dan mereka diarahkan untuk mengemas beg dan dorm masing-masing.Ariana gembira kerana dia tidak perlu bersiap untuk turun ke dewan bagi menghadiri sesi orientasi yang wajib diadakan bagi pelajar baru di mana-mana institusi.

Malam itu mereka semua tidur awal kerana keletihan.Namun lena Ariana terganggu kerana terasa ingin ke tandas.Tandas yamg terletak dibahagian hujung dorm tersebut memaksa Ariana untuk mengejutkan Amalina yang ketika itu sedang nyenyak tidur kerana keletihan.Namun Amalina menuruti permintaan Ariana untuk menemaninya ke tandas.

Setelah selesai ke tandas mereka berdua berjalan beriringan untuk memasuki ke dalam dorm bagi meneruskan tidur yang terganggu  sebentar tadi.

"krek..krek..krekk...",tidur Ariaan terganggu lagi dek terdengar seperti ada seseorang sedang menarik troli untuk melakukan prosedur kepada pesakit,Ariana memberanikan diri untuk membuka mata dan melihat siapakah yang menarik troli di pagi hari,namun Ariana hampa kerana tiada seorang pun yang kelihatan dan dia cuba meneruskan tidurnya.

"sakit..sakit..tolong misi saya sakit...terasa seperti mahu keluar",sayup kedengaran namun jelas setiap perkataan tersebut kerana ditelani kelarutan malam itu,Ariana terpingga dan sekali lagi lena nya terganggu namun dia memberanikan diri untuk melihat siapakan yang meminta pertolongan dan di selang seli dengan tangisan seperti di dalam kesakitan yang tidak mampu di tahan oleh makhluk tersebut.

"uwek..uwekk..uwekk...",tangisan bayi kedengaran seperti seorang bayi yang baru melihat dunia dan keluar dari rahim ibunya,bulu roma Ariana berdiri dan terasa dingin di wajahnya.

Di suatu sudut di dalam dorm tersebut,di kepekatan malam dan kesamaran malam,Ariana ternampak seperti ada seseorang yang lengkap berpakaian seperti seorang jururawat sedang berdiri memerhatikannya.Secara perlahan-lahan bayangan tersebut berjalan menuju ke arahnya dan dipertengahannya bayangan tersebut hilang.Ariana yang didalam ketakutan hanya berserah kepada Allah S.W.T agar dirinya dilindungi dari terlihat oleh makhluk yang menyerupai jururawat tersebut.

Tanpa sedar Ariana tertidur di dalam ketakutan.Keesokan pagi nya Amalina mengejutkan Ariana untuk pergi menghadiri orientasi mereka pada hari pertama,namun Amalina melihat Ariana seperti di dalam keadaan yang tidak sihat.Dia memeriksa dahi Ariana yang ketika itu panas.

Amalina pergi mendapatkan warden yang telah menjaga dorm mereka,Ariana menceritakan peristiwa yang terjadi malam itu.Warden asrama  telah menceritakan salasilah dorm itu yang asalnya merupakan dewan bersalin dan asrama yang tersegam itu adalah hospital lama yang telah di tutup kerana hospital baru telah di bina di tengah bandar dan dek kerana pihak kolej telah kekurangan asrama,mereka telah meminta izin untuk membuka hospital lama itu sebagai asrama bagi pelatih yang akan menjalani latihan di kolej tersebut selama tiga tahun.

Setelah diceritakan oleh warden asrama,mereka sudah menjadi lali dan tidak menghiraukan lagi bunyi-bunyi yang sering menganggu lena mereka.Mereka menganggap gangguan itu seperti ada makhluk lain yang menumpang untuk melakukan tugasan harian mereka.

TAMAT

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now