Mesin jahit berhantu

645 50 0
                                    

Assalamualaikum admin. Aku nak share cerita ni. Terima kasih kalau cerita aku dpt disiarkan.

Aku nak kongsi dgn semua pembaca tentang satu cerita seram yg aku lalui ketika aku dibangku sekolah. Sekarang aku merupakan pelajar Tesl di uia.

Ceritanya bermula bila aku sekeluarga berpindah ke kampung selepas ayah pencen dari kerajaan. Masa tu aku form 4. Jenuh jugak nak urus pertukaran sekolah semua sb tahun lepas tu aku dah kene hadap SPM. Tp alhamdulillah, urusan pertukaran sekolah dipernudahkan dan aku sambung sekolah di kampung. Dan dari situ, mulalah cerita2 seram dlm hidup aku.

Di kampung, aku ada nenek yg masa tu sakit teruk tanpa dapat diketahui sakitnya oleh doktor. Ibu aku pula seorang tukang jahit maka selepas berpindah, semua kelengkapan menjahit terpaksa diangkut pulang ke kampung.

Sementara menunggu kedai yg murah utk disewa, ssmua barang2 ibu ada di rumah nenek. Aku tak bpe suke duduk umah nenek sb umah nenek rasa seram lain macm. Aku pun tak tahu nak describe macam mane.

Sepanjang nenek sakit, ibu tak menjahit. Ibu jaga nenek sampailah satu hari, aku bangun dari tidur, saya terperanjat tgok nenek duduk di bangku dan menjahit! Padahal semalamnya saya tgok nenek terlantar sakit di katil.

Melihat perkara pelik itu, saya segera bertanyakan kepada ibu. Ibu cakap, nenek sakit sb rindu nak menjahit mcm zaman muda2.. Aku diamkan aje..

Hari berikutnya, aku tgh study dlm bilik bawah (rumah nenek aku rumah kayu 2 tingkat.. ) , aku mula dgr org sayup2 panggil nama ibu. Aku tgok jam, pukul 11 malam. Takdelah takut sgt sb baru pkol 11 kan.. So aku pun keluar dari bilik, aku intai tepi tingkap. Manalah tahu kot2 ada org kt luar. Tapi hampa.. Xde sape pun kat luar tu. Elok aku nak masuk balik ke bilik, aku dgr bunyi mesin jahit kat bilik atas loteng. Aku mula pelik dah, sb loteng tu lama dah xde sape naik lps atok aku meninggal. Jadi sape je nak naik atas tu nak menjahit.

Disebabkan aku ni jiwa remaja heboh nak amek tahu, aku naik tingkat atas utk masuk ke dalam stor.. Dari stor tu akan ada tangga utk naik ke loteng. Elok aku nak masuk bilik stor tu, nenek aku panggil. Suara dia bapakkkkk seram!! Sebab suara dia memang garau pastu campur plak lagi suara tua dia, memang meremang bulu roma aku.

Aku tak jadi masuk stor, aku turun bawah semula. Bilik nenek sebelah bilik aku. Rumah nenek besar. Nenek cakap ni rumah moyang aku dulu. Rumah ni ada 8 bilik.. Kau pilih je nak tdo bilik mane.. Tapi kau faham2 laa.. Bile umah kampung, lagi besar rumah tu, lagi seram tau tak.. Nak nak pulak rumah nenek aku belakangnye memang hutan!

Aku masuk bilik nenek, aku tgok nenek terlantar sakit. Makan pun ibu aku yg suap. Aku jadi tambah pelik. Bile malam, nenek sakit tp bile siang, nenek elok menjahit.

Esoknya tu, aku bgon tidur aku tgok dlm bilik aku ada mesin jahit lama kepala hitam. Ukiran dekat mesin ni kau takyah cakap.. Perghh die punyee lawaaaa..

Tp aku pelik ni mesin sape.. Sb ibu aku pakai mesin letrik. Mane dtg mesin goyang pakai kaki ni. Elok aku nak dekat dgn mesin tu, nenek aku ada kat sebelah. Perghhhhh!!!! Sumpah weyhhhh aku rasa nak mati time tu sb terkejut!

Aku tanya nenek, bile nenek sampai. Dia diam je. Die just hulur aku kain putih, die cakap tolong jahitkan tepi..

Aku dgn muka tak basuh pun duduk kat bangku mesin tu. Kau tahu ape jadi lepas aku duduk? Aku rasa mata aku gelap! Gelap weyh! X nampak pape.. Terus aku bangun.. Aku mengucap byk2, istigfar byk2.. Aku terus keluar dari bilik tu.

Aku ckp dgn ibu apa yg terjadi kt aku. Tapi ibu cakap jgn layan perasaan. Masalahnya tu bukan perasaan! Tu kenyataan! Aku bengang bile ibu tak percaya cakap aku. Aku tekad, aku nak ibu rasa apa yg aku rasa. Aku ajak ibu tdo dgn aku kat bilik bawah. Disebabkan aku ni anak perempuan tunggal, ibu aku layankan.

Malam tu aku tdo dgn ibu. Disebabkan aku agak penat, aku terlelap awal.. Dan tak semena, aku terjaga pd tgh malam.. Aku terjaga pun sebab dgr bunyi mesin jahit kaki yg agak bingit disebabkan karat.

Aku buka mata, terperanjat berukk aku bile tgok di mesin jahit ada sorg perempuan tua berambut panjang duduk di bangku mesin membelakangkan aku sedang asyik menjahit. Aku ingatkan ibu!!

Aku nak menjerit tp suara aku takde! Xde weyh!! Aku tak tahu mana hilang suara aku.

Aku diamkan je.. Aku pejamkan mata, dlm hati aku baca ayat Qursi sebanyak mampu..

Tgn aku cuba kejutkan ibu di sebelah tp hampa.. Ibu kaku tidur tak sedar apa. Masa tu, Allah je tahu apa aku rasa. Aku tak sabar nak tunggu siang sb aku nak kepastian dari nenek. Sejak kami berpindah ke kampung, byk bende yg aneh berlaku. Kdg tu aku nampak kelibat atok. Rumah ni pula rumah kayu jadi kalau berjalan memang akan dgr bunyi2 kayu rumah ni.. So kdg2 bile malam aku mesti dgr org berjalan. Dan itu buat aku seram dan stress!!!

Esoknya aku cerita kat ibu pasal org tua yg aku nampak tu. Ibu diam. Muka ibu pucat. Aku dpt rasa ibu simpan rahsia. Aku paksa ibu cakap tp masa tu la tiba2 nenek datang kata lapar n die nak makan. Nenek pandang aku, tp tak pandang mata aku. Die lebih banyak mengelak.

Nak dijadikan cerita, aku baca ayat Qursi depan nenek. Terus nasi dlm pinggan die campakkan ke lantai. Kau dapat rasa apa aku rasa?

Takpela.. Aku stop sini dlu.. Aku nak tulis panjang2 pun rasa seram sb aku rasa macam ada org tgh perhatikan aku.

Bye

– Aku Ketakutan

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now