PERNIAGAAN yang diusahakan Razif muflis akibat musuh dalam selimut. Razif mengambil keputusan menggunakan harta yang tinggal membeli sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan kecil. Khalida yang sudah biasa hidup dengan kesenangan itu pada mulanya memberontak tetapi apabila memikirkan yang mereka sudah tidak memiliki harta benda lagi, dia mengalah.
Sebaik sampai di rumah berkonsep rumah tumpangan itu, Rumah itu terceruk agak jauh dari rumah-rumah kampung yang lain. Khalida berasa tidak selesa. Dia sendiri tidak mengerti dengan perasaan sendiri. Khalida tidak mahu banyak bunyi atau bertekak dengan Razif. Dia diamkan saja.
Khalida berpeluk tubuh meninjau sekitar rumah itu. Matanya terpaku pada susuk tubuh seorang budak perempuan yang berdiri di balik pokok getah itu. Budak perempuan berwajah pucat, berbaju gaun putih dan berambut panjang. Khalida cuba merapati. Sekelip mata budak perempuan itu hilang dari pandangan matanya.
“Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu…”
Budak perempuan itu kelihatan lagi tetapi berada jauh di mata Khalida. Budak itu menyanyi-nyanyi sambil bertepuk tangan.
Khalida meluru masuk ke dalam rumah. Razif sedang duduk bersandar di sfoa kelelahan.
Bibir suaminya itu mengulum senyuman.
“Khal buat apa keluar waktu senja-senja begini?” tanya Razif lembut.Khalida duduk di sisi suaminya.
“Abang…kita cari rumah lainlah.”
“Rumah ni okay kan? Murah pun murah. Abang pun dah habis bayar.”
“Kenapa tak siasat rumah ni betul-betul? Rumah ni berhantulah.” Rengus Khalida.
“Abang pergi mandi. Malam ni kita makan di luar.” Razif tidak mengendahkan kata-kata isterinya.
Mata Khalida beralih pada potret budak perempuan yang tergantung di ruang tamu itu. Wjah budak perempuan dalam potret mirip dengan budak perempuan yang ditemuinya tadi.
**********
“TEPUK amai-amai, belalang kupu-kupu…” Suara budak perempuan menyanyi lagu tepuk amai-amai merindingkan bulu tengkuk Khalida. Suara itu jelas kedenaran. Khalida melangkah keluar dari bilik.
“Hehehehe…”
Seorang budak perempuan melintas di belakang Khalida. Khalida memusingkan badannya.
“Khal…” Sebatang tangan menyentuh dari belakang.
Khalida menjerit lantang. Dia tidak berani untuk menoleh.
“Abang ni, Khal.”
Khalida menoleh. Lantas tubuh suaminya itu dipeluk erat. Berkerut dahi Razif dengan kelakuan isterinya yang seperti orang ketakutann itu.
“Khal dengar suara budak perempuan menyanyi lagu tepuk amai-amai.” Adu Khalida.
Razif mengusap-usap rambut panjang Khalida yang hitam berkilat itu. Dia memaut jari-jemari Khalida yang sejuk seperti ais.
“Abang tak nampak apa-apa pun. Tak dengar apa-apa pun. Itu semua mainan perasaan Khal. Abang tahu Khal rindukan arwah anak kita.”
Khalida menggeleng laju. Dia sudah lama menerima pemergiannya anak perempuannya itu.
“Khal tak tipu abang,”
“Khal rehat... abang temankan Khal tidur.” Razif memujuk isterinya. Khalida menurut.
**********
KHALIDA tidak dapat melelapkan matanya. Razif sudah lena dibuai mimpi. Suara budak perempuan ketawa membuatkan Khalida menarik selimut hingga menutupi wajahnya.
Tepuk amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Tepuk ramai-ramai
Emak upah susuSelimut Khalida bagaikan ditarik perlahan-lahan. Khalida menjerit apabila melihat budak perempuan itu terawang-terawang di depan matanya. Budak perempuan menyeringai ke arahnya dengan senyuman mengerikan.
“Aaaaa!” Jeritannya mengejutkan Razif yang sedang tidur.
Khalida memeluk tubuh suaminya itu.“Abang… Khal takut. Ada hantu dalam rumah ni!” Air mata Khalida sudah berjuraian. Dia tidak boleh bertahan lagi.
“Khal…”
“Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu…” Suara budak perempuan itu memotong kata-kata Razif.
Razif memandang isterinya. Razif bingkas turun dari katil diikuti oleh Khalida. Khalida memaut erat lengan Razif. Tombol pintu bilik tidur itu dipulas perlahan-lahan. Suara itu makin jelas kedengaran.
Razif dan Khalida memijak anak tangga satu-persatu. Seorang budak perempuan sedang duduk bersila menepuk-nepuk tangannya menyanyi lagu tepuk amai-amai. Bibirnya mengulum senyuman sebaik melihat Razif dan Khalida. Dia bingkas bangun menghapiri suami isteri itu. Tangan Razif dan Khalida ditarik.
Razif dan Khalida bagaikan terpukau. Suami isteri duduk bersama budak perempuan tersebut. Malah turut menyanyikan lagu bersama.
Tepuk amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Tepuk ramai-ramai
Emak upah susuSusu lemak manis
Santan kepala muda
Adik jangan menangis
Emak buat kerjaBudak perempuan itu senyum penuh makna. Rumah itu menjadi kosong semula. Kehilangan Razif dan Khalida tmenjadi tanda tanya. Apa yang pasti budak perempuan itu sudah mempunyi keluarga yang lengkap.
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...