Firstlt aku nak mintak maaf sebab lama tak hapdate. Ada prob sikit. Jadi alang-alang dah update ni, aku nak mintak pndpt koeg sikit. Mcm ni, lps kira semua story yang ada dlm note aq, ad lbih kurg 50+ lagi cerita yg aq belum publish. So kalau aq pub, cerita ni akn jdi 200+ bab. JDI mcm mna? Nk aq publish semua or aq publish cerita yg best je??
#Max
April 22, 2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca dan admin-admin FS. Terima kasih admin telah publishkan 2 siri yang terdahulu ‘Tetamu Tidak Diundang’ dan ‘Kau Main Pintu Pulak’. Ini merupakan sambungan untuk cerita yang lepas. Mohon maaf bagi siri yang lepas, aku tiada banyak masa hendak menulis kerana sibuk dengan bulan akademik di sekolah. Kali ini, cerita aku lebih panjang dan diharapkan menepati citarasa pembaca. Nama aku Max, dari Sarawak.
Hari itu hari pertama aku bekerja di negeri orang. Aku berasa sedikit kekok namun selesa setelah diajar oleh Jendul dan Black tentang beberapa perkara asas sebelum bekerja. Pelanggan hari itu sangat ramai, seperti pelancaran Iphone baru lagaknya. Baru aku faham, kenapa mak cik aku sangat memerlukan khidmat aku pada saat itu. Pelanggan yang ramai tiada masalah bagi aku, namun agak mengelirukan kerana terdapat segelintir pelanggan yang agak cerewet ketika memesan burger. “Hakak taknak timun ye dik, sos kurang, sayur goreng pastu mayonis lebih.” Aku mengiyakan sahaja walaupun aku tahu, aku tak akan ingat.
1.00pagi. Pelanggan sudah beransur reda. Aku membancuh air milo peng segelas dan duduk di meja kosong. Hanya tinggal satu meja sahaja lagi yang diduduki pelanggan. Aku termenung memikirkan kejadian siang tadi. “Tahan kah sik aku tok 2 minggu duduk rumah ya”, aku bermonolog sendirian. Lamunan aku tersentak apabila Black dan Jendul menghentak air masing-masing ke meja.
Black: Kau monong apo tu. Dari tadi lagi den tengok. Ado masalah ko?
Jendul: Iyolah Max. Ingat awek ko?
Aku: Haishh.. tak de apa2 lah. Aku mana ada awek.Aku menjawab selamba sambil menyedut milo peng yang telah mencair aisnya.
Black: Eh x mungkin. Mesti ado yang tak kono ni. Ko ceghito jo lah dongan kami duo ni. Mano tau boleh tolong sikit ko.
Aku: Sebenarnya kan, ………………..Segala peristiwa yang berlaku, aku ceritakan kepada mereka. Mereka mendengar penuh khusyuk sambil menyedut air masing-masing. Ekspresi wajah mereka lantas berubah.
Jendul: Aku pocayo cakap ekau. Dulu pon aku dongan si Black ni pornah kono kacau kek rumah tu.
Aku: Ye ke?
Jendul: Apo ekau ingat muko den ni muko ponipu ko?Jendul mencebik dan menampakkan dahinya yang jendul sambil menyedut airnya. Jendul memulakan ceritanya. Sekali sekala kedengaran Black menyampuk cerita si Jendul. Barangkali tidak puas hati.
Cerita Jendul:
Lebih kurang 2 tahun yang lepas, aku baru lepas SPM. Seperti budak-budak yang lain, aku pun mula sibuk mencari kerja untuk mengisi masa cuti sementara menunggu keputusan SPM. Aku ditawarkan bekerja di sebuah stall burger oleh kawan baik mak aku, Kak Julia. Dia seorang yang baik dan sporting. Pada detik itulah aku kenal dengan Black yang pada mulanya aku ingatkan seorang warga asing. Kebetulan, Kak Julia memerlukan pekerja waktu itu kerana hanya ada seorang pekerja sahaja yang bekerja. Aku namakan dia mangkuk, sebab perangai dia serupa mangkuk jamban. 5 bulan aku bekerja, hari yang ditunggu-tunggu tiba. Oleh sebab keputusan SPM aku yang agak teruk, aku ambil keputusan untuk terus bekerja dengan Kak Julia. Gaji lumayan, waktu bekerja juga singkat. Lazimnya, setiap hari Jumaat, stall akan bercuti. Seperti biasa, Kak Julia akan keluar ke Melaka dengan si Mangkuk dan kawan-kawannya. Malam itu, aku dan Black tidak ikut serta kerana ingin bermalas-malasan sahaja. Jadi, Kak Julia meminta aku dan Black tidur di rumah pada malam itu kerana dia mungkin akan pulang pagi esok. Aku dan Black terus bersetuju.
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...