Dimana ada hospital, disitu ada...hantu

720 23 1
                                    

Thanks admin kalau sudi up aku punya fiksyen ni. Dikesempatan ini aku nak bercerita pengalaman aku, workmates aku, dan juga sesiapa sahaja yang pernah menjejaki hospital. Hospital apa? Eleh, mana boleh bagitau! Rahsia hehe. Tapi, di mana ada hospital.. ingat! Di situ pasti ada han..han..hantu. hantu..hantu. Anggap saja perkataan yang aku ulang tu bergema ya! Baiklah, jom sama-sama menyelusuri aku punya kisah ni!

First. 

Kisah kawan aku, staff nurse empat orang buat kerja mereka di kaunter. Masing-masing sedang leka dengan pen dan kertas di tangan mereka pada waktu itu. Sunyi, hanya bunyi penghawa dingin saja yang bergema. Tiba-tiba, pintu stor dekat ceruk paling tepi, terbuka sendiri. Pemegang atau pembuka pintu tu kan besi, kalau orang buka pasti ada bunyi. Semua staff nurse di kaunter terus menoleh. Tapi yang peliknya, tak ada orang, siapa yang buka?

Harus mereka seriau kuasa dua! Sudahlah pada malam tu, malam Jumaat. Actually tak kisahlah hari apa yang menentukan adanya ‘dia’, ‘dia’ pasti akan ada di mana-mana. Even masa awak baca kisah ni pun mungkin dia turut mengeluh tepi korang kata, “bosannya fiksyen ni. Next, please!”. Orang tua-tua kata… malam ialah siang untuk ‘mereka’.

Second. 

Staff nurse bernama Laila (bukan nama sebenar), nak menuju ke bilik 232, nak tutup mesin untuk sedut kahak tu. Yang peliknya, mesin tu tak ada pulak Laila pasang dekat patients. Plus, mesin tu diletakkan atas meja di hujung katil patients. Hanya patients saja yang terbaring tidur di situ. Siapa yang tekan? Dan masa Laila cuba nak tutup mesin tersebut, dia ternampak tangan hitam yang main tekan-tekan mesin tu. Hanya tangan!

Third. 

Bilik 231. Bilik ni betul-betul berada berdekatan dengan kaunter. Mangsanya is telinga staff nurse yang berkhidmat pada waktu malam. Kenapa telinga? Sebab mereka terdengar orang meraung untuk beberapa saat dalam bilik 231 tu. Oh ya! Di tandas yang berdekatan dengan kaunter tu pun ada! Meraung jugak!

Fourth. 

Pantri. Aku kerja malam. Bila aku nak menuju ke pantri ambil barang, aku terdengar seperti ada orang yang baru saja menutup pintu almari dekat pantri tu. Heh? Siapa yang ada di situ? Aku pun intai-intai manja, tengok-tengok. Tak ada orang! Kawan aku yang lain pun pernah jugak terdengar kerusi besi dekat pantri tu bergesel dengan lantai. Padahal tak ada orang pun dalam pantri tu. Pantri tu dekat belakang tau. Kalau ada manusia nak masuk ke situ, kena lalu kaunter tempat staff nurse duduk di situ tauuu.

Fifth. 

Nurse call aka call bell. Kisahnya.. aku, Beyonce, Christina Aguilera, dan Madonna duduk buat kerja di kaunter. Kerja malam. Jam 0230 pagi. Eh kejap, tiga nama retis di atas aku tak nak letak nama kawan aku yang sebenar. Jadi aku taruh nama retis tu jelah. At least, adalah hiburan untuk korang sikit masa baca ni hihihihi..

Sedang kitorang sibuk berceloteh dengan isu semasa termasuk kes Fattah Amin sayang Neelofa, Neelofa sayang aku. Tiba-tiba mesin nurse call berbunyi…

Tett…tett…tett..

Di atas mesin itu tertera nombor bilik 388C menandakan pesakit di bilik itu yang memerlukan khidmat jururawat. Tapi, semuanya dengar je dan tak bergegas pun nak angkat menuju ke bilik tu. Aku masih blur. Madonna pun blur. Christina dan Beyonce dah mula pucat.

“Bukan kau ke runner hari ni? Kaulah masuk”, Kata Madonna kepada Beyonce.

Beyonce geleng.

“Awat?”, Tanya Madonna kehairanan.

“Yonce, bilik tu ada patient tak?”, Aku tanya.

Beyonce geleng lagi.

Gulp!

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now