Seperti pada malam minggu sebelum nya , aku akan mengikuti latihan silat gayong bersama seorang lagi sahabatku ini , nama nya wan , beliau ni memang gagah , tapi cukup penakut , kalau dia ternampak lipas tengah terbang ke arah dia , jangan kata aku , segala hape yang ada di hadapan nya akan di-rempuh , macam truck kontena yang tak terkawal , oke back to the top , kebetulan pada malam itu , latihan kitorang habis lewat , dalam 12.40 a.m mcm tu , jadi pas habis semua jurus dengan buah kunci kitorang belajar, kitorang pun balik lah. (Kejadian) Kitorang akan berjalan kaki sejauh 100 m sebelum kitorang berpecah arah , kerana rumah aku menghala ke atas bukit , jadi laluan aku lebih kepada kawasan perumahan , memang riuh , jadi aku tak de lah serqm sangat kan , walaupun jam sudah hampir pukul 1 pagi. Manakala member ku ini rumah nye menghala ke kekampungan sikit , jadi laluan nya macam umah-umah kampung lah , dan biasa an , umah-umah kampung kan cepat " tutup pintu" kalau malam ni. Sedang Aku Syok2 berjalan sambil menyanyi-nyanyi , tiba mata aku tertangkp satu objek berwarna putih , terbang menghala ke langit , aku punya takut , tak payah cakap lah masa tu , macam nk terkencing terberak pun ada . Aku cuma memerhatikan sahaja pergerakkan objek itu ke arah langit dan menghilang , susuk objek tu persis macam manusia , walau pun dalam gelap , mata aku tetap tajam . Tetapi yang tak besh nyew , kordinat di mana aku mula-mula nampak objek tu terbang, ialah menghala ke rumah iwan ni, ape lagi , aku terus lah call iwan , call punye call... WAAARRGGHHH!!! sial ko wan , tak de caller ringtone lain ke ko nak letak , suara pompuan menjerit yang kau letak .. akhirnya dia pun menjawab lah..terus aku tnye , " wan , ko kat mana ? dah sampai rumah belum??" dengan suara yang terketar2 , dia mejawab , " faris , tolong aku faris , tolong akuuu" . Meremang bulu tengkuk aku bila dengar dia cakap mcm tu. Aku dengan sepantas kilat terus berlari ke arah rumah wan , dengan melalui jalan yang iwan biasa gunakan untuk pulang ke rumah nya . lebih kurang 25 meter nak samapi ke rumah dia , aku ternampak macam susuk tubuh manusia terbaring di atas tnah , " hah .. iwan!" .. getus hati aku , terus aku menghampiri dia . dan mengejutkan kan dia .. tapi tiada sebarang jawapan , terus aku papah dia sampai ke ruamah dia , ibu iwan menyambut kedatangan aku dengan muka yang bimbang " Ya Allah , anak aku! " , terus aku meletakkan iwan ke ataas sofa nya , aku pun duduk seketika , last2 , dengan aku sekali terlelap atas sofa tu sebab letih yang amat2 . Tup-tup aku tersedar apabila ibu ku menelefon ku , " oit , bila ko nak balik nih ? dah pukul berapa nih??!" .. segera aku matikan fon dan lihat ke jam telefon , wah ..sudah hampir 15minit aku tidur , aku melirik mata ke tempat yang aku letakkan iowan tadi , eh?!! dah tiada , mana lak dia pergi nih ... terus sahaj aku bangun dari sofa dan menuju ke tempat aku meletakkan beg aku tadi ( info : beg aku bawak untuk isi air masak dan pakaian , tadi aku letak kat situ sebelum aku tertido) . Baru sahaja aku nak capai beg aku , tiba ada orang bersuara dari belakang , " Eh!! macam mana kamu masuk ke dalam rumah ni??" ... rupa2nya mak si iwan yang bersuara , "Eh , makcik lah yang buka kan pintu tadi , kan saya bawak iwan tadi ".. balasku . "Bawak iwan ape nye faris , iwan dah lama balik tadi , elok je dia , jap mak cik panggil kan iwan" .. lalu iwan pun datang dgn muka mengantuk nya, selepas disoal ibunya , "aik , mana ade , faris , bila masa lak aku pengsan , elok je tadi aku sampai rumah " .. ahhh sudah , aku pun tak puas hati , keluarkan telfon dari poket ku kerna ingin menunjukkan bukti bahwa aku ada telfon dia tadi , tapi..... tiada. Hanya Nombor ibu ku je yang muncul .. alamak , habis siapa yang aku papah tadi , siapa yang buka kan pintu untuk aku bawak iwan masuk tadi .....Sampai ke hari ini , masih lagi tak terjawab segala misteri tu semua , aku percaya ni sume berpunca dari benda alah putih terbang yang aku nampak tu lah.
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...