Setiap sekolah tidak kira dimana jua tentu saja ada cerita seram tersendiri. Cerita ini berlaku di salah sebuah sekolah di jepun yang mana ia menjadi bualan sehingga sekarang....
Amri,Ahmad,Jib dan Man. Mereka berempat adalah kawan karib sejak dari kecil lagi. Kini mereka berempat bersekolah di tempat yang sama. Mereka berempat ni lasak orangnya. Terjun sungai , panjat pokok , mendaki bukit sebut sahaja mereka telah buat. Tetapi hanya satu yang mereka belum buat iaitu pencarian paranormal.
Amri menyuarakan pendapat tentang itu dan mereka bersetuju. Mereka mencari pelbagai maklumat daripada senior mereka tentang sekolah ini pada waktu malam. Selepas selesai mereka mengumpul maklumat, mereka pun membuat persediaan dan rancang pergi pada waktu malam iaitu khamis malam jumaat kebetulan pada malam itu tidak ada pegawai sekuriti menjaga sekolah tersebut.
Hari yang ditunggu telah tiba. Mereka semua menyelinap keluar dari rumah masing-masing dan akan berjumpa tepat pada jam 11 malam di depan sekolah. Mereka tiba dan mereka ceritakan maklumat yang mereka dapat.
Maklumat pertama adalah dari Man. Sebuah patung yang berada di astaka perhimpunan mereka. Dikatakan pada waktu malam, jika berjalan dihadapannya anak mata patung itu akan ikut kita berjalan. Mereka sampai depan patung itu dan terlihat mata anak patung tu memandang kearah kiri. Hampir 20minit mereka berdiri di sana namun tidak ada apa-apa yang terjadi. Mereka terus kearah maklumat yang kedua.
Maklumat yang dikumpul oleh Jib ini adalah berkenaan dengan tangga. Selalunya sekolah mempunyai 12 anak tangga. Jadi mereka pun naik sampai keatas dan terkejut apabila anak tangga yang terakhir mereka kira adalah 13. Perasaan menjadi kacau kerana mereka seperti rasakan sesuatu yang kurang baik. Tetapi Amri mengatakan itu cuma perasaan mereka. Mereka terus ke maklumat seterusnya.
Ahmad menceritakan maklumat ketiga iaitu makmal sains. Dikatakan pada waktu malam jika kita membuka paip ianya akan mengeluarkan warna seperti darah. Mereka pun pergi dan membuka paip. Memang benar ianya keluar warna seperti darah. Man dan Jib ketakutan lalu keluar dari makmal itu. Amri mentertawakan mereka.
Maklumat yang terakhir adalah tandas di tingkat 2 yang dikatakan paling seram. Tiasa siapa berani gunakan tandas tu biarpun waktu siang kerana cerita tentangnya sangat menakutkan. Mereka pun sampai dan hendak masuk kedalam tetapi Jib dan Man takut. Amri mengatakan biar dia sahaja yang masuk yang lain tunggu di luar. Ahmad sempat memandang jam ditangan Amri iaitu 1 pagi. 5 minit kemudian Amri keluar dan mengatakan tiada apa-apa pun didalam dan mereka segera keluar dari kawasan sekolah, pulang kerumah masing-masing.
Keesokan paginya di depan sekolah, terdapat banyak kereta polis dan van ambulans. Ahmad,Jib dan Man tidak rasa senang hati dengan pemandangan yang mereka lihat. Takut-takut kedapatan oleh pihak sekolah. Ramai yang berkumpul di depan sekolah ingin melihat apa yang terjadi. Mata Jib terpandang ibu kepada Amri sedang berjalan bersama Pengetua sekolah mereka.
Ibu Ambi dalam keadaan keresahan. Dan pada masa yang sama Jib terpandang ibu Amri. Ibu Amri juga terpandang Jib dan memanggil 3 orang kawan karib Amri. Mereka pergi kearahnya lalu ibu Amri bertanyakan semalam Anri ada keluar jumpa kami atau tidak. Mereka pun menjawab ya dan menceritakan semuanya kepada ibu Amri. Pengetua mereka terkejut dengab perbualan itu dan menggesa mereka supaya membawa mereka kearah yang mereka pergi semalam.
Sampainya mereka di patung tu mereka ternampak mata anak patung tu sebenarnya memandang kearah kanan bukan kiri. Tetapi mereka tetap mengatakan ianya memandang kearah kiri semalam. Jantung mereka semakin berdegup pantas. Mereka pergi kearah anak tangga dan naik ianya hanya 12 anak tangga bukan 13 seperti semalam. Mereka menceritakan yang mereka betul kira 13 tetapi ianya hanya 12 sekarang. Hati mereka gusar.
Sampai di makmal sains mereka membuka dan dapati benda yang mereka nampak merah tu sebenarnya adalah air yang bertagar oleh paip makmal tu sendiri kerana dah uzur dan perlu ditukar. Mereka bertiga masih tidak percaya dan membawa ke tandas tingkat 2. Mereka berdiri didepan pintu tandas dan ceritakan apa yang terjadi lalu membuka pintu tersrbut.
Mereka semua tersentak dengan bau hanyir darah dari dalam tandas tersebut. Pihak polis yang ikut mereka masuk kedalam untuk memeriksa dan dapati ada mayat didalam. Ibu Amri bergegas masuk dan teriak sekuat-kuatnya. Mereka bertiga pun masuk hendak melihat apakah benda yang ibu Amri nampak. Ketiga-tiga mereka muntah kerana ternampak badan mayat Amri tergantung di dinding tandas tanpa kepala. Perutnya terburai seperti dirobek oleh sesuatu. Pihak polis menjumpai kepalanya di tandas paling hujung...
Sekolah itu akhirnya ditutup dan hendak dirobohkan. Ikut sejarah tanah tempat sekolah itu, ianya dulu adalah tanah perkuburan yang lama sebelum mulanya lagi perang dunia yang kedua. Ibu Amri sudah tidak waras lagi sejak kejadian itu. Ahmad , Jib dan Man menyesal dengan perbuatan mereka tapi apakan daya. Penduduk setempat kadang-kadang terlihat seperti remaja sedang berjalan-jalan dikawasan sekolah itu sejak ditutup. Seperti sedang cari sesuatu. Ya cari sesuatu iaitu kepalanya yang hilang.......
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Terror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...