Chapter 2: THE DRAWER
Anak mata saya memerhatikan dinding kosong di hadapan saya. Berwarna Biru lembut dan hanya ada hiasan biasa. Gambar gambar sewaktu zaman sekolah saya bersama kawan kawan masih ada terpampang di situ.
Auntie Milan menghantar makanan ke dalam bilik saya dan dia hanya tersenyum dan sempat mengusap rambut saya dengan penuh kasih sayang. Saya hanya mempunyai AuntiE Milan sebagai ahli keluarga. Dia adalah penjaga saya sejak ibu bapa saya meninggal dunia. Auntie Milan pernah memberitahu saya, saya mempunyai sifat spiritual yang kuat dan sekiranya Auntie Milan sudah tiada, dia mahu mewarisakan Komburongo/gimat yang dimilikinya kepada saya. Namun saya tidak mahu kerana saya takut dengan semua itu.
Walaupun saya tidak dapat melihat mahkluk itu, namun saya dapat merasai kedatangannya di dalam rumah. Mahkluk halus itu sentiasa mengekori Auntie Milan dan mengikuti Apa sahaja Arahan auntie Milan kepadanya. Namun mahkluk itu tidak akan mendekati atau menganggu sesiapapun kerana Auntie Milan adalah Tuannya. Oleh itu, hanya arahan dan kata kata dari Auntie Milan sahaja yang dapat mengawalnya.
Selepas makan malam, saya meminta diri pada auntie milan dan masuk ke dalam bilik saya. Seperti Biasa saya akan memadam
Lampu bilik namun malam itu saya tidak merasakan sakit kepala yang sama seperti hari hari biasa kerana Saya datang Bulan. Sakit kepala dan mimpi buruk saya tidak akan berlaku sekiranya saya sedang datang Bulan. Itu adalah satu perkara yang sama sering membuat saya berfikir akan perkara pelik yang selalu saya alami di dalam diri saya.
Saya hanya duduk di atas katil dan membaca buku novel. Saya sangat mengemari Bacaan bacaan daripada penulis Best seller Nicolas Sparks. Dia banyak menghasilkan buku buku yang berkualiti tinggi dan penceritaannya yang sangat menghayat hati pembaca dengan kisah cinta yang segar. Saya mempunyai banyak koleksi buku daripadanya dan malam itu saya sedang membaca buku berjudul The Lucky One. Saya sudah membaca buku itu berulang kali namun saya masih membacanya berulang kali kerana saya suka dengan jalan cerita dan kisah cinta di dalam buku itu.
Sambil membaca buku, saya menoleh ke almari baju saya. Entah, mengapa? Malam itu diri saya merasa terlalu tenang. Sukar untuk mengambarkan keadaan diri saya waktu itu kerana hari hari yang saya lalui adalah kegelapan malam dan menghadapi mimpi mimpi saya sendirian.
Saya rasa tenang, keadaan bilik menjadi sangat tenang, sejuk dan selesa.
Saya menoleh lagi ke arah almari baju saya. Seperti ada yang memanggil saya untuk membuka almari baju itu. Namun saya tidak mempunyai apa apa barang simpanan di dalam almari itu. Ia hanyalah almari baju baju saya sahaja. Saya menutup buku di tangan saya. Saya menoleh ke arah almari itu dan merenungnya sesaat , dua saat ke saat saat seterusnya. Saya bangun dan turun dari katil. Saya mendekati almari
Baju itu dan duduk di hadapannya. Tangan saya perlahan membuka pintu almari dan saya memerhatikan baju baju saya yang ada di dalam almari itu.
anak mata saya memerhatikan pula
Laci laci di dalam Almari itu. Ada 3 laci yang kelihatan. Namun saya kurang pasti apa yang ada di dalam Laci itu. Almari itu sebelumnya adalah milik Auntie Milan Kerana yang tinggal di dalam
Bilik saya sebelum saya berpindah masuk adalah Auntie Milan. Auntie Milan berpindah ke bilik sebelah kerana Bilik itu lebih besar dan sesuai untuk menempatkan Tempat Pemujaan dan Menyembuhkan orang orang yang datang meminta pertolongan daripadanya.
Saya menarik laci dari atas ke bawah satu persatu. Laci pertama hanya kelihatan Benang benang berwarna warni. Ia pasti milik Auntie Milan kerana dia sangat suka mengait. Saya menutup semula laci itu. Saya membuka pula laci yang kedua. Ada banyak album album gambar yang kelihatan sudah lama. Saya mengambil salah satu daripadanya dan membukanya.
Gambar gambar ibu dan Auntie Milan semasa mereka masih kanak kanak lagi kelihatan. Saya tersenyum melihat wajah ibu semasa dia masih kecil. Begitu juga dengan Auntie Milan. mereka sememangnya sepupu yang sangat rapat kerana mereka selalu pergi ke mana mana sahaja berdua. Saya menyimpan semula foto album itu dan menutup laci yang kedua.
Saya memerhatikan laci yang ketiga. Saya membukanya perlahan. Lampu di dalam bilik menjadi malap seketika dan saya menoleh ke arah pintu bilik. Keadaan menjadi kembali terang dan saya menoleh semula ke dalam laci itu. Ada beberapa buku lama dan sehelai Baju Bayi. Saya memgambil baju bayi itu dan memerhatikannya. Baju itu bersaiz kecil khas untuk bayi berusia 0-3 month, berwarna Biru muda dan berbau sangat harum meskipun sudah terlalu lama tersimpan di dalam almari itu. Saya sangat suka dengan bau harum itu. Ia seperti bau yang keluar daripada mulut bayi yang baru dilahirkan. Tenang dan sangat selesa. Bau syurga.
Saya mengambil pula buku lama yang ada di dalam laci itu. Ia kelihatan seperti sebuah Diari dan saya membukanya. Tiada apa yang tertulis di dalamnya. Tiada nama pemiliknya juga. Saya membelek belek setiap helaian diari itu seperti cuba mencari sebarang perkataan namun hampa. Saya membuka helaian yang terakhir dan saya melihat ada sebuah rantai kecil berwarna coklat terselit disitu. Saya tersenyum.
Ia sangat kecil dan hanya diperbuat daripada benang halus dan sangat cantik coraknya. Saya tersenyum dan mengambilnya. Saya memakaikannya di leher saya. Saya menyimpan semula buku diari itu di dalam laci dan ada sekeping gambar disitu. Saya mengambil nya dan termenung sejenak. Gambar sebuah tempat yang sepertinya saya pernah lewati namun ingatan saya tidak terlalu jelas. Saya mengambil hambar itu dan menutup laci dan juga almari itu.
Saya menyimpan gambar itu di atas meja kecil di sebelah katil saya dan saya menarik selimut. Saya melelapkan mata saya.
"Savanah. Savanah." Suara kecil itu memanggil saya. Namun saya hanya berdiri di hadapan sebuah pintu yang menuju ke sebuah bilik. Saya hanya memerhatikan seorang kanaka kanak perempuan berlari masuk ke dalam bilik itu. Saya juga berlari dan cuba masuk ke dalam
Bilik itu namun saya tidak dapat membuka pintu bilik itu. Saya mendekatkan anak telinga dekat dengan pintu. Saya ingin mendengar apa yang berlaku di dalam bilik itu. Hanya ada suara kanak kanak bermain. Namun lama kelamaan, sayup sayup kedengaran Bunyi kanak kanak menangis.
Saya membuka mata. Saya masih berada di katil saya. Saya menghela nafas panjang dan berbaring semula. Saya bermimpi lagi namun kali ini saya bermimpi tentang hal yang berlainan daripada yang sebelumnya. Saya menutup mata lagi. Memeluk bantal dan cuba untuk tidur semula.
To be continued..
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horreur/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...