BAS TERAKHIR

493 25 1
                                    

MAZNI menarik nafas lega. Mujur saja dia dapat mengejar bas yang terakhir. Dia terus memijak tangga bas. Bas mula bergerak. Hatinya sakit dengan sikap supervisor tempat kerjanya yang itu yang suka menyuruh dia kerja lebih masa. Pilih bulu. Yang cantik, yang molek dibenarkan balik awal. Mazni mengetap bibir.
Dia tidak begitu gemar balik lewat begini. Bimbang tertinggal bas. Malahan dia perlu berjalan kaki pula selepas turun dari bas. Mazni membuang pandangan ke luar. Apa yang penting di sampai ke rumahnya dengan selamat.
“Maz… tak eloklah kau kerap balik lewat macam ni?” Tegur kakaknya.
“Nak buat macam mana, terpaksa.”
“Kau ada kelulusan. Carilah kerja lain. Lagipun akak ada dengar pasal bas terakhir ni. Bas hantu.”
Berkerut dahi Mazni.
“Bas hantu?”
Dia tidak pernah pulak cerita bas hantu ni.
“Akak tak tahulah sahih atau tak? Bas ni lalu lewat malam. Siapa yang naik tidak akan jumpa jalan pulang.”
Mazni menelan liur. Ah, cerita mengarut.

MUNCUNG sedepa bibir Mazni. Ikram selaku supervisor kedai buku itu menggunakan kuasa vetonya. Mazni tidak membantah. Jarang dia jadual kerja di sebelah pagi dan pulang waktu petang. Malam itu malam yang malang buat Mazni. Dia dipersalahkan atas kesalahan yang bukan dia lakukan. Dia terpaksa bersoal jawab dengan Ikram.
Kelam-kabut Mazni mengaturkan langkah. Matanya berkali-kali merenung jam di pergelangan tangan. Bas terakhir pukul 10.00 malam. Dia terus menapak.
Bas yang terkahir sudah bergerak meninggalkan stesen tempat sentiasa Mazni menunggu. Mulut Mazni menyumpah seranah Ikram. Lelaki itu menyebabkan dia tertinggal bas. Mazni duduk di setesen bas dengan hati yang walang. Dia yakin bas tadi adalah bas yang terakhir. Mazni mengeluarkan telefon bimbit dari begnya. Sekali lagi dia mengeluh berat. Telefon pintarnya kehabisan bateri.
Telefon awam yang berdekatan sudah tidak boleh digunakan lagi. Mazni memeriksa wang di dalam dompet. Dia menarik nafas lega. Wangnya masih cukup jika dia mengambil teksi untuk malam ini. Tapi dia perlu mengikat perut  sehingga hujung bulan. Mazni mengetap bibir.

SEBUAH teksi pun tidak kelihatan. Waktu diperlu bayang teksi tidak kelihatan. Mazni mengerling lagi jam di pergelangan tangan. Dia tidak senang duduk. Kawasan stesen itu mulai sunyi. Kenderaan lain juga tidak begitu kerap lalu-lalang.
Cahaya agak malap terpacar ke arah stesen bas tersebut. Sebuah bas kelihatan. Mazni tidak teragak-agak menahan bas terbabit. Dia menghela nafas panjang. Bas tersebut merupakan bas yang sering dia naik untuk pergi dan balik kerja. Pemandu bas hanya menguntum senyuman sebaik Mazni memasukkan duit syiling ke dalam tempat yang disediakan. Beberapa orang penumpang kelihatan di dalam bas.
Mazni mengambil tempat duduk agak belakang. Dia duduk di tepi tingkap. Bas mula bergerak. Punggung masih tidak panas duduk di dalam bas tebabit bunyi loceng bas kedengaran. Penumpang lelaki yang duduk dua kerusi dari belakang Mazni.
Mazni menekup mulut sebaik lelaki itu melintasinya. Lelaki itu tidak mempunyai kedua-dua belah kaki.
“Hihihi…” suara ketawa di tempat duduk bersebelahan tempat duduk Mazni itu  meremangkan bulu roma. Dengupan jantungnya pantas. Mazni mengerling dengan ekor mata. Perempuan itu hanya menundukkan kepalanya.
Mazni menekan butang loceng.
Ting!
Bas tidak berhenti. Mazni bingkas bangun menuju ke depan. Dia langsung tidak berani menoleh ke belakang. Bagaikan ada ‘orang’ mengikutnya.
“Saya nak turun dekat sini!” suara Mazni.
“Maaf, saya tak boleh turunkan cik.” Pemandu bas itu menoleh. Sebelah wajahnya menakutkan. Kulit mukanya sudah tertanggal.
Mazni menjerit nyaring.
Apabila dia memusingkan tubuhnya, perempuan tadi mengangkat wajahnya. Kedua-dua belah mata perempuan itu tidak ada. Bibirnya yang pucat biru itu melirik senyuman.
“Aaaa!”
Mazni mengetuk-ngetuk cermin pintu bas. Dia cuba menarik perhatian kereta yang kebetulan lalu di sebelah bas itu. Kereta itu terus bergerak laju. Mazni terduduk ditangga bas. Dia meraung.
“Hehehe…” Pemandu bas itu mengekek ketawa.
Bas tersebut terus bergerak dan hilang dalam kegelapan malam.

TAMAT

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now