Assalamualaikum kepada semua pembaca FS . Terima kasih admin FS sebab siar kisah atau pengalaman yang aku lalui. Banyak sebenarnya pengalaman pasal paranormal yang aku hadap tapi aku cerita yang satu kisah ni dulu jadi masa aku Form 4. Kejadian tu berlaku masa perkhemahan yang dibuat dekat sekolah aku.
Malam kejadian. Lepas solat isyak berjemaah dan sedikit tazkirah dari Ustaz dalam dewan tertutup sekolah,aktiviti seterusnya berjalan. Aku rasa korang pernah lalui aktiviti sedih macam ni. Yelah. Cikgu/fasilitator pasang lagu sedih. Bagi ayat sedih. Korang akan nangis ramai-ramai sebab teringat salah korang pada parents korang kann. Macam aku lah. Lampu dewan ditutup. Kami diarahkan tutup mata dengan kain hitam. Aku pun tutup mata aku dengan kain hitam. Lagu sedih pun dimainkan. Aku tak ingat lagu apa. Tapi memang menyentuh hati dan perasaan batu aku jugak. Mula-mula aku keraskan hati. Malas nak layan perasaan sedih yang buat mood aku down. Tapi masa lagu tu dimainkan,biasalah. Cikgu mula buat ayat power,sentap gila. Aku dan yang lain menangis. Gila punya menangis. Satu dewan penuh dengan tangisan. Lagu berhenti. Lampu dewan dibuka. Kami diarahkan bukak kain hitam yang tutup mata tadi. Tangisan mulai reda. Cuma ada sorang kawan aku dari tadi tak berhenti menangis. Teresak-esak. Dia depan aku je.
Bila menangis tak berhenti,ustazah dan cikgu kaunseling pun approach dia. Oh lupa. Kawan aku tu perempuan. Ustazah tanya. “Ada salah besar ya buat dengan ibu ayah? Kalau ada balik nanti mohon ampun” Dia tak berhenti menangis. Makin kuat pulak dia punya esak. Last ada cikgu aku sorang ni. Cikgu Bahasa. Dia ni ada sixth sense. Ghost detector pun bole jugak. Dia cakap dengan ustazah. Bawak budak ni pergi surau. Dia dah kena. Pelik. Ustazah pun tak boleh rasa. Siap dok pujuk budak tu.
Masa nak bawak dia pergi surau. Dia dah tepis tangan. Aku memang tengok je. Masa tu blur. Apa terjadi. Lepastu cikgu bahasa tu baca-baca apabenda. Baru kawan aku tu bangun. Tapi macam takde perasaan. Mata di membuntang je. Kawan yang lain pimpin dia ke surau. Sampai kat surau,kiteorang tak dibenarkan masuk. Aku ni nakal jugak nak tau apa jadi. Jadi aku intai dekat tepi tingkap surau. Masa tu,kawan aku dah dibaringkan atas sejadah. Ustaz start baca doa. Aku pun taktau doa apa. Masa tu mata dia melilau tengok ustaz. Ustaz ke tepi,mata dia ke tepi. Sampailah ustaz baca satu doa. Dia mula mengerang. Suara dia kasar tapi nyaring.Ustaz mula komunikasi dengan benda tu. Tapi dia pandang je ustaz. Mata dia mencerlung. Merah beb mata dia. Muka tak payah cakap. Bengis. Ustaz bentak lagi. Tanya benda tu. Apa dia nak.
“Aku… tak suka bising!! Bising. Aku tak suka budak ni semua” Garau suara dia tapi nyaring gila. Dia jawab nada sekejap laju,sekejap perlahan. Aku tak reti nak describe cemane. Ustaz pun cakap. Jangan kacau anak anak aku. Masa tu dia mengerang lagi. Ustaz terus baca sambil tekan jari di kaki. Dia membentak-bentak sambil menjerit. Lepastu dia berhenti menjerit. Dia ketawa. Ketawa seram beb. Kejap pulak dia menangis. Ustaz masih teruskan membaca ayat quran. Korang tau dia boleh ejek ustaz tu baca ayat quran. Ustaz tu buat bodoh je and terus baca. Ustaz kuatkan bacaan. Aku rasa ruqyah kot. Lepastu dia menangis,meraung nyaring. Naik semua bulu-bulu aku. Tak lama dia terkulai lepastu rebah. Cikgu bahasa aku kejut dia. Goyang goyang badan dia. Dia sedar tapi macam lemah. Cikgu suruh dia duduk. Dia duduk. Tapi kepala pandang ke bawah. Ustaz bagi salam. Dia jawab. Lepastu ustaz tanya nama. Dia jawab nama dia. Ustaz suruh ikut dia baca surah Al-Ikhlas. Dia ikut. Sampailah satu ayat terakhir. Dia taknak sebut. Ustaz paksa. Dia taknak. Dia keraskan badan. Nampak macam ustaz naik angin. Ustaz teruskan membaca ayat quran. Kawan aku mula resah balik mengereng.Tiba-tiba. Aku kena sergah. Kena halau beb. Cikgu aku tak bagi tengok. Tingkap surau ditutup. Kiteorang diarahkan tidur dekat bilik tayang beramai-ramai. Lelaki je tidur dalam khemah.
Masa tu aku pulak rasa tak sedap hati. Lepas perkhemahan tu,kawan aku tu masih meracau waktu kelas. Tiba-tiba pengsan. Dia bukan kelas aku. Tp kelas belakang. Jadi aku dengar cerita je. Aku nampak waktu habis sekolah. Yg lain pimpin dia ke surau. Dengar cerita dia dicutikan. Sebab benda tu tak boleh buang. Macam tulah ceritanya. Teringat ingat suara dia nyaring baca al-ikhlas. Jangan ingat syaitan tak boleh perdaya kita.
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Terror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...