Kuaters mata Ayer

811 33 1
                                    

Assalamualaikum min. Nama saya Ikhwan. Umoq saya 15 tahun. Saya ni orang Peghelih. Itu saja pengenalan tentang saya.

Saya ni dah lama dah nak cerita satu kisah ni kat admin. Tapi saya pendamm jaa . Cerita ni berkaitan kuarters depan umah saya. Kuaters ni kuaters usang la. Cerita dia macam ni, masa tu umur saya 12 tahun. Biasa la waktu tu memang tengah hyper laa. Orang kata tengah duk buas.

Pada satu hari tu, saya ajak 4 orang kawan saya pergi ke kuaters tu. 4 orang tambah dengan saya jadi 5 orang laa. Kebetulan waktu tu dah masuk waktu senjaa dah. Kami pun nak naik la atas kuaters tu. Kami naik ke tingkat atas sekali. Dalam melangkah kaki ke tingkat atas kami dengaq macam ada orang dok cakap.

Soksek , soksek .

Kami pun tak heran laa. Ingat ada orang kat tingkat atas tu . Kami teruskan langkah untuh untuk sampai ke tingkat atas.

Shuuu shhuuuuuuu

Sunyi. Kami tengik tak dak sapa kat atas tu. Kosong. Kami menjadi heran. Sumpah tadi dengaq orang bercakap.

Kawan saya, nama dia tak perlu saya sebut, dia ajak kami semua turun. Disebabkan kami naik seram, kami setuju untuk turun.

Dalam nak turun tu, tiba-tiba tangga hilang!Aikk ? Mesti admin tak percaya kan.

Tapi sungguh tak tipu. Dalam pada tu tiba-tiba sahaja lampu di tingkat atas tu terbuka sendiri.

Kami semua cuak dah. Terus tengok jam, pukul 8:30 malam dah. Masing-masing muka  makin 'cuak'. Misteri min.

Tangga hilang, lampu bukak sendiri. Ah sudah. Kami semua tak sedap hati dah.

Tiba-tiba pula kami dengaq orang teriak (menangis). Kami mula-mula cuak tapi kami cuba memberanikan diri. Bunyi suara perempuan menangis. Kami dengaq dari dalam sebuah rumah.

Kami tak tunggu lama, kami terus pi ke arah rumah tu. Kami bukak pintu, Allah!! Kami ternampak ada satu lembaga rambut mengerbang. Ditangannya ada satu batu nisan. Dia menangis semahunya. Kami dah telab ayaq liuq dah. Cuak.

Baru sahaja kami nak cabut kami terlanggar sesuatu. Tiba-tiba sahaja bau busuk masuk ke dalam hidung kami. Apa yang kami terlanggar tu? Allah...

Sekujur tubuh yang berlumurah darah kena togheh (kelar). Tuhan jaa yang tau, bilaa 'orang' tuu bangun. Dia bergerak-gerak dengan darah yang masih segar mengalir.

Kami pun lari lintang pukang tinggal rumah tu.

Pastu dalam kami duk lari kami ternampak sesuatu. Tergolek-golek menghampiri kami tapi dalam keadaan terikat dalam bungkusan putih. Pocong. Ya pocong. Lepas tu dia bangkit lalu lompat sambil menyeringai kepada kami.

Apa lagi lari laa kami. Dan dan tu tangga pun ada. Fuhh. Lega seketika. Tak toleh belakang kami pun turun sampai kt aras G. Sesampai saja kat bawah kami tak jumpa jalan keluaq.

Saya dengan kawan yang lain teriak dah. Tuhan jaa yang tau perasaan kami. Waktu tu tengok jam dah pukui 9:15 malam. Badan semua dah lemau. Tiba-tiba saja kami pun rebah. Tak larat mungkin. Secara tiba-tiba kami tak sedaq teruih.

Keesokkan harinya...

Pagi esok tu kami tersedar. Kami bingung. Kami tengok polis, ambulans dengan bomba keliling kami. Mak pak kami pun ada kat situ. Depa call polis apa semua sebab kami tak balik semalam.

Kami pun bersyukur sangat-sangat sebab kami selamat.

Apabila balik tuhh, ayah pun cerita la kat saya yang kuarters tuu sebenaqnyaa ada orang kenaa bunuh. Dia seorang lelaki. Badan dia kena kelaq-kelaq satu badan. Dia kenaa bunuh tu sebab tak nak bertanggungjawab mengandungkan seorang perempuan. Lepastu perempuan tu pun upah orang bunuh lelaki tak guna itu.

Tapi sampai harini, kami bingung mai manaa ponti dgn pak cong tuu. Tapi kami kuburkan perasaan tuhh . Kadang-kadang bila kami duk bercerita pasai tuu, ada yang gelak, ada gakk yang pucat. Masih teringat  kes tuhh. hahahaha.

Ok min. tu sajaa dari saya. Sayaa harap , dapat jadi iktibar untuk orang lain untuk berhati-hati. Jangan pergi kat tempat-tempat macam tu waktu senjam. Okay? selamat berjuang 💪 Assalamualaikum

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now