Bagi memartabatkan hantu tempatan maka aku up lagi story seram berkaitan cerita mistik yang ada di tanahair. Lokasi pilihan kali ni adalah Jalan Puncak Alam.. Aku tak kisah kalau ada blogger menjadikan blog aku sebagai inspirasi untuk depa pun share kisah seram. Sebab aku bukan blog pertama yang share kisah2 seram ni cuma sebab aku minat maka terdetik di hati nak share kisah seram kat blog melekit aku ni.Takde hak nak halang semua tu pilihan masing2. Cuma jadilah blogger berhemah. Jangan copy paste bulat2 entri orang. Boleh ambil cerita yang sama dengan olahan & gaya penulisan sendiri.
Sebab tertengok iklan filem seram terbitan MiG Jalan Puncak Alam terus aku google. Apakah kisah seram yang berlaku kat jalan Puncak Alam sehingga di adaptasi untuk filem. Susah jugak nak cari kisah2 seram yang di ceritakan berlaku kat Jalan Puncak Alam ni.. Tak banyak sangat kot orang tulis pasal tu tapi demi kegigihan aku yang nak tau jugak kisah seram macam mana pernah berlaku kat situ aku tak putus asa. Harus memburu sehingga ke asap kemenyan terakhir katanya.. Amboi mistik sangat kan ayat. hahahaha
Antara kisah seram yang aku jumpa kebanyakkan jumpa spesis pontianak & langsuir la kot sebab jenis terbang2 ni. Antara kisahnya... seorang gadis yang balik lewat malam melalui Jalan Puncak Alam, berdekatan dengan pasar malam katanya. Tengah drive tetiba dia terpandang satu makhluk serba putih bertenggek atas pokok.Sebab cuak & terkejut dia tak terus pandang makhluk tapi mengalihkan pandangan ke depan. Bila kereta dia melintas kawasan pokok tu, makhluk tu tiba2 terbang atas bumbung kereta dia sampai berbunyi seperti terhentak. Yelah sebagai manusia biasa, aku pun gigil berdepan dengan situasi macam tu maka seperti biasa apa saja ayat Al Quran yang ingat dia baca bertalu talu dengan harapan makhluk tu tak melekat la atas bumbung kereta dia. Sampai jer kat kawasan rumah dia, nampak security guard kat situ pandang kereta dia macam takde apa2 so dia anggap makhluk tu tak menumpang kereta dia la ikut balik. Sampai rumah dia cuba call mak dia tapi tak jawab, call adik dia tidur tak sedar diri. Akibat takut dia tak berani keluar kereta takut terserempak lagi dengan makhluk tu. Lepas dia dengar suara jiran dia dari luar rumah baru dia berani keluar dari kereta & masuk rumah. Sampai sekarang dia tak pasti apakah spesis hantu tu sebab katanya nampak putih terbang & macam bentuk ikan pari. Ada mata & bersayap. Aku syak langsuir kot.. entahlah. Wallahualam.
Kisah kedua yang aku baca seorang pengajar yang balik dari mengajar. Tetiba bila lalu jalan puncak alam tu macam ada benda jatuh atas bumbung kereta dia. Tapi dia ambil keputusan tak berhenti & check apa benda yang jatuh atas bumbung kereta. Dia drive terus. Tapi kereta dia rasa berat sangat selepas tu. Lebih memelikkan lagi kereta yang berselisih dengan dia asyik bagi high-beam. Rasa tak sedap hati, dia baca ayatul qursi. Selepas beberapa kali ulang baca ayat qursi tetiba kereta dia kembali jadi ringan.
Cukuplah dua kisah tu aku share. Kesimpulannya langsuir ke pontianak tak tahu la spesis apa hantu tu tapi aku syak maybe langsuir la kot sebab suka terbang. Memang jenis suka terjun atas bumbung kereta orang kot. Dia punya trademark gitu gamaknya. Asal nak menyakat terjun atas bumbung kereta orang. hahahaha
Pasal filem terbaru MiG Jalan Puncak Alam tu.. Tengok la kalau aku rasa tertarik dengan thiller dia aku beli la dvd dia nanti. Ni dok cari dvd jengka tak dapat lagi. Macam best jer.. Kena jugak support filem seram tempatan ye dak? Best kita puji melambung lambung, tak best kita kritik hingga ke titisan air liur terakhir katanya. hahahaha
Moral of the story.. Kalau dah orang kata tempat tu selalu ada makhluk lepak, kalau boleh elak, elak la. Kalau tak boleh elak sentiasa beringat bila melalui jalan tu sebab makhluk ni tak membunuh kita secara terus tapi melalaikan kita dengan cara2 menyakat macam tu yang mungkin menyebabkan berlakunya kemalangan bila kita hilang fokus semasa memandu.
sumber:lekatlekit
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Ужасы/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...