PENULIS: Amir Arsad
Terbangun Haiziq dari tidurnya. Tangannya menggosok-gosok badan yang terasa sengal. "Ni la padah kalau dah lama tak bersenam, menyesal pulak aku tak pergi gym". Handphone disebelahnya masih berbunyi dari notifikasi group whatsapp. Dia mengambil fonnya dan melihat jam yang menunjukkan sudah pukul 2.30 pagi. "Tak tidur lagi diorang ni" getus Haiziq. Dia tidak menghiraukan notifikasi yang masuk tanpa henti itu. Terus dia berbaring sambil memejamkan matanya.
Namun kesakitan yang dirasai badannya mengganggu cubaannya untuk tidur. Pelbagai gaya dan posisi dicubanya namun masih lagi dia tidak mampu untuk mencapai keselesaan untuk tidur. Tanpa sedar dia terlena juga setelah puas matanya berkelip-kelip merenung dinding yang terdapat contengan dengan pelbagai rupa dan bentuk makhluk yang pelik. Lakaran yang sudah ada didalam bilik yang disewanya setahun lalu. Tidak terusik sedikitpun. Tetapi Haiziq lihat lakaran dan contengan itu kadang-kadang berubah kedudukan dan bentuknya. Bagaikan makhluk-makhluk tersebut bergerak dan bernyawa. Tetapi dia hanya buat tidak endah. Baginya itu hanyalah bayangan yang bermain didalam kepalanya.Jam 3 pagi. Haiziq sekali lagi dikejutkan dari tidurnya. Kali ni disebabkan mimpi yang dialaminya. Dia mengucap dan beristighfar panjang sambil tangan meraup wajahnya. "Celaka" terpacul perkataan tersebut tanpa dia sedar. Terbayang kembali mimpi yang dialaminya tadi.
Dia bermimpi pada waktu itu dia sedang menaiki tangga yang separuh siap menuju ke tingkat atas bangunan yang masih dalam pembinaan. Walaupun waktu sudah pun memasuki senja dia terpaksa juga melangkahkan kakinya kerana banyak kerja-kerja yang tertangguh. Tugasnya sebagai seorang penolong engineer yang mewakili kontraktor utama didalam pembinaan sebuah kondominium 30 tingkat di tengah bandaraya membuatkan dia komited dan bertanggungjawab dalam tugasnya.
Penat dirasai apabila dia menapak menaiki tangga untuk sampai keatas kerana servis lift yang disediakan sudah pun dihentikan jam 7 td. Haiziq yang masih muda tetapi kekurangan stamina kerana gaya hidupnya yang tidak aktif selepas waktu kerja. Kawasan tangga yang gelap dan tertutup membuat kan bulu romanya berdiri. Bunyi air yang menitik dari atas menambahkan lagi keseraman suasana ketika itu. Masih tinggal lagi setingkat sebelum dia sampai ketingkat 10, tingkat paling atas dalam pembinaan tersebut. Baru saja dia ingin melangkah 7 ank tangga terakhir, dia terdengar satu suara dihujung telinganya.
"Tujuh"
Dia menangkap bunyi suara tersebut. Haiziq melangkah lagi satu anak tangga.
"Enam"
Terdengar jelas di telinganya. Haiziq perhati ke satu penjuru yang gelap tanpa sedikit cahaya. Dia pasti suara itu datang dari situ. Haiziq melajukan langkahnya dan suara itu masih mengira setiap langkah dia sehinggalah tiba di anak tangga yang terakhir, Haiziq terkejut apabila terdengar satu suara memanggilnya dengan kasar.
"Boss!!", bagai baru tersedar dari lamunan, Haiziq terkejut apabila dia sudah pun berada di tepi hujung bangunan. Lagi satu langkah pasti dia akan terjatuh dan mati di tusuk besi-besi cerucuk yang terpacak. Pekerja yang berasal dari bangla itu berlari menghampiri Haiziq. "Rokok boss" sambil dia menghulur sebatang rokok ke tangan Haiziq. Pantas dinyalakan dan berkepul asap keluar dari mulut Haiziq. Mengembang dada Haiziq menghirup udara bercampur asap rokok. Dia cuba menenangkan dirinya. Kepala Haiziq masih bingung dengan kejadian sebentar tadi.
"Kirja sumua suda siap boss, sikarang semua urang mau balik"
Kata pekerja bangla tersebut ketika melihat Haiziq yang masih diam tidak berkata. Haiziq mengangguk perlahan, dan pekerja-pekerjanya satu persatu hilang dari pandangan menuruni tangga yang dinaiki tadi. Haiziq memeriksa kerja-kerja yang dilakukan pekerjanya tadi. "Bagus jugak diorang ni buat kerja, esok punya progress pun dah disiapkan" bicara Haiziq sendiri. Terdengar suara dari pembesar suara masjid yang berdekatan, Haiziq melihat jam. Azan maghrib akan berkumandang. Belum sempat Haiziq melangkah menghala ke tangga itu, satu suara yang kuat dan jelas tiba-tiba menerjah keluar dari arah tangga itu.
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horreur/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...