Hadiah

405 25 0
                                    

"HADIAH untuk kau?" Farah hulur bungkusan hadian kepada Awina sejurus dia merebahkan duduknya di birai katil. Katilnya yang terletak bersebelah dengan katil Awina. Jadi senanglah untuk mereka berbual secara dekat.

Awina kerut dahi. Hadiah? Siapa pula yang bagi hadiah ni? Dua bulan lagi baru ulang tahun kelahirannya akan tiba. Tapi, hari ini sudah ada yang baik hati memberinya hadiah.

"Pak Mat yang bagi dekat aku. Katanya ada orang yang bagi dekat dia pagi tadi. Dia cakap suruh bagi hadiah ni dekat kau. Mungkin peminat kau yang bagi kot. Orang pandai macam kau ramailah yang nak berkawan, kan?" ulas Farah sedikit sinis. Dia bagaikan tahu soalan apa yang menerjah kepala kawannya saat itu.

"Owh... " hanya itu ungkapan yang terluah dari mulut Awina. Orang dah bagi jadi ambik sajalah. Tak baik tolak rezeki!

"Apa yang kau sorokkan kat belakang kau tu?" tanya Farah apabila dia melihat Awina seperti menyembunyikan sesuatu daripada pandangannya. Dari tadi lagi dia memerhati kelakuan pelik Awina itu.

"Tak ada apa-apalah. Aku tulis surat cinta ni." sengihnya.

"Apa-apa ajelah." Balas Farah. Tiada mood dia mahu berbual terlebih mesra dengan Awina pada malam itu. Letih badannya. Dia mahu tidur.

*****

AWALNYA kau tidur malam ni Farah. Tiada tempat aku nak berborak. Awina berjalan menghampiri katil Farah. Novel cinta yang tertindih perut Farah itu, Awina tarik lalu meletakkannya di atas meja. Farah ni hantu novel sebenarnya.

Bagi Awina, Farah adalah kawan yang sangat memahami dirinya dan kawan yang banyak membantunya ketika dia dalam kesusahan dulu. Farah juga kawan yang sudah dia anggap seperti ahli keluarganya sendiri. Sebelum Awina berlalu dari katil Farah. Sempat lagi, dia menarik hujung selimut yang setia menghangatkan malam Farah sehingga selimut itu menutupi paras dada.

Dia panjat katil. Lalu merebahkan perutnya ke dada katil. Kedua tangannya bertaut dan dia meletakkannya ke atas perut. Lama dia memandang siling hitam yang memenuhi ruang atas kepalanya. Kejadian petang tadi menerjah ke ruang fikiran apabila masa lenanya belum tiba lagi.

"Sikitnya kau makan, Farah?" tanya Awina kepada Farah. Dia perasan yang Farah banyak termenung daripada makan sejak dia tiba ke kantin tadi. Nak bercakap pun payah. Hanya berdiam dan kedua-dua belah tangannya sibuk melagakan sudu dan garfu di atas pingan lalu menghasilkan bunyi bising. Dia jadi hairan dengan kelakuan aneh Farah hari ini.

Melihat kelakuan Farah yang sedikit aneh. Awina sedaya upaya cuba menenangkan perasaan halus yang terbit dari hatinya. Mungkin Farah tidak sihat. Macam lemah sahaja gayanya. Tebaknya.

"Aku bawak kau pergi klinik ya? Aku nampak kau macam demam, aje. Risau aku Farah."

"Aku okey! Aku nak naik ke kelas dulu. Kau makanlah. Jangan risaukan aku." Sejurus itu, Farah menolak kerusi dari arah belakang badannya dan dia terus berlalu dengan begitu cepat.

Dummm!

Bunyi kotak jatuh mengejutkan Awina dari dunia lamunannya. Awina mengurutkan dadanya yang terasa turun naik akibat terlampau terkejut seketika tadi. Tadi dia sudah letak hadiah itu diatas almari. Tapi kenapa boleh jatuh pulak ni? Dia turun dari katil dan mengambil semula kotak hadiah itu. Dia memegang dan membelek-belekkan kotak hadiah yang berbalut cantik tersebut. Nak buka ke tak nak? Alih-alih dah ada depan mata ni, buka ajelah.

Sreeettt...

*****

"AKU nak kau bawak benda tu sekarang jugak! Aku tak kira kau ada kerja ke apa ke. Aku nak barang tu sekarang!" Jerit Farah kasar. Dia cukup tidak suka kalau kemahuannya itu tidak dituruti. Itulah sisi lain Farah yang orang tidak lain tahu. Termasuk kawannya, Awina.

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now