"Friends request"

460 19 0
                                    

#PHILOPHOBIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat dan pembaca FS. Buat pertama kalinya saya menghantar kisah saya ini buat peminat dan pembaca FS. Untuk yg ingin mengenali saya cukuplah sekadar tahu nama #PHILOPHOBIA sahaja. Okaylah, tidak mahu panjang lebar mengenai diri saya. Jom baca kisah yang ingin saya kongsikan buat semua.

Saya nk berkongsi satu peristiwa berkenaan FRIENDS REQUEST. Mesti ada yg fikir saya cedok kisah penulis2 FS yg lain kan? Kerana tajuknya hampir sama seperti kisah yang pernah dihantar oleh penulis #SiCelupar tu kan? Begini kisahnya, saya ada seorang kawan Manis (bukan nama sebenar). Untuk entri kali ni saya ingin menceritakan kisah kawan saya si Manis ni. Manis berumur dalam lingkungan 20+ seorang yang jenis memilih kawan termasuk teman-teman yang lain dan merupakan wanita yang mempunyai senyuman yg manis, sedap mata memandang dan juga seorang wanita yg tidak bertudung. Manis seorang yg suka mencari teman melalui laman sesawang seperti FACEBOOK. Manis akan melihat notification yang muncul diatas terlebih dahulu sebelum menekan butang “ACCEPT” tersebut acap kali ada antara teman laman sesawang yang ingin berkenalan dengan beliau.

Suatu hari, Manis telah membelek-belek ruangan notification di facebook dengan harapan dapat berkenalan dengan seseorang yg beliau rasa ingin mencari teman hidup. Tapi apa yg ingin saya cuba sampaikan ini tidak seperti apa yg Manis harapkan. Beliau telah menekan butang “accept”*klik* bermaksud telah menerima dan memilih seseorang lelaki untuk menjadi temannya Aiman (bukan nama sebenar). Bermaksud jika kita menerima seseorang untuk berkawan dengan kita akan automatik link dengan MASSANGER.

Maka bermulalah kisah ,setelah Manis menekan butang accept untuk berkenalan dengan Aiman. Berborak punya berborak. Aiman memulakan perkenalan “Hai awak,Assalamualaikum. Boleh berkenalan tak dengan cik Manis kalau cik tak keberatan la. Hihihi”. Aiman selesai menaip sesi perkenalan mereka itu di ruangan messanger sambil tersenyum mengharapkan Manis mahu membalas chat beliau dan menekan butang “Sent” untuk menghantar ayat perkenalannya itu. *POPP!* Manis ketika itu berada di rumahnya sambil menonton televisyen menerima satu notification chat yang dihantar oleh Aiman melalui telefon pintarnya. Manis membaca isi yang dihantar Aiman itu sambil tersenyum. Manis membalas chat Aiman dengan membalas “Hai juga awak. Waalaikumsalam. . .Boleh ”dan menekan butang sent.

Aiman sedang leka melihat newsfeed wall facebook nya sedang asyik scroll atas bawah melihat kan status dan pelbagai status yg diupdated teman-teman FB nya. Telah menerima satu notification bulb warna merah dibahagian atas massanger dari gerangan yg dia ingin berkenalan itu tadi iaitu Manis. Manis telah membalas chat nya sudah cukup buatkan dirinya gembira. Gembira yg tidak terkata. Aiman membaca lalu membalas chat Manis sejak itu. Sejak hari itu, hari berganti hari minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan. Perkenalan Manis dan Aiman sedikit sebanyak membuatkan perasaan mereka berdua berputik dari seorang teman FB menjadi pasangan kekasih. Bak kata orang tua-tua tido tak lena, makan tak kenyang, mandi pun tak basah.

Pada suatu hari, sedang Manis asyik leka dengan Facebook melihatkan gelagat video-video yang para teman muat naik masuk ke newsfedd wall nya. Sedang asyik melihat video yang telah dishare oleh salah seorang teman FB nya pada waktu itu kelihatan parodi FATTAH AMIN bersama NEELOFA yang telah diparodikan oleh JEHAN MUSA dan pasangan parodinya pada waktu itu sambil menyanyikan lagu WANITA TERAKHIR yang menjadi kegilaan #DeeFen *oOPPSS!* . (Jangan marah hah FEN. Saja menyakat je tu. Kikikiki..). Manis menerima satu bulb notification *POOOPS!* dari ruangan friends request dari seorang yg bernama Farah tapi gambar DP nya tidak menunjukkan wajah profile picture wanita yg bernama Farah tersebut.

Manis menekan butang Accept yakni beliau menerima friends nya yang bernama Farah itu untuk menjadi teman Mukabuku nya. Salam perkenalan tertera di situ dimana Farah memulakan ayat dengan berkata “Hai perempuan. Tak sedar-sedar diri lagi ke kau dok sibuk chat dengan laki orang??”. Manis menerima chat tersebut telah mula mengerutkan dahi tanda-tanda sedang memikirkan siapakah gerangan laki orang yang kawan baru nya iaitu Farah maksudkan. Puas memikir dari kalangan siapakah yang dimaksudkan.

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now