*CERPEN PENDEK*
Penulis: *MrsFatehAlJauhari*
____________________________________________
"Benci!!! Benci!..."
"Menyesal aku keluar hari ni!"
"Lelaki semua nya sama!! Jahat!!!"
Sambil menghempaskan tombol pintu rumah sewa 2 tingkat Jalan Teratai 1 tersebut.
Habis bergegar satu rumah.
Penghuni 4 bilik di dalam rumah tersebut cuba untuk menjenguk ke arah bilik utama di tingkat atas.
Mereka sudah sedia maklum akan perangai baran penghuni yang sorang itu.
Cuma mereka malas nak mencampuri urusan makhluk tersebut."Mental!!" Bisik mereka sesama sendiri untuk meluah rasa.
************
"Kenapa ni Adrea? Soal Munirah sambil melipat telekungnya.
"Ah! Benci... Aku nak tidur!" Adrea menjawabnya dengan kasar.
"Adrea... Sudah Solat?"
Adrea memandang teman biliknya itu puas-puas, bagai mahu menelannya hidup-hidup. Dia menghela nafasnya yang hangat. Menandakan amarahnya belum lagi reda.
Wajah temannya itu ditilik sedalam-dalamnya.
Putih halus mulus.
Rambut ikal mayang paras bahu
Bau _Perfume_ haruman bunga mawar
Persis bak wanita sejati.
Jika nak bandingkan dengan diri Adrea.
Orang utara cakap "awat hang kasaq!?"
Memang bagai Langit dengan bumi."Belummm lagi...." Jawab Adrea acuh tak acuh.
Munirah tersenyum melihat teman biliknya itu. Setelah selesai meletakkan telekung yang dilipatnya ke atas rak kayu di tepi katilnya. Munirah segera menghenyakkan punggungnya di katil Adrea perlahan.
"Adrea... Sakit, sihat, sedih, atau gembiranya kita di atas dunia ini. Hal yang satu ni jangan dilupakan. Solat itu adalah merupakan cara kita berhubung dengan Allah swt."
"Tak kan setakat hubungan manusia terputus kita juga mahu memutuskan hubungan kita dengan Allah?"
"Anggap sahaja Solat itu cara kita mengekalkan hubungan kita dengan Allah, supaya kita tidak hilang daripada radar kasihnya Allah."
Munirah menyambungkan bicaranya.Adrea mencebikkan bibirnya.
"Ceramah sudah!!! Blah lah!!!"********
Adrea masih lagi tidur.
Bunyi penggera telefonnya berbunyi menunjukkan jam 7 pagi.
Pagi itu Adrea ada _appointment_ dengan _client_ di Menara Rebung.
Dia tidak boleh lambat hari ini.
Ketika dia terjaga, katil di sebelahnya sepi dan rapi sahaja cadar katil tersebut.
Di atas katil tersebut masih ada lagi lipatan telekung putih satin kepunyaan temannya Munirah."Dah pergi kerja lah minah ni!!"
"Awalnya?!"
Adrea menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Di atas lipatan telekung itu ada sehelai Nota yang berbunyi
----------------------------------------------
_Assalamualaikum,_
_Sahabatku Adrea..._
_sebelum nak buat apa-apa pagi ini. SOLAT dulu yer!_ 😉😊_Daripada_
*_Munirah sahabatmu_*------------------------------------------
Adrea segera menjatuhkan pandangan ke arah jam dindingnya yang berwarna merah menyala.
"Alamak!!! Aku dah lambatttt!!!"
Bagaikan seorang pelari marathon yang sedang mengejar _check point_ Adrea segera mempersiapkan dirinya untuk membelah kesibukan kotaraya yang penuh dengan pancaroba pada hari tersebut.
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
رعب/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...