Siapakah Maya?

954 46 3
                                    

Cerita yang bakal aku kongsikan ini merupakan pengalaman aku yang benar-benar terjadi dalam hidupku sepanjang 26 tahun ini. Siapakah Maya?

Sejak dari kecik aku memang suka berdikari. Mak ayah aku bekerja, aku ditinggalkan bersama penjaga, bernama Mak Leha. Mak Leha merupakan seorang ibu tunggal yang sudah kematian suami. Dengan berbaki kudrat yang ada, Mak Leha membesarkan tiga orang anaknya dengan begitu baik sekali. Tetapi aku tak berapa kamcing dengan anak dia, so, aku banyak habiskan masa dengan budak-budak sekolahku lepas waktu sekolah.

Sedia maklum, budak-budak baru nak up kan, banyak perkara yang tak sepatutnya, kami lakukan, seperti hisap rokok, buli budak dan curi basikal. Aku agak korang pon ada pengalaman yang sama kan, hehe. Tetapi tragedi hitam aku bermula dengan perkenalan aku dengan seorang budak perempuan ini. nama dia Maya. Maya baru berpindah ke tempat aku dekat tiga bulan, baru aku berani bertegur sapa. Biasalah masa budak-budak dulu, cikgu suruh laki perempuan duduk dalam kelas sebelah-sebelah, supaya kami tak buat bising, dari sinilah aku kenal dengan Maya. Maya bertukar tempat dengan kawan aku.

Tiada yang istimewanya pon tentang Maya ni. Anak tunggal kepada dua orang tuanya yang dah menjangkau umur 50-an. Mungkin rezeki dapat anak lewat kan. Keakraban aku dengan Maya semakin kuat, apabila dia turut ikut kami melepak, mandi sungai dan macam-macam lagi. Kira macam penasihat aku lah, nak hisap rokok, dengan kotak-kotak rokok aku dia buang. Tapi aku tak tahu kenapa aku tak marah, malah lagi rasa selesa bila dengan Maya.

Tahun 1998, ayah aku beli rumah di Kajang. Sebelum ni kami menyewa rumah setinggan di suatu tempat yang aku rahsiakan. Aku berkeras tidak mahu ikut keluarga aku pindah ke sana. Ayah aku buat keputusan untuk membiarkan aku tinggal bersama Mak Leha, yang aku dah anggap seperti mak aku sendiri. Jiwa dan raga masa muda mudi dulu tak kuat beb! Makin banyak kegiatan jahat yang aku lakukan, sampai ke satu tahap aku buat perkara tak elok dengan Maya. Maya kelihatan sangat sayangkan aku sampai kami terlanjur bersama, tak berdaya aku nak katakan yang aku dah buat kerja terkutuk itu.

Aku hilang kawan. Aku semakin banyak habiskan masa dengan Maya. Aku sendiri tak faham kenapa orang tua Maya benarkan aku rapat dengan Maya sampaikan aku dibenarkan tidur dirumahnya, dengan alasan nak belajar. Biasalah bila kita dah ada makwe, kawan-kawan semua aku lupakan, yang aku pentingkan Maya sahaja. Satu hari ni, member aku ajak kami pergi mandi sungai. Hari yang gelap bagi dunia Maya, kerana dia dirogol oleh kawan-kawan aku.

Aku lari, aku pindah sekolah ke Kajang. Aku tak hubungi dan ambil tahu langsung tentang Maya selepas peristiwa itu. Masa tu pon mana ada handphone lagi kan. Kawan-kawan aku yang buat hal pon aku tak tahu ke mana. Peristiwa tu menjadi rahsia antara kami berlima termasuklah Maya. Mak Leha pernah bagitahu aku ada seorang budak perempuan sering bertanyakan aku dengan mata merah-merah menangis. Sedikitpon aku tak endahkan.

Tahun 2004, aku masuk ke tingkatan 2. Aku jumpa seorang perempuan di sekolahku sebijik macam Maya. Pertama kali aku jumpa di tapak perhimpunan, berderau jantung aku. Jangan-jangan dia! Tapi aku pelik, setiap kali aku nampak dia, dia mesti tengah pandang aku. Aku senyum, tapi dia pandang dengan senyuman sinis. Aku pakat dengan kawanku seorang pengawas, untuk mencari Maya. Semingu kami cari, seminggu jugalah kami tak nampak dia langsung dekat sekolah.

Aku jadi bingung. Aku SPM tahun 2007, tengah nak jawab paper sejarah pulak lah terasa nak berak. Syok-syok tengah berak, aku terdengar ada suara perempuan memangil nama aku, dan aku kenal benar suara tu. Aku senyap! Ada bunyi tapak kaki perlahan-lahan pergi ke setiap pintu tandas, dan akhirnya berhenti di pintu aku. Sayup-sayup aku dengar suara itu lagi, makin lama makin senyap. Dumm! Pengawas peperiksaan ketuk pintu tandas aku sambil menjerit, “kau berak ke baca nota dalam tu?”. Terus aku keluar, haha. Korang nak tahu, paper sejarah hari tu aku salin soalan je, isi apa sume tak ada, takut punya pasal.

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now