As’salamualaikum kepada pembaca. Mungkin ini kisah pertama yang saya hantar kepada fiksyen shasha. Harap diterimalah. Penat jari saya menaip. Haha. Maaf atas segala kekurangan ataupun cerita saya kurang menarik. Saya Muaz, umur saya sekarang 20 tahun belum genap 21. Saya asal sibu, sarawak. Saya belajar ruqyah pada umur saya 17 tahun. Jadi ingin saya kongsikan satu kisah tentang pesakit saya yang terkena santau makanan. Kisah ini bermula pada umur saya 18 tahun. Pada 16/6/2014 saya dihubungi oleh seorang perempuan yang bernama Maisara. Nama pesakit sebenar saya ubah supaya tidak mengaibkan. Maisara menyatakan kepada saya bahawa dia ingin diruqyah untuk sekadar “discan”. Jadi saya pun telah menetapkan tarikh rawatan 18/6/2014 di pusat rawatan bandung. Saya juga bertanyakan tentang apa yang dia alami dan saya meminta supaya dia membuat satu list.
-Gangguan kerap semasa tidur.
1.Mimpi terjatuh ditempat tinggi.
2.Mimpi didatangi orang tua yang tidak dikenali.
3.Mimpi ular hitam.
4.Mimpi menyusukan anak padahal belum berkahwin.
5.Mimpi pusaran air.
6.Mimpi dikejar binatang berwarna hitam.
7.Mimpi hantu.
8.Ketindihan.-Gejala semasa terjaga.
1.Sering beremosi marah/sedih.
2.Sering mengantuk pada masuknya waktu solat.
3.Sering melihat kelibat.
4.Telinga sering berdesing.
5.Lebih selesa bersendirian didalam gelap.
6.Mandi terlalu lama xtahu apa yang dibuat.
7.Hilang perasaan pada lelaki.
8.Suka melayan perasaan.Ini yang dia bagi saya masih ingat di dalam otak. Dalam apa yang dia ceritakan. Saya tahu dia mengalami gangguan yang “hardcore”. Sebelum saya meruqyah Maisara ni. Saya pun bersiap sedia la juga untung menentang nya. Seperti biasa, sebelum memulakan sesi rawatan. Saya memberi peringatan kepada semua pesakit tentang pembersihan jiwa. Seperti ini dialog yang saya guna.
“Kepada tuan/puan. Kakak/abg.. Sebelum saya memulakan sesi rawatan. Diminta untuk mengucap 2kalimah syahadah supaya kita berada dalam keadaan yang Islam sebenar. Seterusnya, saya minta supaya redha dan memaafkan segala kesilapan yang telah orang lakukan kepada kalian. Kita manusia yang bukan maksum. Pasti melakukan kesilapan dan tidak terlepas daripada dosa. Bersama2 lah kita beristighfar. Memohon ampun kepada Allah. Supaya Allah meredhai kita. Supaya Allah memberi kesihatan kepada kita. Supaya Allah menyembuhkan kita daripada segala pesakit. Baiklah, apabila sudah selesai. Saya membacakan istighfar diminta supaya kalian untuk menutup mata. Fokus dengan apa yang saya bacakn. Sepanjang saya bacakan ayat2 ruqyah. Maka berdoalah kepada Allah. Supaya mendapat kesembuhan. Supaya Allah menghalau atau menghancurkan segala gangguan yang ada dalam tubuh badan kita.”
Saya beristighfar terus memberi peringatan kepada bangsa2 jin yang mendengar. Yang duduk didalam tubuh badan manusia. Peringatan pertama tentang untuk apa manusia dan jin diciptakan. Kedua tentang azab daripada Allah. Ketiga tentang kebesaran dan kekuasaan Allah. Setelah habis memberi peringatan. Saya mula membaca ayat2 Ruqyah. Dengan pembukaan nya surah Al-Fatihah sebanyak 7kali. Selepas saya membacakan 7 kali. Si Maisara ni mengilai macam pontianak. Saya membacakan Al-Baqarah:255 Maisara mula mengamuk meronta. Agak sukar untuk pembantu saya menahan maisara daripada menyakiti diri nya. Ini dialog saya dan maisara.
Saya: “Keluar kalian kesemua nya bangsa jin! Bertaubat kalian. Kembalilah kepada Allah azza wa jalla! Sesungguhnya kalian bangsa yang lemah! Takutlah kepada Allah!”
Maisara: “Aku tidak akan keluar selagi dia tidak mati! Aku akan musnahkan hidup dia! Aku benci dia! HAHA. Hdownoxbeigtkaonwbvbckjena(bahasa yang tidak difahami sewaktu maisara berbisik).”
Saya: “Apa yang kamu bacakn?! Kamu memanggil tentera kamu? Panggil yang paling sakti yang paling kuat diantara kamu. Yang mengetuai kamu semua. Syaitan laknatullah! Aku tidak akan takut pada bangsa kalian. Sesungguhnya Allah bersama kami. Bersama dengan orang yang teraniaya! Kamu siapa yang bersama kamu? Askar2 yang lemah. Keluar kalian. Sebelum aku menyiksa kalian kesemua nya dengan izin Allah!” terus saya membacakn ayat2 Ruqyah tanpa henti dan menekan “spot pressure(titik kelemahan jin)” di telapak kaki.

ANDA SEDANG MEMBACA
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...