Kriukkk… gangg!!!
“Ya ALLAH, bunyi apa tu? Bunyi pintu bilik orang sebelah ke? Ishh, takkanlah sekuat tu pulak bunyinya… Adoii, kenapa tiba-tiba aku rasa seram sejuk jer ni? Rasa macam ada sesuatu aje kat sebelah aku ni. Kenapa aku rasa tak sedap hati pulak ni? Berdebar-debar jantung ni apa kes? Ah, mungkin perasaan aku aje kot.” Anis bercakap seorang diri, cuba menenangkan dirinya seketika. Angin malam yang amat sejuk menyebabkan badannya terasa begitu sejuk sekali hingga menyengat ke dalam tulang-tulang badannya. Sesekali kedengaran bunyi cengkerik di kala tengah malam yang kini menginjak ke angka 1.30 pagi.
Athilah, rakan sebiliknya dah lama tidur mati. Begitu juga dengan dua orang lagi rakan sebiliknya dah lama mereka melelapkan mata mereka itu. Penat sangat kot sebab petang tadi mereka baru saja selesai exam midterm untuk sem akhir tahun 4.
Yalah, semalam bukan main sakan lagi diorang study sampai pukul tiga pagi. Sanggup mereka bersengkang mata demi memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih-lebih lagi mereka ini dah berada di tahun akhir. Dah nak keluar dah dari universiti. So, kenalah pandai-pandai cover pointer tu, kasi bagi tinggi sikit. Nak dapat kerja baguslah katakan.
Maka tinggallah Anis sorang-sorang terbaring kat atas katilnya sambil memandang kosong ke sekeliling biliknya. Dia belum terasa nak tutup lagi matanya untuk tidur. Mungkin dia tak terasa mengantuk lagi kot. Dia terus memandang dan memerhatikan suasana kelam di biliknya. Keadaan tampak sangat sepi. Hening. Dan menakutkan.
“Kau nak dengar tak satu cerita ni…” Suara perlahan lagi menakutkan yang terkeluar dari mulut Amal mengejutkan lamunan Anis yang tengah mengelamun panjang tadi.
“Cerita? Cerita apa? Gosip artis, eh?” soal Anis bila tersedar dari lamunannya itu. Amal tersenyum. Tersenyum dengan penuh erti yang tersirat.
“Weii, cepatlah cerita! Tadi bukan main lagi kau nak cerita kat kita orang. Ni kau nak cerita kat Anis pulak. Anis bukannya nak dengar sangat pun cerita kau tu. Dia ni kan penakut. Pengecut pun ada sekali dalam badan dia ni. Hati tikuslah katakan!” celah Athilah, cuba menyindir diri Anis yang duduk diam saja dari tadi tanpa sebarang patah perkataan pun yang terkeluar dari mulutnya.
“Sabarlah! Aku tengah nak bukak ceritalah ni. Buka mukaddimah first. Kau ni… kacau arr! Aku cuba nak buat suspense kat Anis ni dululah, kasi dia berdebar-debar. Aku tahulah dia ni penakut. Darah gemuruh!” sokong Amal sambil ketawa terkekeh-kekeh bersama-sama Athilah.
Muka Anis kini nampak merah, cuba tahan malu campur nak marah. Yalah, malu sebab kena sakat oleh dua orang rakannya yang memang daripada golongan suku sakat yang suka menyakat. Dan rasa nak marahlah bila kena sindir. Anis memang pantang kalau ada orang cuba nak mengutuk atau menyindir dirinya. Mujur diorang tu adalah kawan baiknya sejak dari sekolah menengah lagi. Sabar ajelah, Anis ya!
“Korang ni… sudah-sudahlah ketawa tu! Kesian kat Anis. Hah, dah merah dah muka dia tu! Cukuplah dengan ketawa korang tu. Hmm, Amal… ceritalah apa yang kau nak ceritakan tu. Aku dah tak sabar dah ni nak dengar. Cerita seram ke?” tanya Asimah. Asiyah yang berada di sebelahnya tampak khusyuk sekali membaca buku sampai tak ingat dunialah kononnya.
Yalah, nak buat macam… best student memang macam tu. Setiap hari kena belek buku, baca buku, pastu kena ulang kaji pulak. Ibarat duduk kat meja makan pun nak kena baca buku, tengah-tengah basuh baju pun nak kena baca buku, tengah duk syok tengok televisyen pun nak kena baca buku jugak, sampaikan sebelum nak tidur tu kena baca buku dulu. Golongan ni memang aktif dengan pembacaan buku-buku mereka, termasuklah si Asiyah ni sekali.
“Aduih, sakit perut aku tergelak lama-lama. Kau punya pasal lah ni, Anis! Buat aku geli hati sangat. Kah, kah, kah!” Amal tergelak kecil lagi.
“Hoii, apasal aku pulak yang bersalah! Kaulah! Kau ketawakan aku tu sapa suruh? Aku tak suruh pun kau ketawakan aku, kan?” Anis dah naik darah. Athilah terus berhenti ketawa dan cuba menyiku Amal sebagai isyarat untuk menyuruh Amal segera berhenti ketawa. “Weii, Amal! Cukuplah tu… Anis tengah marah tu.”
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...