Rumah Jalan Gajah

777 28 1
                                    

Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Terima kasih admin sebab accept story saya yg ketiga ni. Cerita kali ni agak panjang. Harap maaf. Semoga terhibur.

Jun 2014. Bulan saya & suami bergelar pengantin baru. Kenduri kami buat yg wajib aje. Honeymoon pun hold dulu sampai hujung tahun. Nawaitu kami masa tu cuma nak senangkan hati mak bapak je dulu. Biasa la org tua mesti risau anak2 berkawan, duduk jauh pulak. Nak elak maksiat katanya.

Walaupun dah dpt title husband & wife, kami masih tinggal berasingan. Hubby kat rumah sewa dia & saya kat rumah sewa saya. Kami tak sempat nak ready rumah lagi masa tu. Kat Penang ni kalu nak sewa rumah kebanyakannya mesti melalui agent. Mesti kena tetak la dengan deposit itu ini & agent fee bagai. Mau cecah RM2000 lebih utk masuk rumah sahaja. Pikir punya pikir, kami decide utk cari bilik sewa dulu. Sementara tu kumpul duit untuk sewa rumah nanti.

For the next few weeks, kami pun gigih cari bilik sewa yang boleh terima couple. Makan masa 2 minggu jugak la untuk dapat bilik yang direct owner. Senang sikit. So, lepas kerja kami pergi tengok rumah yang terletak di Jalan Gajah, Tanjung Tokong. Kami jumpa owner rumah, saya panggil Madam utk discuss pasal sewa & bayar deposit sekali. Rumah Semi-D 2 tingkat jenis lama. Agak suram sbb dkt laman rumah byk pokok2 rimbun. Depan rumah ada porch. Honestly, feel tak berapa best la rumah ni. Tapi, desperate times call for desperate measures. Kami redha je masa tu.

Rumah besar 2 tingkat, kami sewa small room je. Bilik paling murah sewa RM300. Tu pun dah cukup besar utk kami berdua. Kira muat masuk queen bed & sofa 2 seater. Bilik dah siap ada build in wardrobe & kabinet kecik. Tu je perabot kami masa tu. Saya cerita serba sikit pasal rumah ni. Tingkat bawah Madam dah convert jadi kelas tuisyen. Madam ni bekas cikgu & dia mengajar tuisyen je. Biasalah, ada kerusi meja, whiteboard & rak buku. Mini pantry & toilet. Ada pintu utk pergi belakang rumah. Kat belakang tu ada bilik store & bilik maid. Tingkat atas pula ada 3 bilik yg blh dikatakan besar. Ada 1 bilik mandi. Bukan bilik mandi yg dlm master bedroom tu. Kira 3 bilik kena share 1 bilik mandi.

Awal bln Julai kami pindah masuk bilik tu. Madam punya rule, kereta kena park kat luar. Tak blh park kat porch supaya senang budak2 datang tuisyen. Tuisyen ada 2 sesi, 9am – 11am & 4pm – 7pm. Rabu sampai Sabtu. Kebersihan kena jaga & tak boleh bising2. Macam budak sekolah dah, baik Madam! Oh ya, rumah besar tu kami dua org je penghuninya. Madam ada rumah lain. Madam kata, ada lagi org nak sewa bilik bulan depan. Ok, no problem.

Yes! At last, kami dah blh duduk sekali sebagai husband & wife. The End. No guys, cerita baru nak mula....



















Day 1

Saya terjaga pagi tu sebab terhidu bau taik anjing. Bau yg kuat amat seolah2 anjing berak dalam bilik. Saya bangun, tutup tingkap & tido balik. Tiba2 Hubby bangun marah2, ‘Haram betui! Apa yg busuk sgt ni!’. Dia capai Ambi Pure & spray semahu-mahunya. Saya tercengang, tak tau nak cakap apa. ‘Awak bau dak?’, Hubby tanya. Saya angguk je. Lepas tu kami tak jadi sambung tido. Bangun siap2 utk keluar cari breakfast. Dua2 cuti, hari minggu. Walaupun ada insiden pelik pagi tu, suasana pagi di rumah tu sgt nyaman. Sejuk, udara segar & burung2 berkicauan. Nice sangat. Mungkin sebab kawasan Jalan Gajah tu jauh dari jalan besar. Memang privasi la.

Aktiviti hari tu semestinya mencuci & mengemas bilik. Bilik tu berhabuk macam dah lama kosong. Bilik air pun kami cuci bersih2. Lepas asar baru siap semua. Hubby tak lupa pagar bilik tu empat2 penjuru. Dia kata, just in case sebab kemungkinan bilik ni dah lama kosong. Lepas solat maghrib, kami keluar makan. Sambil makan sembang2 la.

‘B, naper pagi tadi bau taik?’,

‘Ntah. Menatang tu nak sambut kita kut. Pagi2 dah mkn taik’,

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now