AKU rasa aku dh prnh update story nii
Satu hari tu, sekolah anjurkan program ‘Kem Ibadat’. Disebabkan aku ni antara top student jugak lah, cikgu suruh aku join, assist student junior. aku ni malas gak sebenarnya, dahla macam macam cerita aku dengar jadi kat sekolah ni malam malam.bunyi bergendang la, penampakanla. dan dijadikan cerita kitorang ditempatkan di aras yang dikatakan tu, huhu.. nasibla 2 hari 1 malam je.
Malam tu masing masing pilihla port. (Kitorang tidur kelas) aku hampar kain batik atas meja.Alhamdulillah malam tu tak ada cerita tak enak pun, tidur awal sebab pagi nanti nak kena bangun awal (Program qiamullai).
Haa.. benda ni jadi masa kitorang dah nak habis program keesokkannya. Masa tu semua dah packing barang duduk kat surau sementara tunggu zohor. Tiba tiba ada sekumpulan pelajar usung masuk seorang budak perempuan ni. Aku tengok kaki dia biru weh. peh aku dah agak la apa jadi.. histeria la ni..
Pastu kawan dia cerita (aku namakan shasha la huhu) diorang naik atas blok nak ambil barang. Masa lalu satu kelas ni shasha macam nampak kelibat tapi diorang buat tak tahu je. Tapi bila patah balik nak turun tangga semula diorang nampak kawan dia sorang ni panggil diorang padahal kawan dia tu kat surau. terus budak tu menjerit.
Ok sambung time di surau. ustazah baringkan budak tu. Budak tu mata dia terbeliak je pandang atas.. air mata keluar tapi tak ada dengar suara menangis pun. Aku tolong ustazah pegangkan kepala dia masa tu. Dalam hati cuak beb, first time aku tengok orang histeria. Duk baca la ayat kursi 3 qul semua dalam hati jadi pendinding.
Ustazah suruh shasha azan kat telinga budak tu. Shasha sebut je ‘Allahu..’ kat telinga dia, terus tangan budak tu tolak muka shasha. Peh nak gugur jantung aku. Tetiba pulak ustazah suruh aku. Warghhh aku pun start la azan. Peh nasib baik dia tak tolak aku. Tapi bila aku azan air mata dia mengalir laju. Ustazah duk jerkah d
ia suruh bangun tapi dia diam je.
Lepas tu ustazah suruh aku pegang ibu jari budak tu. Masa aku pegang tu, automatik dia tengok kat aku. Tapi bukan tengok aku sangat, lebih pada apa yang ada belakang aku. Aku dah berdiri bulu roma ni macam nak tercabut ha.. lepas ustazah jerkah jerkah, tampar tampar skit barula dia macam sedar terus mintak air..hui lega aku..
Tapi tak habis kat situ..
Masa sampai rumah aku tak ada rasa apa apa pun.. benda ni jadi masa aku nak sembahyang maghrib.. aku cuba angkat takbir tapi tak boleh. Aku rasa macam ada benda kat belakang aku. 3 ke 4 kali aku try tak dapat jugak. Aku pun berlari keluar bilik bagitahu mak aku. Mak pun suruh sembahyang kat luar then dalam bilik nanti mengaji skit. Aku pun buat macam mak suruh then alhamdulillah semuanya okay.. nasiblah tak nampak apa apa. Aku tak tahulah kalau benda tu ikut aku ke apa tapi setakat itu je la yang aku alami.
![](https://img.wattpad.com/cover/100013029-288-k185628.jpg)
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...