kisah berlaku lewat tahun 2005..di kawasan tanah felda setiu satu..terengganu.. digambarkn untuk korang ada beberapa buah rumah quarters disediakan untuk para staff.. pekerja dan buruh asing..kawasan sekeliling ditanam dengan tanaman sawit di belah atas bukit pula terdapat kawasan yang belum diselenggara (kawasan hutan) dan dari kejauhan terlihatlah sepohon pokok tua yang sudah mati tegak terpasak dibumi.. kenapa kawasan tersebut tidak diteroka? kenapa pokok setinggi menara dan besarnya melebihi pemeluk 10orang itu tidak ditebang?? kenapa kawasan itu belum ditanam sawit? mehh ak citerkan??
Bismillahirrahmanirrahimm...
sudah pelbagai alternatif dan usaha kontraktor dibawah syarikat besar felda digunakan untuk menebang pokok itu...sebelum kawasan sekeliling diteroka...
namun usaha yang dilakukan kebanyakan menemui jalan buntu... apabila jentera berat digunakan untuk menolak pohon itu...kebanyakannya akan berlaku kerosakan.. bila sampai je dekat pokok tu...enjin akan mati dengan sendiri .. dan tidak dapat dihidupkan..apabila ingin menggunakan chainsaw org itu akan mngalami demam yg teruk. .ramai yg mengatakan pokok itu berpenunggu... ada yang mendiaminya...pokok tu pokok puaka.. mau tidaknya.. apabila malam sahaja para2 pekerja kontrak yg ditugaskan membersihkan kawasan diganggu.. ada yang dirasukk ada yang disampuk,disorok, yang paling menakutkan apabila ada antara mereka melihat kelibat-kelibat yang menggerunkan...ada yg melihat kelibat hantu yang bergerak secara mengesott kan bdannya di sekitar kawasan pokok tersebut...rmbutnya pnjg dri bhu hgga ke pinggang..mnutupi wajahnya..kkinya tiada...dan mnggunakan tgn untuk brgerak "mengesott"...apabila perasan dirinya diamati lembaga tersebut membalas dengan renungan!!!.. pkerja yg melihat lari x cukup tanahh dan menceritakan hal yg mnakutkan tersebut kepada org rmai..
ada juga yg bercerita terkadang apabila malam akan terlihat beberapa lembaga berjubah hitam berkumpul.. dan bergerak seperti terapung dan tidak berpijak di tanah..ada yang mendengar bunyi seperti ada bnda besar yang terbang berlegar di atas pokok tersebut stiap kali ia hinggap dipokok akan terdengar hilaiaan panjang...
heeeeeeee....hiiiii.... heeeeeee...kdg2 bunyi bayi mnangis.. teresak esak... kami yang menetap disitu majoritinya menganggap cerita itu hanya rekaan untuk menakutkan budak2 dan menyedapkan halwa telinga bila di warung kopi...hanya sesetangah sahaja yg percaya..akan kisah yg dikhabarkan...apabila kerap diganggu dan kerja mereka asyik terbengkalai..salah seorang pekerja tidak mampu lagi menahan sabar berbekalkan semangat dan ditemani beberapa orang rakan dia pergi ke kwasan itu pada waktu tengah hari...sebelum..menggunakan chainsaw.. dia melaungkan azan.. dan nekad untuk mnebang pokok tersebut..tapi mungkin ajal mnjmputnya trlbih dhulu mungkin juga satu kemalangan.. smasa krja hmpir suku sahaja yg siap rntai chainsaw putus melibas tengkuknya...pekerja itu mninggal sewaktu perjalanan keluar dri hutan...
seminggu sesudah insiden itu ramai yang mengaitkan bahawa penghuni pokok itu inginkan nyawa manusia.. perkara itu disangkal oleh salah seorang buruh indonesia..buruh itu merupakan ustadz yg mengajar anak2 staff felda mengaji dan juga org yg kuat pegangan ilmu agamanya dia sering mnjadi imam...solat di masjid felda tersebut...katanya "biar ak sahajalah yg tebang" beberapa orang pekerja kontrak mmbawa ustadz itu ketempat tersebut apa yang menghairankan mereka adalah ustadz hanya menggunakan sebilah kapak.. berbekalkan doa memohon perlindungan dari Allah..dan ayat2 suci yg dihafalnya dibaca.. mulutnya tidak henti2 bergerak mnyebut ayat2 suci semasa mnetak pokok itu..tempoh yang diambil sebanyak 4hari digunakan sebaiknya...apabila letih dia akn brhenti untuk solat dan mengisi perut dengan bekalan yg diberi oleh pkerja kontrak ada yg ingin mmbntu tp dihalang oleh ustadz.. tiada sebarang gangguan... yg ada pda mlm hrinya cuma terkadang ustadz dpat melihat dri jauh lembaga besar berbulu hitam matanya merah saga.. memerhatikannya dari atas bukit... mujurlah ada pelindung yg dibuatnya dari air yasin lembaga tersebut tidak mmpu menggangu ustadz secara dekat....
tibalah hari pada petang khamis pokok besar itu rebah...sangkaan kami x kan ada apa2 yang akan berlaku jadi kebanyakan membuat aktiviti harian seperti biasa... malamnya sesuatu yang luar biasa berlaku... seolah olah ribut melanda felda tersebut..hujan lebat membanjiri kawasan2 rendah dri atas bukit terdengar lolongan anjing..
lolongan anjing itu bersahut sahutan..AOOOOUUUUU!!! berselang seli dengan suara seperti orang lelaki menjerit kesakitan..."ARGGHHHHHH!!!!ORGHHHH!!!!!" bunyi dri atas bukit dimana tmpt pokok itu ditebang seolah-olah mengamukk..kebanyakan rumah staff felda malam itu diganggu dengan bunyi2 yang menakutkan..seperti bunyi dentuman diatas bumbung...seolah olah bumbung rumah dicampak dengan ketul bata... KBUMMM!!! bunyi perempuan mengilai pula datang dari arah rumah atas bukit sampai lah ke rumah aku....HEEEEEEEE HEEEEEE HEEEEEEEE HIIEEEE HIEEEEE HIEEEEEE...
x dak sapa pun brni kluar rumah...mlm tu... ada jiran yg ada ank kcik nmpk tgan besar brbulu menyeluk tingkap ingin menggapai bayinya tp smpt dia slmtkn ...ada yang diketuk ketuk pintu rumah nyaa "tookk tokkk tokk!!"" ada yang dicakar cakar dinding luar rumhnya.. """screchhh screchhh""
dlu rumah felda kayu jaa...ada yg buat2 brni mngintai dri dlm rumah ingin melihat makhluk tersebut... tp dia pun pengsan apa yg dia nampak? dia nampak lembaga besar dan tinggi rambut mengurai bertanduk....matanya merah menyala!!! berjalan membongkok!! lidah lembaga tersebut terjelir hingga ke tanah!!.. berjalan mndekati rumahnya... gangguan berhenti apabila berkumandang azan subuh... esoknya smua orang berpakat mengadakan bacaan yasin n solat hajat..mmbuat knduri doa slmt..Alhamdulillah mlmnya dh X dak gguan lg dh.... kata org bnda2 tu marah rumahnya dimusnahkan..
skian wsslm dri Allah kita dtg pdanya juga kita pulang..asaalamualaikum..
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Ужасы/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...