Kondo bilik 1107, Langkawi

713 31 3
                                    

Pertama sekali aku minta maaf sebab jalan cerita agak panjang sebab malas nak buat part 1 part 2. Yang kedua maaf sebab aku tak de niat untuk nak jatuhkan perniagaan sesiapa atau menakut kan sesiapa. Biarlah jadi pengajaran pada korang sebelum pergi mana mana rempat tempat baca review dahulu.

16 Ogos 2016. Aku bersama seorang pensyarah lelaki (Dr Idham), 6 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan (termasuk aku) ke Langkawi untuk buat kajian lapangan di sekitar Gunung Raya dan Pantai Chenang. Kesemua kami adalah pelajar separuh masa geografi sebuah ipta. Aku diberi tanggungjawab untuk mencari tempat penginapan sepanjang berada di sana. Aku telah memilih sebuah kondo yang pada hemat aku sangat berpatutan harganya dan berdekatan dengan tempat makan. Aku berurusan dengan seorang agen untuk menempah dua bilik selama 3 hari 2 malam. Agen itu jugak adalah rakan lama aku ketika di sekolah menengah.
Kami tiba di kondo tersebut jam 1:30pm, 16 Ogos 2016. Kawasan parkir kereta yang di penuhi lalang dan tumbuhan menjalar. Bumbung parkir pecah seperti tidak diselenggara. Bangunan kelihatan usang dan berlumut. Aku menghubungi agen untuk maklumkan ketibaan kami. “Okay selamat datang, kunci ada di dalam bilik masing- masing. Bilik 1107 dengan 1005”, kata agen melalui telefon.
Sebaik memasuki pintu utama lobi kondo, kami tergamam. Semua memandang aku dengan satu soalan. “Betul ke kondo ni? Atau kita salah kondo?”, tanya Syauqi. Yelah sebab aku yang pilih tempat ni. Sungguh ku tak sangka rupanya indah khabar daripada rupa. Lobi kosong, tak ada kaunter pendaftaran pertanyaan, tak ada penyambut tetamu. Yang ada hanyalah chandelier yang hampir jatuh menyembah lantai, lantai yang berhabuk di penuhi dengan daun kering, tampalan iklan memenuhi ruang dinding lobi dan tak ada manusia lain selain daripada kami di situ. Keadaan sangat berbeza ketika aku survey di website dan agoda.
“Tak apa lah, kita naik tengok bilik dulu”, kata Dr Idham nak sedapkan hati kami. Sebelum ke pintu lif kami terpaksa melalui kolam renang di sebelah kiri. Keadaan kolam yang kotor berlumut, daun kering berselerak, lalang memenuhi sekitarnya. Di sebelah kanan laluan terdapat sebuah gym. Kelihatan sudah tutup dan tidak digunakan lagi. Keadaan gym yang berselerak, di penuhi daun kering dan habuk yang tebal. Di sebelah lif terdapat sebuah cafe yg sudah lama di tinggalkan. Cermin cafe sangat kotor, kerusi meja berselerakkan, daun kering memenuhi ruang lantai cafe. Macam mana daun kering ada dalam cafe dan gym sedangkan pintu dan cermin berkunci dan tertutup rapat?
Lif sangat usang dan hanya berhenti di tingkat yang tertentu. Mungkin rosak dan tidak diselenggara. Kami ke tingkat 10 untuk melihat bilik 1005. Biliknya jauh daripada lif dan koridor akan gelap pada waktu malam kerana tidak mempunyai lampu. Aku dan rakan perempuan yang lain sepakat untuk memilih bilik 1107 tingkat 11 kerana biliknya berhampiran dengan lif. Sebaik memasuki bilik 1107, bau bilik sangat ‘welcoming’ hingga aku tak dapat nak agak bau apakah ini. Bau bunga cempaka diselangi bau hanyir ikan yang agak meloyakan. Lantai bilik yang sangat berhabuk seperti tidak ada orang yang pernah menginap sebelum kami. 1107 mempunyai 1 master bedroom dan dua bilik tidur bersaiz sederhana. Lengkap dengan dapur dan dua bilik mandi tapi ada blood stain dalam tab mandi.
Hari pertama sepatutnya kami dah mula kajian lapangan di Gunung Raya. Tapi pensyarah batalkan dan tunda pada keesokkan hari. Di kedai makan, sejujurnya kami tak sedap hati dengan kondo tu. Masing- masing sepakat untuk cari tempat penginapan lain. Motel di kawasan sekitar sudah penuh. Hotel- hotel lain juga turut penuh sedangkan ketika itu bukan cuti sekolah. Akhirnya terpaksa akur untuk bermalam di situ.
7:30pm kami sampai di kondo, ternampak seorang makcik sedang siram rumput dan lalang di kawasan parkir kereta. Aku tak dapat lihat wajah makcik tu, tapi kenapa dia siram lalang? Dr Idham pesan jangan tegur, biarkan saja. Pukul 9:00pm kami berjanji berkumpul di parkir kereta untuk makan malam.

Dari tingkat 11 untuk ke lobi, lif berent

i di setiap tingkat. Setiap kali pintu lif terbuka aku nampak koridor di setiap tingkat gelap dan tak ada orang. Yang peliknya kenapa lif berenti di setiap tingkat tapi tiada orang seolah olah ada seseorang sedang bermain dengan butang lif itu. Lif tiba di tingkat 6, nampak makcik siram lalang tu berdiri depan lif sambil pegang sabit. Aku cam makcik tu sebab baju yang dia pakai.

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now