# Part 1.
Sarah menghempaskan badan di tilam empuk.hari ini hari pertama sesi kuliah kejururawatan bermula.terasa lenguh 1 badan.dalam setahun lagi sarah akan bergelar jururawat desa.tempat bertugas nanti? Tentu saja kampung halaman menjadi pilihanya.gadis itu tersenyum sendiri.kalaulah ayah dan mak masih ada..mesti mereka gembira melihat anak tunggal mereka ini memakai seragam jururawat.hatinya terasa sebak sedikit.sarah melihat jam ditangan.ahh...dah pukul 7 petang.baik bersihkan diri dahulu.dicapainya tuala mandi di tepi dinding.langkahnya terhenti,keningnya berkerut sedikit.sarah mendekati meja solek bersebelahan kamar mandi.keningnya berkerut memandang ke cermin.kelihatan garis mengelilingi leher dan berbentuk y memanjang hingga ke dadanya semakin jelas.sebelum ini sarah memang perasan akan kewujudan lingkaran di leher.sewaktu kecil sarah kerap diejek pasal tanda tersebut.nampaknya garisan itu semakin terang sejak usianya mencecah 20 tahun.sewaktu kecil dahulu sarah pernah bertanya pada mak.kenapa lingkaran pelik itu ada padanya? Mak tidak menjawap pertanyaan itu.dia hanya memberi sarah bekas sisa makananya."ahhh...mungkin sarah ni byk fikir agaknya.mungkin ini tanda lahir kot.sarah terus melangkah ke kamar mandi.
Suasana riuh rendah di asrama kejururawatan saint memecahkan suasana malam.rakan sebilik sarah wati dan hana sibuk melayan cerita kpop yang ditayangkan di kaca televisyen.sarah pula sedang mengulangkaji pembelajaran di kuliah pagi tadi."hei...korang ada dengar cerita hot di awal semester ni tak?" Wati tiba-tiba mencelah.sarah dan hana memandang serentak ke arah wati."apa dia?" Wati membetulkan posisi duduk lalu memandang ke arah rakanya itu." Ni...budak junior yg duduk dekat blok G tu.."mulut wati sengaja dimucungkan."korang nak tau..budak tu mengandung 4 bulan! Boyfriend dia hilang entah kemana.nak tak nak dalam keadaan memboyot tulh dia turun ke kolej! "Awak biar betul wati,betul ke cerita tu? Kan kolej kita ni x terima student yang mengandung tanpa berkahwin? Jgn jd fitnah nti.kesian anak orang tau.' Hana bersuara..."hek eleh...saya nampak sendiri budak tu waktu kat kuliah tadi.betullh!" Sarah terasa ada renjatan halus meresapi kedalam tubuh...angin malam seakan berbau harum.jari-jemarinya bergerak-gerak...dalam separuh sedar kakinya berjalan ke arah balkoni yang terbuka luas.matanya meliar..ke kiri dan kanan...dihirupnya angin malam yang semakin deras.sepantas kilat matanya tertumpu ke arah asrama blok G yang berada di sebelah kiri asrama mereka.matanya terbutang luas.kelihatan seorang gadis sedang menjemur kain di balkoni asrama tersebut.selesai menjemur kain,gadis tersebut mencapai baldi yang sudah kosong.diusap-usap lembut perutnya yang terbonjol sedikit.sarah mengeletar,dengusan nafasnya semakin laju."oii sarah...knapa awak ni? Apasal mengeletar ni?? Awk demam ke?" Sarah bagaikan tersedar dari hayalan.dagunya terasa basah.bila diusap,ya ampun.kenapa mulut saya dibasahi air liur??.sarah tersipu malu.sarah masuk kedalam ruang tamu dan mengelap mulut dan dagu yang dibasahi air liur menggunakan tisu yang diletakkan di atas meja.wati dan hana saling berpandangan.dua tiga menjak ni mereka memang menyedari perangai pelik rakan baik mereka itu.# Part 2
Wati terjaga dari tidur,begitu juga dengan hana.suara mengerang jelas kedengaran dari arah bilik sarah.diikuti bunyi benda-benda yang jatuh ke atas lantai." 2 sekawan itu bergegas ke bilik sarah,daun pintu ditolak kasar oleh wati.kelihatan sarah mengulupur di lantai."wati..hana tolong saya...perut saya rasa sakit sangat ni"..dengan suara yang terputus-putus sarah menghulurkan tangan ke arah rakan2 nya..harapanya agar dua sekawan itu dapat menolongnya yang sedang melawan kesakitan yang amat sangat.gadis itu menangis semahu mahunya." Ya allah..sarah kenapa ni??" Kaki sarah dihentak-hendak di atas lantai sambil tanganya memegang perutnya."saya tak tahu....perut saya rasa sakit sangat sekarang ni...," air mata sarah jatuh bercucuran..hana melihat aliran darah perlahan-lahan mengalir dari garisan leher sarah.keadaan menjadi panik."bertahan...awak tunggu sini k,saya dan hana pergi panggil warden asrama.kita kena ke hospital ni!".wati berlari ke arah pintu manakala hana masih tercegat memandang rakanya,rasa serba salah bila nak tinggalkan sarah bersendirian menahan kesakitan."hana! Apa yang awak tunggu lagi tu?? Mari temankan saya pegi pejabat warden asrama!' Dengan hati yang berat hana berpaling menyusuli wati dari belakang.
Warden yusoff terperanjat melihat wati dan hana memanggil namanya."warden usoff! Ada kecemasan dalam dorm kami!" Warden yusoff baru sahaja menghabiskan makan malam."kecemasan apa?"."rakan kami sarah tengah sakit perut kronik,kita kena cepat warden takut bertambah teruk nanti!" Warden yusoff mencapai walkie talkie yang terselit di pinggangnya.laporan segera dibuat.saat menunggu bantuan sampai,hana melihat jam tanganya.jam menunjukan tepat jam 12 tengah malam dan tiba-tiba matanya tertangkap 1 bebola api kemerahan terbang melintasi blok G."komet? Atau tahi bintang?,' saat melayan persoalan warden yusoff mencelah." Kamu berdua mari ambil rakan kamu yang sakit tu.ambulans sampai dalam masa 5 minit lagi.' Tanpa berlengah mereka naik semula ke atas blok mereka.sesampai di situ,wati bergegas ke dalam bilik sarah dan.....sunyi.lampu bilik dibuka,bilik sarah yang gelap gelita kini menjadi terang benderang.wati dan hana berpandangan.bilik sarah kini kosong.titisan darah yang mengalir dari leher sarah tadi pun tidak kelihatan langsung di atas lantai bilik.warden yusoff memandang dua gadis itu dengan perasaan marah.
"Kamu berdua ni dah melampau lah!".wati dan hana hanya tertunduk ke lantai."berani kamu buat kenyataan palsu! Kamu tahu tak disebabkan prank yang kamu buat semalam banyak department yang kena tempiasnya! Menyusahkan orang!" Marah betul madam wardah pagi itu.pensyarah-pensyarah lain hanya memandang pelajar jurusan perubatan itu.kehadiran miss julia mengejutkan mereka. " maafkan saya madam wardah,awak kna baca laporan ni. Madam wardah mencapai beberapa helaian kertas dari tangan miss julia." Kami dapat laporan ni pagi tadi.ingat tak student junior perubatan yang mengandung tu?,madam wardah menganggukan kepala."dia ditemui mati dalam bilik dorm pagi tadi.janinya hilang." Wati dan hana tersentak.
Wati dan hana membatukan diri di bangku taman kolej.masing-masing membisu.tepukan di bahu wati mematikan khayalan.kelihatan sarah tersenyum manis.wajahnya berseri-seri pagi itu.sekali lagi mereka berpandangan.sarah segera mengambil tempat duduk di antara mereka."sarah.awak pegi mana semalam?",wati memberanikan diri bertanya.sakit hatinya masih terasa.disebabkan rakanya itu mereka dilabel sebagai KAKI PRANK di asrama.walaupun itu adalah kali pertama tetapi perbuatan itu tidak dapat dimaafkan."saya pergi rumah kawan di blok sebelah semalam" sarah menjawap tanpa memandang wati."cakaplah betul-betul awk pegi mana semalam! Tau tak sebab perbuatan awk tu saya dan hana...."."kan saya dah kata sya pegi rumah kawan!!!". Sarah bangkit dari tempat duduk sambil memandang tajam ke arah wati dan hana.wati dan hana tersentap.selama berkenalan dengan sarah,sarah tak pernah meninggikan suara sebegitu.
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Terror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...