Selepas membersihkan badan dan menunaikan solat. Saidee bersama keluarganya menikmati makan malam bersama-sama.Di meja makan, masing-masing menikmati makanan dengan penuh berselera.
Sesekali saidee akan bercerita tentang perihalnya di sekolah.Tahun ini saidee akan menempuh peperiksaan besar.
Sijil penilaian Menengah."Abah,tadi masa dalam kelas pagi tadi, ada seorang pelajar menjerit histeria.Ngeri pulak Dee dengar dia menjerit.Lepas itu, berjangkit pulak kawan dia dekat sebelah sorang demi sorang."
Walaupun tangan penuh dengan nasi, saidee masih rancak bercerita.
" Habis itu, Cikgu-cikgu tak buat apa-apa ke?" soal bapa saidee yang jugak merupakan seorang guru sekolah.
" Ustaz dan cikgu-cikgu hampir kalah.Siap ada kena teranjang dan tampar lagi.Makin kuat ustaz membaca ayat-ayat Al-quran, semakin kuat budak-budak itu menjerit dan mengamuk." Cerita saidee lagi.
" Hish, dahlah cerita hantu tu. Makan cepat, nanti sejuk lauk dalam pinggan tu..." pintas ibu saidee, Puan Rabiah dengan kerutan tidak selesa terbentuk diwajahnya.
Saidee tersengih-sengih apabila ditegur oleh ibunya.Adik perempuannya pula diam memandang rezeki di dalam pinggan.Sesekali dia menoleh pandang raut wajah bapanya yang hanya tersenyum nipis. Saidee tahu dan kenal sangat dengan perangai ibunya, memang tidak gemar bila bercerita tentang perkara-perkara yang menyeramkan.Hendak-hendak lagi ketika berhadapan dengan rezeki.
"Abah....abang asri belum balik lagi?" Soal Aisyah, adik bongsu siadee.
" Entahlah, biasanya selepas maghrib dia dah ada kat rumah.Ini tidak, isyak dah masuk dah.Batang hidungnya masih tidak kelihatan."
Bebel puan Rabiah.Abah hanya diam tanpa mahu berkata apa.Dia juga merasakan begitu.Abang kepada saidee itu kebiasaannya selepas habis berlatih di padang hoki, pasti akan terus pulang ke rumah.Ini tidak, waktu semakin lewat,asri masih belum pulang.
" kejap lagi dia balik la tu,"
Cikgu Ali cuba bersikap tenang.
Seusai makan malam,puan Rabiah, Aisyah dan Saidee duduk di hadapan peti televisyen. Waktu-waktu sebegini adalah waktu seisi keluarga berehat. Cikgu Ali pula duduk di sofa di ruang tamu sambil
Mencatit ayat-ayat dari Al quran ke dalam buku nota kecilnya. Itulah yang sering dilakukan oleh cikgu Ali
Setiap kali malam jumaat. Terkadang dia akan tidur dahulu sebelum bangkit mengerjakan solat Tahajud dan membaca Al -quran sehingga subuh.Setiap kali malam jumaat, dia akan memenuhi dirinya dengan amalan. Mencatit setiap bait-bait ayat suci dari kalam Allah dan dijadikan panduannya sebagai untuk berzikir.Selain dari mengajar di sekolah, cikgu Ali juga merupakan seorang guru agama dan guru seni silat Gayung Bumi di kampung losong.
Namanya terkenal di daerah kuala Terengganu. Ramai yang datang berguru, tidak kira menuntut ilmu pertahankan diri mahupun ilmu Tasawuf.Cuma sejak kebelakangan ini,cikgu Ali tidak lagi secergas dulu. Dia lebih banyak mengajar ilmu agama
dari tunjuk ajar dalam seni mempertahankan diri. Kecergasannya sudah terbatas dengan usianya semakin ke daerah senja.ketika sedang asyik menonton televisyen , puan Rabiah berpaling ke arah pintu rumah. Terdengar enjin motosikal tiba sebelum di matikan betul-betul di perkarangan rumah." Hah, itu abang kau dah pulang." Getus puan Rabiah.
Terkocoh-kocoh Aisyah pergi membuka pintu rumah menyambut Asri yang baharu pulang dari kompleks sukan negeri Terengganu.
" Hah, kenapa lambat balik?" Tegur puan Rabiah.
Cikgu Ali pula sekadar diam memandang anak lelakinya itu atas dan bawah.Sepertinya pandangan Cikgu Ali bukan melihat kosong.
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...