Petang tu kau minta pada bos supaya dia benarkan kau balik awal. Alasannya, dah janji dengan anak-anak nak bawa mereka ke SPCA Ampang. Nak ambil kucing dari pusat perlindungan haiwan tu. Anak-anak nak sangat bela kucing. Nasib baik bos kau seorang yang utamakan keluarga juga, jadi dia faham dan sokong tindakan kau.
“Bagus juga tu. Kadang-kadang kucing ni penyeri rumah juga. Pergilah. Kirim salam pada isteri dan anak-anak ya.”
“Okay bos. Terima kasih”
Jam lima petang, kau sampai depan sekolah anak-anak. Mereka pun masuk dalam kereta. Kecoh di dalam kereta mereka bercerita tentang apa yang mereka belajar harini. Berebut-rebut. Anna cerita tentang cikgu Kamsiah yang dah mula masuk bab darab dan bahagi harini. Si Firdaus pula bercerita tentang teknik menyepak bola dengan betul yang cikgu Khuzairi tunjukkan masa kelas pendidikan jasmani tadi. Kau tersenyum sahaja mendengar cerita mereka.
Jam enam petang kau sampai depan pejabat Ika, isteri kau. Nampak sahaja kereta kau, Ika tersenyum lalu masuk ke dalam kereta.
“Bestnya kalau hari-hari abang ambil hantar Ika balik kerja. Boleh tak kalau hari-hari macam ni bang?”
“Boleh. Abang kena berhenti kerjalah. Jadi driver Ika. Tak ada hal.” Kau berseloroh.
Jam enam setengah petang, kau sampai di hadapan pintu pagar SPCA Ampang. Mr. Maran dah tunggu depan pejabatnya yang pintunya macam dah berkunci. Temujanji kau dengan Mr. Maran jam enam petang sebenarnya.
“Sorry Mr. Maran saya lambat. Office dah tutup ke?”
“Sudah tutup. Tapi tak apa. Paperwork saya dah buat. Bos ambil saja itu kucing. Saya sudah asing sana.” Kata Mr. Maran sambil tangannya dihalakan ke arah sebuah sangkar kecil yang diletakkan di sebelah bangunan yang nampak macam setor.
Selesai ambil sangkar dengan seekor kucing berwarna kelabu di dalamnya, kau pun masuk ke dalam kereta.
“Wah, comelnya ayah! Apa nama dia?” Tanya Anna.
“Eh. Kucing korang. Korang bagilah nama.” Kata Ika.
Jam tujuh setengah malam, kau buka pagar dan letakkan kereta di bawah porch. Firdaus bawa sangkar Getih ke dalam rumah. Getih menggeliat dengan ekornya sedikit terangkat. Nampak selesa.
“Keluarkanlah Getih dari sangkar tu Daus. Kesian dia sempit.” Ujar Ika.
Anna kelihatan penat sangat tetapi masih tetap asyik bermain dengan Getih yang dari tadi asyik mencakar manja kaki sofa kesayangan Ika.
Kau tersenyum. Rasa bahagia. Mungkin dengan adanya Getih dalam rumah ni, tak adalah kau rasa sunyi bila balik seorang-seorang. Bukannya apa. Semenjak dua menjak ni jantung kau asyik berdebar-debar bila berada di rumah. Macam ada sesuatu benda penting yang kau lupa. Tapi kau tak ingat apa.
“Mungkin aku kena jumpa doktor. Buat check-up. Asyik berdebar jer dada ni.” Fikir kau sendirian masa tengah baring atas katil bilik tidur.
Fikiran kau melayang.
Kau tak perasan pun bila Ika duduk sebelah kau. Muka Ika lain macam. Pucat. Bila kau tanya kenapa, dia kata tak ada apa-apa. Ika tercungap-cungap.
Kau rasa macam kau baru jer lepas bertengkar tentang sesuatu dengan Ika. Tapi kau tak ingat apa yang kau dan Ika kelahikan.
“Kita borak apa tadi Ika?”
“Entahlah bang. Ika pun tak ingat. Eh, Ika nak caj telefon tadi. Lupa. Bateri dah kosong betul.”
“Eh tu kan telefon Ika tengah caj tu”. Jawab kau sambil menuding ke arah meja solek.
Ika bangun perlahan-lahan pergi ambil telefon dia. Muka Ika berkerut.
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...