Dua orang tampak terkejut sekali dengan reaksi wajah mereka bila dengar saja perkataan ‘Hantu’. Mereka berdua saling berpandangan seketika sebelum beralih semula ke wajah Amal yang ingin bercerita pada mereka itu.
“Cerita hantu? Erm, ceritalah. Kita orang nak dengar, kan Tiara?” celah Salina setelah lama menyepi tadi.
“Baiklah, aku cerita sekarang. Peristiwa ni berlaku masa kita berada di tahun dua. Masa tu kita belum lagi duduk kat kolej kediaman ni. Aku dapat cerita ni pun daripada sorang akak senior ni cerita kat aku. Dia ni jenis yang suka sangat bercerita hantu kat kawan-kawan dia. So, aku ambik peluang sekali nak dengar cerita-cerita hantu ni. Yalah, akukan suka bab-bab hantu ni. Bila dengar aje cerita hantu yang akak tu cerita kat aku… eii, bukan main seram sejuk badan aku ni! Demam aku tiga hari. Nak masuk tandas pun tak berani. Korang macam mana, ada beranikah nak dengar cerita hantu yang aku nak ceritakan ni? Kalau tak berani, baik tidur terus aje! Lagipun…” Amal terhenti seketika kata-katanya. Dia memusingkan mukanya ke kanan sedetik, kemudian memusingkan mukanya ke kiri pula sedetik. Dia menyambung semula kata-katanya yang terputus tadi. “Lagipun nikan malam Jumaat, berani ke dengar-dengar cerita ‘benda-benda pelik’ macam ni? Aku takut korang tak tidur malam kang karang sebab takut. Berani ke?”
“Berani!” Serentak dua orang rakannya bersuara memberi jawapan penuh dengan semangat dan keberanian. Amal tersengih.
“Bagus!” ujar Amal, masih tersengih lagi.
“Macam ni ceritanya…” Amal segera memulakan cerita hantunya dengan mukaddimah seramnya. Semua mata difokuskan ke arah Amal.
“Ada sebuah bilik kosong ni… bilik tu cukup ‘keras’. Semua pelajar tak berani nak lalu kat luar bilik tu. Apatah lagi nak masuk kat dalam bilik kosong tu pun tak berani. Bilik tu masih lagi ada kat kolej kediaman kita ni sekarang. Cuma tak berpenghuni aje. Kalau ada pelajar duduk kat dalam bilik tu, aku tak tahulah nak cakap apa. Pihak hostel memang tak bagi langsung students tinggal kat bilik tu sebab ada kes pernah berlaku kat bilik tu. Bilik tu sekarang ada kat tingkat 5 di Kolej Kediaman Melati, kolej kediaman yang kita tinggal ni sekarang…,” cerita Amal dengan penuh menyeramkan lagi menakutkan dan mendebarkan.
Bunyi cengkerik yang saling bersahut-sahutan di luar tingkap bilik mereka cuba memecahkan kesepian dan kesunyian yang hadir di dalam bilik mereka. Amal menyambung semula kisah hantunya. “Kalau korang nak tahu keadaan bilik tersebut sangatlah gelap dan sepi sebab lampu bilik tu dah lama rosak dan hingga sekarang suis elektrik kat dalam bilik tu tak dibaiki oleh pihak pengurusan hostel. Sebab apa… sebab mereka tak mahu ada pelajar yang tinggal kat bilik tu. Dengar orang kata, bilik tu berhantu dan berpuaka sebab ada mayat pelajar perempuan yang kena rogol dan kena bunuh dengan pak guard waktu semua pelajar balik cuti kat kampung masing-masing.”
“Apa?!! Ya ALLAH!” Serentak suara Tiara dan Salina berbunyi. Tampak terkejut sekali reaksi wajah mereka bila dengar saja ayat ‘Kena rogol dan kena bunuh dengan pak guard… kena rogol dan kena bunuh dengan pak guard… kena rogol dan kena bunuh dengan pak guard…’.
Terlopong mulut Tiara bila terdengar ayat yang ‘menakutkan’ yang baru dilontarkan dari mulut Amal tadi. Dia kini tunduk resah campur takut dan cemas. Berdebar-debar pun ada. Dia sedikit demi sedikit menggigil ketakutan. Namun, tidak disedari oleh Salina dan Amal.
Amal terus bercerita. “Pak guard yang rogol student perempuan itu terus kena tangkap dengan polis tapi yang paling menakutkan… sampai sekarang pihak U dan pihak hostel ni tak jumpa-jumpa mayat pelajar perempuan tu. Bererti mayat tu masih lagi ada kat dalam bilik tu…” terang Amal dengan gaya percakapan yang agak perlahan-lahan, mendayu-dayu dan menakutkan.
Dengar saja ayat akhir Amal itu, terus Tiara menggigit kuat bibirnya cuba menahan ketakutan di hati. Salina pula cuba menutupkan separuh bahagian mukanya dengan kedua tapak tangannya kerana menggigil ketakutan.
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Ужасы/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...