Banglo berhantu

692 39 0
                                    

Van yang dipandu rakan sekerja meluncur laju meninggalkan pejabat,  menuju ke arah detinasi.

Pagi itu, saya bersama dua lagi rakan sekerja iaitu Udin dan Pak Long diarahkan oleh majikan untuk membuat pendawaian semula di sebuah rumah yang terletak di sebuah lokasi seprti yang tercatat pada sekeping nota arahan.

Kami bekerja dengan syarikat pengubahsuaian rumah termasuk membuat pendawaian elektrik.

Setengah jam menempuh kesesakan jalan awal pagi, van yang dipandu Udin akhirnya memasuki sebuah taman perumahan.

"Tengok alamat. Berapa nombor rumah tu?" arah Udin yang memandu van.

"Lot 21," balas Pak Long yang duduk di hadapan.

Kami memanggilnya Pak Long kerana usianya jauh lebih tua daripada kami. Pak Long juga ialah ketua bagi kumpulan kami ini.

Lima minit berpusing-pusing dalam taman, kami temui rumah yang dicari. Rupanya ia bukan rumah teres seperti disangka.

Ia sebuah rumah banglo yang terletak dihujung taman perumahan tersebut dan bersebelahan dengan sebuah ladang sawit.

Sebaik turun dari van, saya perhatikan sekeliling. Dari luar, banglo itu kelihatan terjaga walaupun dikatakan sudah lama tidak berpenghuni. Rumput-rumput dihalaman dipotong kemas. Pokok bunga juga hidup subur.

Pintu banglo dibuka. Sebaik melangkah masuk, saya terkejut. Rupa-rupanya ada satu lagi tingkat dibawah tanah. Bermakna ia adalah banglo tiga tingkat.

Mata saya memerhati sekeliling apabila memasuki banglo itu. Ruang dalamnya dipenuhi perabot di setiap sudut. Cantik-cantik belaka.

Tetapi kebanyakannya ditutup dengan kain. Kain yang menutupi perabot dan perkakasan pula saya tengok sudah berhabuk.

"Betullah, tak ada orang duduk," bisik hati saya. Siapa pemiliknya pun saya tidak tahu.

Tanpa berlengah kami memulakan kerja. Dua rakan lain memulakan pendawaian baru di ruang tamu manakala saya di bahagian dapur.

Sedang saya memecahkan dinding simen sambil berdiri di atas tangga untuk mengeluarkan wayar lama, tiba-tiba perasaan seram menjelma. Bulu roma saya mencanak. Saya terasa macam seram sejuk.

Zasss! Pantas saya berpaling kebelakang. Saya memerhati seluruh ruang dapur. Tiada apa yang ganjil.

"Ah, saja je tu," bisik hati saya, cuba memujuk hati sendiri.

Tapi, baru saja menyambung kerja, sekali lagi saya terasa sesuatu.

Melalui hujung mata, saya perasan seperti ada sesuatu mengintai melalui pintu bilik air di bahagian dapur yang terbuka sedikit. Macam ada susuk tubuh orang!

Walaupun melalui hujung mata, saya perasan susuk itu tak setinggi mana. Saiznya macam seorang kanak-kanak.

Zasss! Sekali lagi saya berpaling. Hilang! Tiada apa di situ.

"Eh, jangan main-mainlah," saya bersuara perlahan. Cuba buat-buat berani, walhal dada sudah berdebar kencang. Seram!

Tanpa memperdulikannya, saya meneruskan kerja. Simen dinding banglo itu saya pecahkan.

Dang! Dang!

Saya ketuk dengan penukul hingga bergema ruang dapur. Baru beberapa kali hentakan, saya tergamam.

Dengan pantas saya melompat turun dari tangga, terus berlari ke ruang tamu sambil memekik, hantu! Hantu!

Jeritan itu mengejutkan Udin dan Pak Long.

"Woi, kenapa?" sergah Pak Long.

"Aku nampak hantu. Hantu!!!" beritahu saya. Menggigil badan saya dibuatnya.

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now