Kubur cina di batu 7 memang dah sedia ada sebuh tertubuhnya UiTM Segamat . Kalau perasan jalan ke UiTM agak kedalam sedikit daripada jalan di sebelah luar menuju ke Jementah. Itu lah jalan lama yg betul betul menyusur di tepi perkuburan Cina , India dan Kristian.
Bila Uitm di bina Jalan tersebut telah di lencongkan sedikit tanpa perlu lalu di tepi kubur. Dorang pun satu juga, ada ke patut gali lubang kubur betul betul kat pinggir jalan…
Maklumat yg aku tahu tanah perkuburan Cina itu telah sedia ada sejak sebelum Merdeka lagi . Maknanya ramai lah Cina Cina Segamat, Kasap dan Jementah yg bersemadi di situ…
Aku pulak masa zaman kecil memang di besarkan di sekitar kawasan kubur cina dan secara tak disedari mengembangkan satu tabiat pelik @ weird sampai ke hari ini.
Satu hobi aku sejak kecil sehingga ke hari ini ialah suka sangat membelek “batu nisan” cina. Betul. Bukan nak cerita pulak. Tapi itu lah kesukaan aku ( ala ala Arkelogist gitu..). Kalau korang perasan nisan cina diletakkan gambar pemilik kubur. Aku suka sangat membelek gambar gambar pemilik kubur tersebut…. Donno Why..
Itu tak termasuk menengok “Burial Ceremony” cina yang siap di datangkan dengan band. Kadang kadang aku sedih dan insaf. Gitu lah jadinya pada kita. Kalau tidak dikurniakan “Iman ” dan “Hidayah”… syukur Ya Allah ….kita sentiasa didalam Rahmat Iman.
Dek kerana kegemaran aku yang suka membelek belek gambar di Nisan Cina. Satu hari aku telah di uji ketika melalui sebuah pekuburan cina di Jemaluang Mersing. Tempat itu memang super sunyi. Ketika itu memang nak masuk Maghrib. Aku memandu sensorang. Tak pernah dalam kamus aku merasa takut bila lalu di tepi kubur cina sebelum ni.
Niat aku cuma nak sampai cepat ke rumah kejar Maghrib. Jarak dengan bandar Mersing ada lebih kurang dlm berbelas kilometer lagi. Masa tu Aku baru dapat anak pertama while wife just transfer kat Hospital Mersing.
Semasa aku mengambil selekoh aku terpandang pintu masuk jirat cina . Bagi aku itu cuma pemandangan biasa yang berlatar belakangkan kubur dan nisan yang berbaris. Tapi hari itu lain. In a split second tiba tiba darah aku berderau, panas naik ke muka bila aku melihat dua makhluk kecil sebesar beruk seakan akan “syaitan ” yang sedang duduk diatas kedua dua tiang pintu masuk sambil tajam merenung aku…
Astagfirullah … Astagfirullah..itu lah 1st time aku merasa gerun. Tanpa berlengah aku terus tukar gear dan memecut laju.
Sampai di Taman Wawasan Mersing aku terus meluncur sehingga sampai ke depan rumah sewa isteri aku. Dia yang memang tahu aku akan pulang petang itu menunggu di depan pintu bersama baby .
Demi aku menjejakkan kaki ke tanah, tetiba baby yang tadinya “elok” tiba tiba menangis bagaikan di rasuk. Aku terus ke bilik air ambil wudhu dan solat maghrib. Baby masih “keras” menangis .
Selesai solat isteri aku bertanya, awak balik dengan siapa “…?? . Aku jawab kenapa … ? Siapa kawan awak tadi ..???
Itu lah kesilapan besar yg telah aku lakukan. Kalau ikut petua yang aku belajar, sepatutnya aku perlu terus ke Mesjid atau Surau. Dan kalau lah gangguan itu nak ikut biar dia ikut sama sampai ke masjid dan bukan ke rumah.
Malam itu kami suami isteri bergilir gilir membacakan yassin dan Ayat Kursi. Menjelang subuh baru lah baby reda menangis.
Itu lah secebis kisah dan pengajaran yg boleh aku coretkan.
@FiksyenShasha
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horreur/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...