Pengembaraan ke alam misteri 2

281 14 0
                                        

Pengembaraan menjadi semakin mendebarkan. Mungkin kota ini adalah bekas tinggalan tamadun Rom suatu ketika dahulu. Aku begitu teruja melihat monumen-monumen wira Rom yang masih utuh lagi, terutama yang sedang menunggang kuda ini. Wira ini menunggang kuda sambil menghunus pedang ke arah hadapan. Sangat gagah dan mengujakan. Namun ada sesuatu yang pelik bila diamati betul-betul pada monumen batu ini. Matanya terbeliak seperti sedang terkejut, dan pegangan pedangnya pula nampak tidak kemas tangan kirinya pula seperti sedang menunjuk ke arah sesuatu di hadapan. Aku lantas memandang ke hadapan seperti arah yang wira berkuda ini tunjukkan. Tiada apa-apa di hadapan, yang ada hanyalah dataran rumput dan pokok-pokok.

Aku periksa semula patung ini, seperti ada kesan monumen batu ini sudah teralih sedikit daripada tempat asalnya. Ini dapat dipastikan pada tapak bawahnya. Tapak bawahnya masih di pusat peletakan namun ianya bagai teralih ke tepi sedikit lebih kurang 45 darjah. Ada kesan geseran dan calar di lantai kesan daripada peralihan ini. Mungkin ia teralih sewaktu bencana tiba puluhan ribuan tahun dahulu. Aku membuat perkiraaan ringkas atas perubahan lokasi monumen ini. Berdasarkan kesan geseran ini, jika ia beralih sebanyak 45 darjah maksudnya wira ini sedang menghalakan pedangnya ke arah bangunan besar di hadapan. Itu colosium!Gelanggang untuk para wira gladiator berlawan. Dalam dunia ini siapa yang tak kenal arkitekstur besar berbentuk bulat itu. Tapi apa kaitannya dengan bangunan colosium bersejarah itu?

Betul ke kesimpulan yang aku buat ni? Adakah patung ini sengaja diukir sebegitu rupa, atau adakah ia mempunyai maksud tersirat yang tertentu. Patung monumen ini bagai hendak memberitahu aku sesuatu hal yang mustahak. Demi mencari jawapan, tanpa berlengah aku terus berlari ke colosium tersebut. Debu-debu tanah menemani sepanjang perjalanan aku ke sana, dalam masa yang sama aku berjaga-jaga. Takut ada 'benda' lain yang menemani. Semakin hampir aku dengan bangunan bersejarah ini semakin kuat degupan jantung aku. Rasa kagum terbit saat aku berdiri di pintu hadapannya. Aku dongak memandang struktur colosium yang masih utuh ini biarpun sudah berusia hampir ratusan ribu tahun. Rugi rasanya kalau tak masuk ke dalam.

Aku tolak pintu kayu besar berhiaskan kemasan gangsa perlahan-lahan yang nyata nya tidak berkunci. Rasa teruja dan kagum kembali hebat ketika melihat gelanggang bersejarah di depan mata aku sendiri. Di sinilah peristiwa gilang gemilang suatu ketika dahulu berlaku. Tempat para pahlawan rom menunjukkan kehebatan mereka. Bertarung dan bertempur sampai titisan darah terakhir. Tiada undang-undang seri di dalam perlawanan, masing-masing akan berlawan sehingga salah seorang daripadanya mati. Pembunuhan menjadi satu hiburan pada suatu ketika dahulu. Itu perkara biasa untuk masyarakat jahiliah biarpun tamadunnya agak maju. Aku berdiri di tengah-tengah gelanggang yang seluas 3 padang bola sepak ini. Perasaannya sungguh mengagumkan, aku mula berangan puluh ribuan penonton yang duduk di kerusi sekeliling bersorak kuat atas kemenangan aku.

Aku lupakan angan-angan ku sejenak kerana aku ke mari ada misi. Pasti ada sesuatu rahsia yang aku harus rungkaikan di sini. Langkah dipanjangkan ke tempat duduk penonton, kelihatan masih terdapat lagi bekas-bekas tembaga bersepah yang mungkin menjadi bekas air untuk penonton minum. Ini barang 'rare', kalau aku jual mahu kaya raya esoknya. Jadi aku berniat untuk ambil satu. "Roaaaarrrrr!!!" Aku terperanjat sampai terduduk ke bawah. Bunyi ngauman singa tiba-tiba kuat kedengaran. Bunyinya seperti berada betul-betul di sebelah telinga aku. Aku intai di sebalik tembok batu yang memisahkan gelanggang dengan penonton. Aneh, tak kelihatan pula mana-mana singa di gelanggang. Tetapi tidak lama selepas itu aku terdengar lagi, bunyi singa dan harimau seperti saling bersahut-sahutan. Selepas itu kedengaran pula bunyi binatang-binatang tersebut berlari dan bercakaran di gelanggang. Hanya bunyi yang kedengaran tetapi langsung tidak kelihatan fizikal mereka.

Yang lebih menakutkan, aku juga terdengar bunyi tapak kaki askar sedang berkawad! Hormon dalam badan aku semakin mendesak. Sebagai akibatnya hormon-hormon ini telah merangsang kepada degupan jantung yang lebih rancak, seterusnya mencetus rangsangan pada bulu-bulu roma, organ-organ peluh dan menganggu sedikit sistem pengaliran darah di tempat tertentu, terutama kepala dan muka. Oleh sebab itu muka aku kelihatan pucat lesi sekarang ini. Aku mengintai sedikit dari tembok batu. Nah, apa yang dapat aku lihat pada waktu itu ialah roh-roh askar-askar purba yang lengkap bersenjata. Berdasarkan pemerhatian aku ada lebih kurang 500 ratus orang semuanya. Mata mereka semuanya berwarna putih dihiasi dengan wajah yang sangat bengis. Ini mungkin semua askar-askar purba rom yang terbunuh suatu ketika dahulu.

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang