Mesin Jahit Berhantu II

618 53 1
                                    

Maaf pembaca, aku menulis sebab aku taknak korg terjebak. Terjebak dgn keturunan saka ni. Ye, betul. Memang nenek aku membela. Kali ni aku tulis habis.

Lepas nenek aku campak pinggan ke lantai tu, aku memang bentak habis. Aku jerit kat nenek sekuat hati sebab aku nampak benda tu belakang dia. Aku tahu bukan nenek yg marah tp benda tu. Sorg perempuan tua rambut panjang giler belakang nenek aku! Muka dia bengis. Bengis sampai aku tak tahu nak huraikan mcm mne. Walaupun masa tu tengahari. Benda tu wujud sebab aku baca ayat Qursi. Ibu pun nampak tapi ibu senyap, ibu just menangis.

Korang ada yg tanya pasal abah aku kan? Abah aku lepas anta kitaorg balek kampung, abah ikut kwn die kontraktor outstation. Sebab abah memang tak biasa duduk rumah. Mesti nak keje. Jd lps die hantar kiteorg, die just tidur umah nenek 2 hari dan terus berangkat dgn kawan dia. Aku ada cerita dekat abah tp abah kata, “Jgn sampai adik ikut die!” .. Masa die cakap ni aku tak paham. Aku igt abah cakap mcm ibu. Jangan layan perasaan. Rupanya abah tahu sebab tu abah tak nak lama kat kampung. Lagipun ni nenek belah ibu aku. Jadi kau paham2 laa.. Mane ada menantu lelaki suka duk umah mentua lama2.

Lepas je aku nampak bende tu, aku lari masuk bilik. Aku tenung mesin jahit tu, aku nampak jarum kat mesin tu jarum emas! Aku belum penah nampak jarum mesin wane emas. Aku capai tudung, aku terus keluar dari rumah nenek. Aku tak berapa tahu sebenarnya kampung ni tapi aku bawak je basikal pergi rumah kawan sekelas aku utk bawak aku pergi rumah ustaz yg ajar aku subjek agama kt sekolah.

Sampai rumah ustaz tu, ustaz pelik tengok aku. Kawan aku pun cakap dekat ustaz apa yg aku alami di rumah nenek. Ustaz mula berubah muka. Aku tahu die seram. Aku tahu die sendiri terkejut. Tapi aku tak kira! Aku nak benda tu keluar dari rumah!!

Ustaz bawa aku dgn kawan aku naik kereta die pergi rumah seorang imam. Ustaz aku yg cakap pakcik tu imam. Aku tak kenal sape kat kampung ni. Pakcik tu mula tanya aku macam2 soalan dan aku pun jwb.

Last pakcik tu kata saka tu nak beralih tempat dan nenek aku dah tak larat nak jaga benda tu. Tapi aku cakap dekat pakcik tu, kenapa benda tu ada lebih agresif pada waktu malam di mesin jahit?
Pakcik tu mintak aku balek dlu, bawa sekali air yg die da bacakan surah ruqyah. Aku pun ada hafal sikit surah2 ruqyah ni sb di sekolah lama dlu, memang ustaz ustazah beriya suruh hafal. Sampai je rumah, nenek terlantar sakit. Air yg pakcik tu kasi, aku tuang dlm cawan dan aku suruh ibu suap nenek.

Tahu apa yg terjadi?

Nenek muntah jarum!!!! Kalau org santau biasa keluar segala paku segala kaca, tapi nenek aku keluar jarum!! Jarum jahit yg besar2 tu, jarum mesin yg wane emas tu pun ada. Banyakkkk!!! Allah… Aku ngeri tgok nenek mcm tu. Sumpah weyh!! Nenek aku umur 89 tahun, kudrat die utk muntah buatkan aku menangis. Ibu pun nangis sama tgok mak dia macam tu.

Benda sama berlaku utk beberapa malam. Aku tak boleh nak tidur sb katil aku mcm berat sebelah. Aku rasa mcm org ada sebelah aku. Aku tidur dgn ibu kt bilik nenek sb ibu nak jaga nenek. Jadi aku ikutkan. Lain pula ceritanya bile tdo bilik nenek. Setiap pkul 3 pagi, aku akan nampak pempuan tua tu hisap kaki nenek. Aku baca ayat Qursi dlm hati, cuba utk tak buka mata luas2. Lepas tu aku nampak arwah atok jalan2 dlm bilik nenek ni. Allah.. Aku mcm nak jatih jantung tp aku bertahan. Aku genggam baju ibu sb nak tahankan takut. Tiap kali benda tu hisap kaki nenek, nenek menjerit meracau. Aku jadi stress yg teramat.

Kalau korg kata, baca albaqarah di kepala nenek. Ya, aku buat bnda sama. Dan ibu menyebabkan nenek bertambah tenat. Malam 3 hari selepas kejadian, aku dgn ibu baca yasin dekat katil nenek. Sebab malam je mula nenek sakit teruk. Dari awal kami dtg, die tak bagi kiteorg baca yasin kt die sb dia kata bising dia nak tido. Tp kali ni aku berkeras cakap kt ibu, nak baca yasin kt katil nenek. Sangkaan aku, nenek terlantar, die takleh buat apa2 kat aku dan ibu yg tgh bce yasin. Tp malangnya, sangkaan aku salah. Mesin jahit kt bilik tidur aku kat sebelah kuat giler bunyi. Macam org menjahit ganas tu! Ibu dah mula nangis dan berhenti baca, aku tahu ibu takut sebenarnya. aku cuba kuatkan semangat, aku baca sekuat hati. Nenek dah menggelupur kata dia sakit. Aku peduli apa! Aku taknak benda ni beralih kat ibu aku. Aku pun taknak!! Nenek takde anak lain dah selain ibu lepas semua anak2 lain tak hiraukan dia. Awalnya aku marah dgn pakcik makcik aku sb taknak jaga nenek padahal diorg duduk dekat je dgn rumah nenek. Aku dan ibu yg duduk berkilo2 meter yg diminta balik ke kampung. Tp lpas apa yg brrlaku, aku tahu, diorg sebenarnya taknak benda ni beralih tuan! Diorg taknak syaitan yg nenek bela ni!!

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now