Salam admin. Aku ada cerita nak share ni. Aku ni bekerja dalam industri automotif. Jadi kadang-kadang tu bos akan suruh aku naik ke utara tanah air untuk check condition kereta dan macam-macam lagi lah.
Nak di jadikan cerita pada 18 Julai 2014 aku diarahkan pergi ke kilang di bahagian utara untuk check condition baru. Nampaknya pihak pengeksport ada buat kesilapan masa hantar barang ke Malaysia.
Macam biasa aku memang sentiasa prepare lagipun duit poket dengan kereta company ada so aku just tekan jer lah pedal minyak tu.
Lepas penat drive dari KL aku bercadang nak singgah Penang pekena nasi kandar. Waktu sampai Penang tu pun dah lewat sebab jam kt jambatan di tambah dengan traffic orang balik kerja. Jadi aku decide nak sewa hotel je.
Entah kenapa haritu aku rasa mcm nak try duduk kt Northam Hotel. Selalu je lalu situ but haritu aku nak try duduk sana.
Aku ni jenis orang yang suka try benda baru so dengan confident aku pergi la duduk sana. Suasana hotel tu suram jer tak macam hotel-hole lain. Lepas aku dapat ja kunci so aku gerak pergi cari bilik dan niat aku nak makan nasi kandaq tu terpaksa ditangguh esok hari….Lagipun meeting aku dengan si Thierry dari France tu dijadualkan pada hari Isnin so kita watlek watpeace jer lah.
Sesampai kat bilik aku bernombor 305 tu aku ada rasa macam something pelik. Pintunya tak berkunci dan macam renggang ja..Aku ketuk tapi tak ada sesiapa pun dekat dalam. Jadi aku terus decide untuk masuk jerlah. Lagipun badan dah berlengas dan perlu di segarkan. Faham-faham saja lah lepas berjam-jam drive dari KL sampai Penang.
Keadaan biliknya memang kemas tapi perabot jenis lama (takdelah lama sgt). Besar juga biliknya. Bau hapak bilik lama tu still ada. Aku tengok biliknya boleh tahan besar dan mereka asingkan ruangan tido dengan ruang tamu. Ada sliding door yang pisahkan ruang tamu dengan bilik tidur.
Tanpa melengahkan masa aku teruskan hajat untuk mandi. Selesai mandi macam biasa aku check email and update apa yang patut. Lepas selesai segala urusan, aku terus call room service sebab dah lapar. Aku order kuey teow goreng dengan teh ais.
Lebih kurang 20 minit kemudian aku dengar ketukan kat pintu, apa lagi aku terus la pergi buka. Ada seoanrg perempuan kat pintu bilik berdiri sambil pegang 2 set makanan dalam tray. Aku perasan namanya Maya berdasarkan name tag kat dadanya.
Aku cakap kat dia “eh dik saya order kuey teow dengan teh ais jer. Bila masa order steak ni….rear pulak tu."
Dia balas “Oh tadi saya dapat info encik order steak jugak”.
Aku pun pelik tapi buat tak tahu je lah sebab aku tgk steak tu macam menarik jer. Selepas dia pass tray tu kat aku dia pun pergi.
"Lain mcm lenggok perempuan ni berjalan," Aku mngomel dlm hati sambil tengok minah tu terkedek-kedek macam itik pulang petang.Malam tu lepas makan kuey teow aku rasa macam penuh sangat perut dan aku decide biarkan jelah steak tu kat meja. Mungkin boleh makan bila dah lapar balik nanti.
Dalam pukul 2 pagi aku tiba-tiba terkejut dari tidur dan dalam samar-sama aku rasa macam nampak sesuatu tengah bertenggek atas meja. Hitam jer warnanya. Darah gemuruh kau toksah ceritalah... aku berpeluh dalam aircond. Menyesal pulak aku tak tutup sliding door tu. Benda tu tak pedulikan aku langsung. Dia terus dalam keadaan yang sama dan bertenggek. Entah aku pun tidak kira berapa lama dia macam tu sebab lepas tu aku terus berselimut terus. Aku harap dia tidak ganggu.
Dum Dum Dum!
Bunyi pintu tiba-tiba diketuk. Aku membuka sedikit muka aku yang berselimut. Lega... Makhluk itu sudah tiada. Aku memberanikan diri untuk ke bahagian depan untuk membuka pintu.
Krekkkk...
Pintu di buka. Namun tiada siapa di depan pintu. Bulu roma aku mula menegak. Cuak weyyy. Tidak semena-mena ada bau bunga kasturi menerjah masuk ke dalam hidung aku. Aku terus tutup pintu aku cepat-cepat.
Makin meremang bulu roma aku. Saat aku lalu di tempat makhluk hitam bertenggek, aku makin berdebar. Perlahan-lahan aku melepaskan diri dari situ.
Alhamdulillah, aku selamat. Aku terus masuk ke dalam se
limut dan menutup kesemua badan aku.
Selang beberapa minit, aku dapat rasakan seperti selimut aku tarik. Aku melawan. Aku terus tarik selimut dan membungkus badan aku. Aku terus tertelap.
Keesokan harinya....
Pagi tu aku tengok steak atas meja still tak berusik macam malam tadi. Selera aku memang dah putuslah. Terua aku decide nak gerak awal pergi kilang pagi tu sebab aku rasa macam tak selesa dalam bilik tu.
Selangkah aku keluar bilik aku terperasan ada kuey teow goreng dengan teh ais yg dah cair aisnya kat tepi pintu bilik aku. Woooh serius aku terperanjat.
Aku perasan ada cleaner kat lif and decide tanya dia. “Aunty, itu kuey teow siapa depan pintu bilik saya yer?”
Aunty india tu cakap “En bukan you punya ker?. Malam tadi staff lelaki yang hantar tu cakap you suruh letak makanan tu kat luar nanti you ambil”.
GULP!
Serius aku pelik. Malam tadi perempuan yang hantar makanan bukannya lelaki. Paling merisaukan aku apa benda yang aku makan malam tadi???
Dengar cerita kat hotel ni ada tempat yang agak keras so berhati-hati bila pilih bilik. Loya tekak woiii.
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Ужасы/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...