Housemate

406 27 0
                                    

Cite ni adalah kisah benar yang betul-betul berlaku kat aku dalam 2-3 tahun lepas. Bukanlah niat aku nak burukkan sapa-sapa, tapi sekadar pedoman dan iktibar buat kita yang masih hidup di dunia ni. Kisah ni berkisar masa aku belajar kat Kolumpo ari tu.

"Mana ada hantu kat sini?!"

Aku duduk kat satu apartment yang disediakan oleh pihak kolej. Time tu baru masuk, jadi aku takde niat nak menggatal tinggal kat luar. Lagipun duduk kat sini boleh pegi kolej naik bas yang disediakan oleh kolej. Jimat sikit.

Ramai jugak student yang duduk kat sini. Bebudak KUIM pun ada. Pastu bebudak MARA apa tah pun duduk kat sini. Jadi apartment ni dikongsi oleh 3 buah institusi pelajaran. Jadi macam-macam la pe'el bebudak yang kita boleh nengok.Umah ni kolej aku punya. Jadi kitaorang tak terlibat langsung ngan bayar-bayar sewa ataupun api air. Dia potong straight.

Macam biasa, kalau tempat tinggal student macam ni, mesti ada cerita-cerita hantu yang timbul. Awal-awal aku masuk umah ni pun terus je dengar cerita hantu dari senior serumah. Namun ketika itu aku haram tak percaya ada hantu. Maklumlah bebudak, sekali nengok kain terbang, terus je cakap nampak penanggal. Nak-nak tempat macam ni. Diaorang saling menakutkan antara satu sama lain. Mangli ngan cerita macam ni, jadi aku buat tak pot je.

Dalam umah aku tu, aku sorang je yang ambik course yang aku ambik tu. Orang lain semua entah hapa course dah diaorang ambik. Start masuk kelas, aku jumpa member baru. Tapi diaorang tak tinggal satu umah ngan aku. Terus je kitaorang jadi kamceng giler. Nak-nak ada satu particular group ni yang sama-sama minat muzik jugak. Aku yang baru nak berjinak ni nampak perkara ni macam satu peluang yang baik. (perkara ni banyak membantu aku dalam karier aku sampai hari ni).Jadi kitaorang pun membentuk satu pasukan kumpulan gitar rancak. Geng ni terus tak join ngan orang lain dah. Kitaorang je. Sebab orang lain semua sibuk pekena Kolumpo. Maklumlah orang kampung first time masuk bandar.

Kitaorang start jamming bila-bila free kitaorang training kat bawak apartment ni. Bila malam kitaorangkena menapak jauh gile ke studio jamming. Dah siap jamming mesti pekena makan nasik, jadi boleh dikatakan hari-hari aku balik lewat.Krew-krew baru aku ni semuanya duduk kat umah yang berlainan. Jadi kalau nak jumpa kena meeting kat mana-mana.

Kat umah baru aku ni, aku haram tak bertegur sapa ngan sapa-sapa pun. Bukan la sampai jadi sombong pulak, tapi maklumlah aku ni pemalu orangnya. Jadi aku tak banyak bercakap kat dalam umah. Lagipuin diaorang semua dah beso panjang. Aku ni bebudak lagi.Dalam umah aku banyak meluangkan masa dengar lagu kat handphone sambil sumbat earphone kat telinga atas katil sorang-sorang. Nak mingle ngan bebudak umah tak ngam langsung.

Yang aku ingat kat umah aku tu ada sorang ni stail alim-alim Sheikh namanya. Pastu ada abang sasa ni muka sejibik macam Norman Hakin, jadi aku panggil dia Norman Hakim. Pastu ada sorang mamat "aww.." ni Wan nama dia. Yang lain-lain semua samada aku tak ingat nama diaorang ataupun aku tak tegur sampai tak tau nama.Langsung aku tak ambik tau apa yang diaorang buat. Yang jelas, time buat besday party, aku ada la tunjuk muka sebab ada makan-makan. Pastu meeting umah, aku kena ada sebab aku pun ahli umah tu. Selebihnya masa aku dihabiskan kat luar bersama bebudak kelas aku.
Ada jugak la 2-3 orang budak umah tu cuba nak bermesra ngan aku. Bukan sebab aku sombong, tapi tak ngam langsung pemikiran diaorang ngan jiwa aku. Ada tu sosial sangat, ada tu alim sangat, ada tu layan Nsync, ada tu asik nak bina badan je. Cuma Wan Aww ni je yang ngam ngan aku. Sebab dia aww jadi dia caring lebih ngan aku. Banyak mende aku rujuk kat dia. Sebab tak berani nak tanya ngan housemate aku yang lain-lain. Aku anggap dia ni all-rounder. Ngan semua orang dia ngam. Samada golongan aww ni memang macam ni ataupun dia sorang je, aku tak tau. Tapi ada sesuatu aura yang mencurigakan menyelubungi Wan Aww ni. Aku terasa seperti something...

Pepagi aku kuar pegi kelas. Bila balik dari kelas kadang-kadang kitaorang lepak main snooker kat kolej. Pastu terus lepak umah member aku ni main gitar sampai malam. Bila malam kitaorang kuar jamming. Pastu baru la makan malam. Pastu lepak minum sampai padat pundi kencing. Hari-hari dalam pukul 2-3 pagi jugak aku balik ke umah.
Sebab tu lakadang-kadang bila aku balik umah tu, diaorang semua pakat-pakat nyanyi lagu 'Hotel California' ramai-ramai. Memang. Memang aku buat umah tu macam hotel. Aku balik hanya untuk 2 tujuan sahaja. Mandi dan tido.
Ada jugak satu peringkat aku dah lupa macamana rupa paras bebudak umah aku ni. Bila diarang dah start tido baru aku balik. Time pepagi memang chaos, semua bersiap nak pegi kelas. Last-last bebudak umah aku ni dah tak macam housemate aku dah. Macam orang lain.

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now