Assalamualaikum,
ni saya ada satu kisah lama...kisah yang diceritakan pada saya masa kecik-kecik dulu..
ceritanya berkenaan dengan sekumpulan pelajar (Mila, Haidar dan Fatin) yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun itu.
Sekolah yang diorang belajar tu terletak di tempat yang agak tersorok la... sangat seram kalau waktu-waktu malam, hanya berlampukan lampu jalan yang hanya ada dua tiga batang sahaja...pada satu hari, diorang bercadang ingin membuat study group...bincang punya bincang, diorang setuju...
Mila pun "apa kata malam esok?"..
akhirnya diorang bersetuju...Tiba waktu malam study group tu, seperti yang dijanjikan, mereka pun bertemu...diorang pun pergi la ke kelas diorang di Tingkat 3, blok paling hujung sekali... Kalau nak tahu, tepi blok tu pagar sekolah, dan tepi pagar tu ada satu lorong(jalan kecik) untuk ke kampung pedalaman kira-kira 3 km jugak la dari sekolah tu..dan yang menakutkan tepi seberang lorong tu, ada satu tanah perkuburan....
Sampai je kat kelas diorang, Mila dan Fatin pun duduk la sambil keluarkan apa-apa bahan stadi yang patut.. Haidar pula pusing-pusing dalam kelas tu sambil tengok-tengok di luar tingkap kelas tu "eiii seram laa malam2 kat sini, dah la ada kubur kat luar tu", kata Haidar...
Mila pun bersuara "alahh, stadi je lah..takde ape lahh"..
Diorang pun mula belajar......belajar punya belajarr,,, si Haidar pun berbunyi "erkkk nak kencing"..
Fatin: "Laa, pergi je lah"..
Haidar: "takutttt..jom la teman, Fatin"..
Fatin: "ok lah oklah,,"oleh kerana tandas diorang betol2 di hujung blok tu, tu yang Haidar takut sangat nak pergi sorang2..
Fatin dan Haidar pun pergi la ke tandas meninggalkan Mila sorang-sorang dalam kelas tu....
10 minit selepas tu, tiba-tiba Mila terdengar seperti ada orang menutup dan membuka tingkap...tapi bukan tingkap kelas Mila...kedengaran bunyi tu dari jauh...makin lama, makin kuat bunyinya.. dalam hati Mila "siapa ada kat kelas sebelah?"...
makin lama, bunyi tu makin dekat...
dan akhirnya di Kelas Mila, tiba-tiba tingkap kelas Mila terbuka..
dan
"dikk,, stadi ke dik? tak takut stadi sorang2 malam2 ni?"..
dalam hati Mila "fuhh, aku ingatkan sape la tadi, Pak Cik Jaga rupanya".....
Pak Cik Jaga tu pun berlalu pergi.....
20 minit dah berlalu, Haidar dan Fatin masih belum siap-siap lagi.. "haisshh, apa benda la diorang buat kat tandas tu"...
tiba-tiba lampu kelas Mila terpadam,, apa lagi,, Mila pun tercampak, pecut dia lari keluar..lari punye lari, sampai je kat tangga, tiba-tiba teringat yang Fatin dan Haidar masih lagi kat tandas...Mila pun cepat-cepat ke tandas dan panggil nama Haidar....satu-satu dia cek bilik tandas tu, memang Haidar dan Fatin da takde ...
so, Mila pun cepat-cepat la berlari turun...
akhirnya sampai la ke pondok Pak Guard kat depan tu.....cepat2 Mila pinjam telefon Pak Guard tu call parents nak balek...
lepas call, sementara tunggu tu, Pak Guard tu tnya la "Kenapa ni dik"...
Mila: "takutt,,lampu kelas tadi tiba-tiba terpadam"...
Pak Guard: "haa tu lah, lain kali jangan datang sekolah stadi sorang-sorang malam2 gini..kalau ape2 jadi kan susah.."..
Mila: "takde la pak cik, saya datang dengan member saya dua orang tadi"..
Pak Guard: "member? dari tadi Pak Cik duk dekat pondok ni, pak cik nampak kamu sorang je yang datang sekolah..."
Mila terdiam.....
Tak lama lepas tu, parents Mila pun sampai....
sampai je di rumah,
Mila cek fon,
ada SMS,
mila bukak SMS, dari Fatin,
"salam Mila, kitorang tak jadi pergi stadi malam ni, maaf"..kebetolan malam tu (sebelum pergi sekolah) fon Mila tengah caj, tu yang dia tak sempat tengok fon..
Mila pun terus call Fatin...Fatin: "hello, ada apa Mila?"
Mila: "fatin, ko tak gi sekolah ke?"
Fatin: "lorhh,, kan aku dah SMS kat ko..aku tak pergi sebab famili aku tiba-tiba ajak jalan2...haidar plak macam biasa la, dia kan penakut, takde aku, takde la dia"..Mila pun terus letak telefon,,
dalam hati dia "kalau Mila dgn Haidar tak pergi skolah, dengan siapa aku kat sekolah tadi??" ..keesokannya, sampai kat sekolah, Mila pun cerita la semua yang terjadi malam tu kat Fatin dan Haidar....
Fatin pun berbunyi, "jaga datang cek kelas? dari luar tingkap??" sambil tunjuk tingkap yang dimaksudkan..
Mila: "ha'ah , tingkap tu laaa"..
Fatin: "weyh ko biar betol Mila....luar tingkap tu, mana ada tempat jejak kaki, melainkan Pak Guard tu terbang..hahaha"...
Fatin dan Haidar pun gelak-gelakkan Mila.....
Mila tahu dua orang tu mesti susah nak percaya...tapi itu lah pengalaman seram Mila di sekolahnya..
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...