Tiga tahun kemudian…
“Heii, korang! Korang pernah tak dengar satu cerita ni?” tanya salah seorang pelajar tahun 4 yang baru masuk ke dalam Kolej Kediaman Melati itu pada ahli-ahli biliknya. Jam di tangannya kini kian menginjak ke angka 9.30 malam.
“Cerita?” Serentak tiga orang rakannya bertanyakan padanya.
“Cerita apa?” soal lagi salah seorang daripada tiga orang rakan yang bertanya tadi.
“Cerita hantu!” beritahu pelajar perempuan itu bersama mimik muka seramnya.
“Nak, nak! Aku nak dengar cerita hantu tu. Ceritalah kat kita orang semua,” pinta seorang kawannya yang lain. Semua kawan bilik mengangguk tanda setuju yang diorang jugak nak turut dengar sekali.
“Begini ceritanya… cerita ni terjadi waktu kita berada di tahun satu. Masa tu kita tak duduk lagi kat Kolej Kediaman Melati ni sebab kitakan duduk kat Kolej Kediaman Mawar dulu. Lagipun hostel ni untuk siswi tahun empat dan tiga aje. So, terjadilah satu kisah seram ni yang pernah terjadi tiga tahun lalu. Kisah ni berlaku masa semua pelajar dah tidur kat bilik masing-masing. Ada sorang akak ni duduk kat hostel ni dan dialah yang terkena dengan hantu tu. Tapi nasib dia baik, dia terselamat daripada hantu tu pada malam tu,” terang pelajar perempuan itu pada tiga orang rakannya yang khusyuk mendengar ceritanya.
“Dia terkena dengan hantu tu? Maksud kau apa? Dia kena kejar oleh hantu tu ke?” soal seorang rakan biliknya yang ingin tahu jalan cerita sebenar itu.
“Tak! Hantu tu tak kejar dia tapi hantu tu cuba kunci pintu tandas jamban yang dia masuk pada malam tu,” terang pelajar itu lagi akan kedudukan sebenar.
“Hah, hantu tu kunci pintu tandas jamban? Maknanya… eii, seramnya aku dengar!” sampuk seorang lagi rakan yang lain.
“Mula-mula macam ni… akak senior tu bercerita hantu kat dua orang rakan sebiliknya. Selepas habis aje dia bercerita pasal hantu, tiba-tiba dia terasa nak pergi tandas kejap. Akak tu pergi tandas bukannya pergi dengan teman bilik dia, tapi… pergi sorang diri jer!
Bila sampai aje kat tandas tu dan terus masuk kat dalam, tiba-tiba akak tu terdengar sesuatu benda berbunyi kat bahagian sinki yang ada kat dalam tandas tu. Bunyi tu sangat menakutkan tapi akak tu tak pasti bunyi apa. Tapi seingat akulah, ada orang cakap akak tu kata bunyinya macam bunyi… toyol bercakap!” jelas pelajar tersebut dengan nada suara menyeramkan.
Dengar saja ayat akhir dari mulut pelajar itu, terus semua rakannya bertempik ketakutan. Pelajar perempuan itu menyambung lagi bicaranya dengan wajah yang amat serius lagi menakutkan. “Bila dengar aje bunyi tu, akak senior ni terus pergi selidik kat seluruh bahagian tandas tu tapi tak ada apa-apa yang dijumpainya. So, dia pun terus masuk jamban sebab nak buang ‘hajat’ sekejap. Bila sudah aje buang ‘hajat’, bila dia nak bukak aje pintu jamban tu… pintu tu tak boleh bukak. Akak tu cuba sekali lagi bukak, tapi gagal. Rupa-rupanya ada orang kunci pintu tandas jamban tu dari luar. Dan orang yang kunci tu sebenarnya… hantu perempuan!”
“Eii, seramnya!” celah kawannya dalam ketakutan. Dia memeluk tubuhnya dalam keadaan menggigil ketakutan campur kesejukan di malam hari.
“Macam mana dia boleh tahu yang kuncikan pintu tandas jamban tu sebenarnya hantu?” soal rakan yang lain, macam tak puas hati dengan cerita hantu itu.
“Sebab bila akak tu mintak tolong dan mintak suruh bukakkan pintu tu, tiba-tiba… dia terdengar satu suara yang amat menakutkan yang berbunyi lebih kurang macam ni, ‘Adik, adik ada susu tak? Anak akak ni lapar, nak minum susu. Adik ada tak?’ Hah, lebih kurang macam tulah yang aku tahu!” ujar pelajar perempuan yang bercerita itu.
“Pastu, apa yang terjadi seterusnya?” tanya seorang rakan, mahu tahu cerita selanjutnya.
“Akak tu apa lagi, terus berusaha bukak pintu tulah. Bila berjaya aje bukak pintu tu, terus dia cabut dari tandas yang berhantu tu. Tapi kan, ada orang cakap yang akak tu terdengar lagi suara perempuan tu dari dalam tandas tu waktu dia bergegas berlari nak keluar dari tandas,” jawab pelajar perempuan itu.
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...