Namaku Atirah. Aku seorang mahasiswi di sebuah universiti. Kolej kediamanku terletak sangat jauh berbanding dengan rakan-rakanku yang lain. Aku tidak mempunyai pilihan yang lain untuk terus tinggal di kolej itu.
Kolej ini mempunyai sebanyak 10 bilik dan 2 bilik air. Namun, hanya 4 orang sahaja yang masih tinggal di sini termasuk diri aku sendiri. Oleh itu, terdapat banyak lagi bilik yang masih kosong. Suasana di kolejku cukup menyeramkan kerana di sekelilingnya dipenuhi dengan pokok-pokok yang besar. Mujur bilikku satu-satunya bilik yang mempunyai bilik air di bahagian dalam.
Hari ini merupakan kali pertama aku tinggal di kolej baru. Bilikku telah dikemas dengan baik agar sentiasa selesa untukku menumpukan perhatian ketika belajar.
Setelah itu, aku terdengar bunyi ketukan pintu, ketika aku membuka pintu, aku terlihat seorang perempuan berbaju merah mengajakku untuk berkenalan. Badannya sangat wangi seperti bunga melati.
Setelah kami berbual-bual, akhirnya aku tahu bahawa namanya Melati. Suaranya agak sedikit serak.
"Kenapa suara awak serak, Melati? Awak sakit ke?" Tanyaku kepadanya.
"Suara saya serak sejak bangun dari koma selama 6 bulan yang lalu." Melati menjelaskannya.
"Eh... kenapa awak boleh koma?" Aku bertanya lagi.
"Saya di pergunakan orang ramai kerana ramai yang tidak suka dengan saya." Jelasnya lagi.
Pandangku tentang Melati mulai berubah. Aku menjadi agak takut. Dia melihatku sambil terus bercerita bahawa asrama ini berbahaya.
Semua ceritanya membuatkanku semakin takut terutama terhadap dirinya. Tiba-tiba, dia menghentikan ceritanya kerana ingin pergi ke bilik air. Aku mempersilakannya.
Aku teringat bahawa piring dan gelas yang baru sahaja dicuci belum disimpan semula ke dalam almari. Aku terus keluar bilik dan menuju ke dapur. Lalu, aku terdengar suara Melati yang sedang menyanyi kecil dan menyiram air. Setelah aku kembali semula ke bilik, Melati telah tiada.
"Eh... ke mana Melati pergi ni? Tiba-tiba dia menghilang..." ujarku dengam perasaan ingin tahu sambil mengintai-intai ke luar bilik. Lalu, aku tidak mempedulikannya dan terus tidur.
Pada hari Khamis, iaitu hari keempat aku berada di asrama. Azan Maghrib mula berkumandang. Namun, tiba-tiba ada seorang yang mengetuk pintu bilikku. Melati sedang menangis tersedu-sedu, aku segera menyuruhnya masuk.
Melati tidak henti-hentinya menangis. Aku berasa hairan.
"Kenapa Melati menangis ni? Sampai tersedu-sedu...?" Aku bertanya kepada Melati.
"Saya sedih, Atirah. Tak ada orang yang mahu menolong saya." Melati menjawabnya.
Aku berusaha menenangkannya dan Mrlati memelukku dengan sangat erat sambil terus menangis dan mula berkata-kata seperti bercakap sendirian.
_"Aku tidak berapa kenal dia, mungkin Melati ni orang gila,"_ aku berkata dalam hati.
Aku membawanya keluar dan mengatakan kepadanya bahawa aku mempunyai kerja yang perlu diselesaikan segera.
Melati melihatku dengan pandangan yang tajam, pelukkan mula lemah dan dia pun melepaskanku. Melati berundur perlahan-lahan. Sebelum pergi dia berkata,
"Berhati-hati, awak sentiasa dengan saya." Melati berkata dengan suara yang menyeramkan. Aku berjaya mengusirnya tetapi dia seakan-akan tidak menerimanya. Aku terus menutup dan mengunci pintu.
Hari semakin lewat malam, aku masih memikirkan kata-kata Melati tadi. Setelah beberapa minit kemudian, aku mengambil keputusan untuk menonton televisyen. Namun, secara tiba-tiba elektrik terpadam. Aku membiarkan dan naik ke bilikku untuk segera tidur. Aku memeluk bantal seerat mungkin dan memejamkan mata.
Aku terdengar bunyi air di bilik seperti seseorang sedang menggunakannya. Aku menoleh ke arah bilik air tersebut dan terlihat bayangan seseorang di dalamnya. Ketakutan aku semakin lama semakin bertambah.
Tiba-tiba, aku merasa seseorang menyentuhku dari belakang diikuti suara tangisan perempuan teresak-esak. Aku terbau sesuatu yang wangi seperti wangi Melati.
"Jangan ambil tempat aku!" Melati berkata dengan suara yang keras.
"Baiklah...baiklah, aku akan pergi dari sini. Tolong jangan ganggu aku lagi..." aku menjawabnya kembali.
Tidak lama kemudian, Melati mula menghilang. Suara tangisan juga tiada. Aku membuka mata dan mendapati bahawa elektrik telah kembali seperti biasa. Badanku terasa lemah dan tidak terdaya. Perasaanku masih diliputi ketakutan.
Pada keesokan hari, aku cepat-cepat berkemas dan mahu meninggalkan bilik ini. Rakan-rakanku bertanya mengapa aku terburu-buru keluar dari kolej. Namun, aku tidak berminat untuk bercerita mengenai kejadian yang berlaku semalam. Sebelum keluar, aku bertanya kepada pengurus kolej ini mengenai bilikku.
"Betul, Atirah. Memang bilik ini sudah lama ditinggalkan kosong sejak setahun yang lalu," jawab pengurus kolej ini.
Maklumat ini telah cukup bagiku, aku tidak ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.
~TAMAT~
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...