Permainan mistik

708 51 0
                                    

Pada suatu malam, entah kenapa terasa dingin, ketika aku bersama dengan tiga orang rakanku membuat keputusan untuk ke sekolah. Bukan untuk pelajar melainkan untuk bermain. Permainan yang tidak pernah kucuba seumur hidupku, iaitu "Permainan Mistik"

Perasaan ingin tahu akan sejarah sekolah menjadikanku tekad untuk membuat sebuah patung dari beberapa lidi, sementara kepalanya dari bola plastik dengan raut wajah sedih. Menurut khabar angin, jika kita menggambarkan dengan raut wajah tersenyum, makhluk ghaib tidak akan menjawab pertanyaan kita. Dia hanya akan tertawa.

Aku telah menyiapkan sebuah petanda dan sebuah buku untuk ditulis. Sebenarnya untuk masuk ke sekolah pada malam hari tidaklah mudah kerana pengawal keselamatan selalu meronda-ronda setiap kawasan sekolah.

Namun, hal tersebut bukan suatu halangan kerana pengawal keselamatan sekolah itu berkawan rapat denganku. Cukup sekadar memberikannya wang rokok, dia akan mengizinkan kami masuk ke kawasan sekolah.

Aku, Zulfika, Salleh dan Ikram buat pertama kali masuk ke dewan sekolah. Ketika itu, keadaan ruangan dewan sangat gelap kerana tidak ada satu pun lampu yang dinyalakan. Mujur kami membawa lampu picit lalu kami duduk di tengah dewan. Aku memegang patung tersebut dan meletakkannya dia atas buku dengan petanda yang telah diletakkan di bahagian bawah patung tersebut. Rakanku yang lain turut memegang dan kami pun memulakan permainan.

Setelah kami memulakan permainan, aku berasa patung tersebut mulai berat, bergerak dan semakin berat. Kami mula berasa berdebar-debar. Kami cuba menahan pergerakkan patung itu bersama-sama.

"Siapa kau?!" Aku bertanya kepada patung tersebut.

"Awang." Patung tersebut menulis di atas kertas tersebut.

"Awang? Kenapa kau datang ke sini?" Ikram mula bertanya.

Aku tersenyum dan merasakan permainan ini semakin menyeronokkan.

"Aku akan memberitahu kau..." Awang kembali menulis di atas kertas.

"Tandas," kemudian patung tersebut menulis lagi.

Awang menyuruh kami masuk ke dalam tandas. Kami segera menuju ke tandas sekolah dan aku terus memegang patung tersebut.

Setelah sampai di tandas, patung itu bergerak kembali dan menulis sesuatu.

"Belakang," patung itu menulisnya.

Kami menyusuri belakang sekolah dan mencari tempat yang dimaksudkan patung itu. Namun, kami hanya mendapati terdapat ruangan olahraga sahaja. Kami terus cari dan mencari sehingga terjumpa sebuah pintu kecil pada bahagian hujung ruangan olahraga itu.

Kami bertekad melangkahkan kaki masuk ke sana. Di situ terdapat sebuah ruangan kosong yang mempunyai banyak reranting yang patah dan batu bata yang berselerakan. Di hujung ruang itu pula terdapat lagi sebuah pintu dan kami yakin bahawa di situ adalah tandas yang dimaksudkan patung tersebut.

Ketika kami buka sahaja pintu itu, banyak kelawar yang keluar dari dalam sehingga kami terkejut seketika. Lalu, aku memerhatikan setiap sudut tandas itu yang kelihatan telah lama ditinggalkan dan tidak digunakan lagi kerana banyak contengan serta sarang labah-labah di dindingnya.

"Awang! Buat apa kami datang ke sini?" Tanyaku.

Patung tersebut tidak bergerak lagi. Bulu roma kami mula meremang. Kami saling pandang-memandang, tidak tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Keadaan sekeliling semakin dingin. Kami berpakat untuk meninggalkan tempat ini dengan secepat mungkin. Lalu, patung tersebut mula bergerak-gerak dan menuliskan sesuatu.

"Kubur." Patung itu menulisnya lagi.

Kami terkejut dan berlari ketakutan.
Pintu tandas kecil dan sempit itu menyukarkan kami untuk keluar. Kemudian, secara tiba-tiba Ikram pengsan. Kami cuba menyedarkannya dan kami turut cuba mengangkatnya. Namun, badan Ikram sangat berat. Keadaan pelik berlaku apabila patung tersebut bergerak-gerak dan menarikku ke arah tandas. Aku berusaha menahannya tapi tidak mampu kerana tarikannya terlalu kuat.

Rakan-rakanku yang lain cuba membantuku. Aku pula berusaha menggapai kepala patung itu sehingga berjaya mancabut kepalanya dari badan patung itu. Akhirnya, patung tersebut tidak bergerak lagi.

Kami berulang kali cuba menyedarkan Ikram, kemudian dia kembali sedar. Dengan ketakutan yang amat, kami segera berlari meninggalkan sekolah. Mujur kami semua sempat keluar. Kami berasa amat lega. Sekitar pukul 11 malam ketika itu, kami membuat keputusan untuk kembali ke rumah masing-masing.

Aku pun selamat tiba di rumah. Setelah mandi, aku bersiap-siap untuk tidur. Setelah mematikan lampu bilik, aku masih bermain telefon bimbit sementara menunggu rasa mengantuk.

Tiba-tiba, aku terdengar pintu almari pakaian terbuka, aku terus toleh ke arah tersebut. Setelah beberapa saat, aku membaringkan badan, pintu almariku terbuka lagi. Namun, kali ini pintu almari terbuka lebih luas.

"Pelik! Mungkin angin yang tiup pintu almari tu..." ujarku sambil melihat pintu almari tersebut.

Aku perhatikan almari itu dengan teliti dan aku melihat sebuah mata berwarna putih yang mengintip dari celah-celah pakaian dalam almari. Riak wajah pucat seorang lelaki muncul keluar dan melihat ke arahku.

Aku terkejut ketakutan dan berlari keluar dari bilik. Ketika aku hendak membuka pintu bilik, aku merasakan ada seseorang yang memeluk tubuhku dengan sangat kuat sehingga nafasku tercungap-cungap. Aku melihat di cermin, tiada apa-apa di belakangku. Dengan sekuat tenaga, aku mencuba melepaskan diri dari pelukannya.

"Arhhhhhh! Lepaskan akuuuuuu!" Aku menjerit.

Akhirnya, aku berjaya melepaskan diri daripada pelukannya yang begitu kuat. Aku keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Lalu, aku baring dan berselimut seluruh badan kerana ketakutan sehingga tertidur.

Pada keesokan pagi di sekolah, aku berjumpa dengan rakan-rakanku. Kami saling bercerita mengenai kejadian yang menimpa kami. Mereka turut diganggu. Kami yakin bahawa yang mengganggu kami adalah Awang.

Kami cuba mencari maklumat mengenai Awang. Namun, tiada seorang pun di sekolah yang mengetahuinya. Kami merasakan mereka bukan tidak tahu cuma tidak ingin memberitahu kepada kami.

Walau bagaimanapun, terdapat seorang tukang kebun di sekolahku memberitahu kepada kami.

"Di sekolah ini, memang ada sebuah kubur yang cukup lama tapi pakcik tidak tahu di mana letaknya kubur tersebut," tukang kebun menjelaskan kepada kami

~TAMAT~

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now