Kisah seram hantu susu ni, sepanjang ingatan aku.. aku rasa mula start dengar tahun 1992 (aku agak2 je) kisah ni bermula apabila, ada seorang ibu muda yang telah mati dibunuh secara kejam oleh orang yang mahu merogolnya, setelah dirogol anak kepada ibu muda ni telah dibunuh jugak secara kejam...okey ini versi 1....
Versi ke 2 : sorang ibu mengandung telah di rogol secara kejam dan dibunuh bersama dengan anak didalam kandungannya.. maka roh ibu muda ini tidak tenteram dan ingin menuntut dendam terhadap orang kampung kerana tidak mahu bertanggungjawab menjaga keamanan kampung.
Maka, merayau2 la roh ibu muda ini di sekitar kampung2 sub-urban iaitu kampung2 berselerakan di pinggir KL.. yang paling Femes adalah di kawan Gombak, Batu Caves, Selayang, Rawang dan ada juga terdengar bahawa kawasan2 seperti Kepong dan Keramat terkena tempias Roh hantu susu mengganas...
Cerita Hantu susu mula menjadi Hype dan kecoh apabila satu peristiwa berdialog disertai sumber cerita dari mulut makcik yang dianggap tidak berdosa... ye la kan.. makcik tu naif.. jenis tak penah miss bayar duit hutang benggali karpet.. mesti lah boleh di percayai.....alkisahnya.....
Pada satu malam....Ada seorang wanita yang sangat ayu, berbaju kurung putih dan bertudung selendang tanpa anak tudung datang menggendong anak nya dari rumah ke rumah...Wanita muda ayu ini mengetuk pintu rumah Makcik Ani......Tukkk Tukkk Tukk....
"Assalamulaikum ... Kak... kak... ade orang tak?"
"waalaikumsalam dik...ye dik.. boleh akak tolong, adik nak tanya Aderesss keeee?"
" eh bukan kak... saya datang dari Gombak, saya nak ckp pun malu...tapi saya tengah sesak sangat ni kak..betul2 nak mintak tolong..akak boleh tolong saya tak"
" Ye ke? ermmm apa akak boleh tolong? tapi terus terang akak ckp dulu, Abang leman ko belum bagi duit belanja dapur lagi, akak takda duit nak bagi dik.. tapi apa2 yang akak boleh bantu akak bantu ye dik"
"ehhh kak, saya bukan nak duit....saya nak mintak akak tolong bagi saya susu untuk anak saya ni...saya sedih sangat kak, dah 2 hari anak saya ni tak dapat nyusu.. susu badan saya pun dah kering..."
"Ya Allah.. kesiannya anak akuuuuu..... kenapa jadi macam ni dik? suami adik mana? keluarga adik? tak sampainya hati akak tengok kan haiii......masuk dulu dik masuk masuk..."
" Takpela kak.. saya tunggu kat pintu ni je. saya taknak menyusahkan akak.akak dapat tolong bagi susu untuk anak saya ni pun jadi la kak.. Malunya saya kak datang memintak2 mcm ni.. tapi saya takda pilihan dah kak..Laki saya dah seminggu tak balik2 kak..sobb sobbb sampai hati dia buat kami anak beranak mcm ni"
" Haaaa yelah dik...adik tunggu jap ye.. Akak ambikkan susu kejap..tunggu ye..."
Selang 5 minit kemudian.....
"Adik.. oo adik, nah susunya, kesian baby ni... pilunya hati akak dengar cerita mcm ni..meh akak nak tengok budak comel ni meh"
dengan hati yg luluh dan penuh kelembutan...Wanita muda itu pun membuka Kain Lampin putih yang telah digunakan sebagai selimut membaluti anak kecil tersebut...terserlahlah akan kengerian yang tiada noktahnya.. yang akan bisa membuatkan Kak Ani Wagiman jatuh terjelepuk..ibarat tiada tempurung lutut....
" Yaaaaa Allah...apa ni??? batu Nisan???????? kenapa ni? apa kena ko ni dik?????
Dengan tersentak dan terkejut ya amat sangat... Makcik Ani mengangkat mukanya dan memandang muka wanita ayu tersebut... maka ternampaklah akan wajah Hantu susu tersebut....terselak selendang buruk yang menutupi sebelah mukanya.. nampaklah akan wajah huduh sebelah (ala2 mcm muka two-face citer batman la) setelah itu.... mengilai-ngilai la akan Hantu Susu tersebut....
EeeEEeeEEeEEe..NGeeEEeEEee wwwwuuuuuuWwwwUuuUuuu (mcm mane ke gayenye aku nak buat bunyi ngilai dengan menaip ni..hantam sajalah)HEeEeeEEEeeeeeeeEEeeEe HiiIIiiiiIIiiii..........
Maka..dengan tak semena2.. pengsan la Makcik Ani wagiman akibat terlalu takut dengan peristiwa tersebut... setelah sedar esok paginya dek panahan cahaya matahari di balik jeriji-jeriji pintu usang...Makcik Ani pun.. dengan termengah2.. pergi menjaja cerita ni dekat 'persatuan mak-mak membeli ikan di Van Hijau wak salim' dan dipercayai dari situ lah cerita ini tersebar ke pelusuk Kota metropolitan Kuala Lumpur...
Jadi..kisah ni tidak berhenti disini saja..aku pun turut terkena tempias yang amat teruk...Kelab 'nakal yang tak berani buat jahat tapi perasan comel' yang dianggotai Oleh aku, abang aku iaitu Karnain (kisah dia ada aku citer kat SINI) , Azmi Ali aka amy...dan Azri Ali aka Aji...telah mendapat satu perasaan takut yang tidak berpenghujung....
Sebelum wujudnya cerita Hantu susu, selamba je aku pergi Rumah cikgu zawiyyah ngaji muqaddam ikut jln shortcut, jalan lalu belakang Rumah Nenek Timah..dulu..jalan belakang rumah nenek timah ni antara yang paling horror kat kampung aku, sebab penuh dengan pokok pisang, reban ayam usang... tanah yg dipenuhi cengkerang kulit kerang... bila jalan je.. bunyi mcm jln kat pepasir laut kan.. "krakkk krekkk krakkk krekkk" ....
Tapi lepas je ada citer hantu ni, semua jadi penakut....semua ikut jalan jauh...jalan raya ada lampu banyak2... jalan pulak berkawan2..taknak pisah2... masing2 berebut nak jalan kat tengah, taknak duk depan sekali, taknak duduk belakang sekali..... sejak tu jugak, mula datang perangai mengada2 mintak Toslaik kat mak bapak.. konon2 nak suluh jalan gelap....
Akibat dari kisah hantu susu jugak lah... kami semua dah mcm ayam kampung balik reban.. cukup pukul 6.45pm.. dah siap2 masuk rumah, gi mandi..comel2.. pakai bedak wangi2..duk depan TV tengok doremon...paling lewat masuk umah pun pukul 7 mlm la... asal nampak je lagi mentari merah di ufuk timur...selagi tu la kami berani dah bersemangat pahlawan.. bila dah start gelap.. semua mcm Tikus Tom and Jerry....kelam kabut balik disertai dengan muka pucat dan kaki yang sejuk gedi.
Akibat dari Cerita hantu susu ini juga lah..mak aku mula jadi Johan Tilawah dan berzanji peringkat daerah...sebab ape??? sebab mak aku dah boleh menjaga kemerduan suara dan kotak suaranya dari rosak dan perit.. sebab dah boleh simpan suara..tak payah jerit2 tiap2 petang lagi..kalau tak......
"IKKKKKAAAAAARRRRRRR.... KARNAAAAAAINNNNN......BAAAAAAAALIIIKKKKK......hari dah malam kome tak tau nak balik lagi yeeeeee..jageeeee komeee... aku besit kome kaaaanggg!!!..BAAAAAAAAAALLLIKKKKKK" (sambil tangan memegang batang Reket Yonex lama bapak aku)
Oh Terima kasih pada Makcik Ani atau makcik2 yg seangkatan kerana telah menaburkan Jasa..memberikan senjata Psikologi kepada Mak aku...agaknya kalau takda cerita hantu susu.. aku dah jadi Mat Rempit dah kot sekarang ni... wekang Honda EX5 kat Dataran Merdeka Instead of taip blog panjang2 mcm org gila.
P/s untuk perhatian, aku adalah jenis skeptikal, susah percaya benda khurafat dan hantu2 kampung ni, tapi masa kecik2 dulu aku tak skeptikal sangat la..haha...dan satu lagi...Kenapa bila cerita hantu perempuan je, mesti ada kain putih, baju putih, tudung putih...adakah semua hantu dalam almari dia hanya ada baju kaler putih? di manakah baju kurung kedah semasa hayat mereka?????????
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horor/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...