Chapter 15: The last Words( FINAL)
3 month
Selepas 3 bulan kejadian yang berlaku kepada saya, Saya masih terperap di dalam rumah dan tidak tahu hendak memulakan hari untuk hari hari yang selanjutnya.
Terlalu banyak perasaan yang saya tidak dapat ungkapkan kerana semuanya seperti tidak logik untuk saya cuba ketengahkan atau luahkan kepada sesiapapun. Kerana mereka tidak akan pernah percaya dalam segala yang hal yang telah berlaku kepada saya selama ini.
Sejak kejadian itu, chadler tidak pernah muncul dalam mimpi ataupun realiti saya lagi. Sepertinya semua yang berlaku terhadap diri saya adalah hanya mimpi yang terpanjang dan tidak dapat diperjelaskan kepada sesiapa pun. Saya telah kehilangan banyak perkara di dalam hidup dan yang yang diberikan kepada saya adakah kenangan yang hanya bermain di dalam
Minda dan benak fikiran saya setiap hari.
Saya merindui Chadler setiap masa. Namun, hari berganti hari dan bulan berganti
Bulan. Perasaan rindu dan sayang kepadanya telah bertukar menjadi satu perasaan yang tersimpanjauh di dalam lubuk hati saya. Saya sedih, sekiranya saya ingat tentang kandungan yang pernah ada di dalam diri saya. Saya tidak pernah berkesempatan melihat wajah bayi saya sendiri sedangkan saya telah mengandungkannya genap 9 bulan. Saya tidak pernah merasa itu semua hanyalah mimpi.
Adakalanya saya tertanya tanya, mengapa semua itu berlaku kepada diri saya. Banyak persoalan yang sedang bermain di fikiran saya dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menjelaskannya dengan lebih konkrit. Dengan seribu persoalan yang sentiasa menyelubungi diri, saya menjadi sukar untuk bergaul dengan manusia lain. Walaupun tidak pernah diganggi mimpi buruk lagi namun keadaan hidup saya kini nampaknya semakin buruk berbanding mimpi buruk yang sering saya alami dulu.
Auntie savanah menasihatkan saya agar meneruskan kehidupan baru. Dia mahu saya menyambung semua pelajaran saya yang telah terbantut sejak kejadian lampau saya. Namun, saya masih tidka bersedia untuk bersemuka dengan manusia lain. Adakalanya saya ingin kembali ke tempat saya bertemu dengan Chadler namun tempat itu seperti sudah tidak wujud dalam dunia ini lagi.
Saya dan auntie milan pernah ke tempat itu dan jalan untuk ke temapt itu seperti tidak pernah wujud. Hanya hutan belantara yang sesiapa pun tidak akan pernah datang atau masuk ke dalamnya. Saya ditinggalkan dalam keadaan kosong dan tertanya tanya. Mengapa saya dipilih mengalami keadaan seperti ini? Bagaimana dengan manusia yang lain nya. Mereka bisa tersenyum dan mampu memiliki kehidupan yang normal dan tidak diganggu dengan keadaan masa lampau mereka.
Saban hari saya duduk termenung dan sesekali kerana terlalu rindu dengan chadler, saya cuba melakar wajahnya. Yang saya ingatk hingga saat ini. Namun setiap lukisan yang saya lukis akan berubah wajah keesokan harinya menjadi sesuatu yang berbeza dari lukisan asalnya. Namun saya tidak pernah mengalah untuk melakar wajahnya sehingga berkeping keping kertas putih habis saya lukiskan untuk wajahnya. Wajah yang tidak pernah muncul dalam mimpi saya lagi.
1years later
Saya kini berkerja di sebuah cafe kecil. Sebagai seoranh cashier. Ini adalah sesuatu permulaan yang baru bagi saya untuk meneruskan kehidupan saya. Auntie milan membantu saya meneruskan kehidupan dengan memberikan saya semangat dan kata kata dorongan. Dia adalah satu satunya manusia yang tahu tengang kisah hidup saya.
Sesekali saya membandingkan kehidupan saya dengan manusia lain. Mereka normal. Hidup yang mempunyai jalan hidup bahagia. Sementara saya, sebahagian hidup saya adalah dalam
Mimpi. Tidak
Boleh dilihat dalam mata kasar oleh
Manusia. Mungkin ada banyak manusia yang pernah mengalami kisah seperti saya namun berbeza. Mungkin anda akan tahu dan merasainya. Merindukan dan mengimpikan seseorang yang pernah hadir dalam hidup anda seperti dalam mimpi dan pergi meninggalkan anda seperti dalam mimpi juga.
Hingga kini, kejadian itu masih kekal dalam ingatan saya. Masih menjadi kenangan malam yang saya simpan sebagai mimpi indah saya. Setiap hari saya tidak pernah lupa berdoa agar suatu hari nanti, chadler akan datang semula kedalam hidup saya. Atau sekurang kurangnya, dia akan muncul dalam mimpi saya dan memperlihatkan saya wajah anak kami berdua. Kerana dalam hidup saya, hanya mereka berdua yang pernah membuat saya benar benar ingin meneruskan hidup meskipun hidup saya seperti suatu permainan dan persinggahan sahaja.
Di tempat kerja saya, saya telah bertemu dengan seorang lelaki. Dia bersifat sederhana sahaja. Juga berkerja di cafe yang sama. Dia selalu cuba membuat saya tersenyum walaupun dia tidak tahu mengapa saya tidak pernah tersenyum
Kepadanya.
Suatu saat, dia membawa saya keluar untuk makan malam bersama selepas balik dari kerja. Saya tidak setuju namun dia mengekori saya balik ke rumah dan saya bercakap dengannya di luar rumah.
" Don't follow me around. I don't like you."kata saya kepadanya. Dia berdiri jauh dari saya namun dia tersenyum.
"But why? I really had a good attention towards you. "Jawabnya sambil tersenyum. Wajahnya penuh dengan kesabaran.
"You don't know anything about me. You will go away if you know about me. I am not normal like others human being in the world."
"I don't care. I just wanted to know you with all my heart. I care." Jawabnya.
Sejak itu, saya terbuka hati untuk membiarkan dia mendekati saya. Kami bermula sebagai kawan baik. Dia melayan saya dengan baik. Dan saya selesa dengan layanannya terhadap saya. Sehingga suatu saat, saya terbuka hati untuk menceritakan apa yang telah berlaku kepada diri saya kepadanya.
Saya membawa dia masuk ke dalam rumah dan auntie milan juga ada di rumah ketika itu. Dia mnyediakan makan malam untuk kami bertiga dan selepas makan saya membawa dia duduk di balkoni rumah. Kami minum minuman gas. Duduk memerhatikan bulan malam yang penuh. Sunyi dan hanya berbunyi keadaan malam
Kota yang sesak. Saya menceritakan semua kejadian yang berlaku kepada saya kepada dia. Setiap perkara yang berlaku saya ceritakan kepada dia sehingga di akhir cerita dia hanya merenung saya dengan wajah sedih. Dia menangis dan mengusap bahu saya.
Saya tidak menangis kerana mungkin saya sudah puas menangis sebelumnya. Luka yang ada di dalam hati saya sudah terbiasa menjadi sakit. Bila saya menceritakannya kepada
Dia, saya hanya menceritakan
Yang sejujurnya
Berlaku dan dia merasa sangat sedih dengan kejadian yang menimpa diri saya.
"Can i hug you?"katanya.
"For what?" Kata saya.
"For all this tragedy that happen to you, i think you really need someone to heal all your
Broken heart. You're
Not only
Mentally broken, but half of your soul had been taken away and you still can be so strong like this?" Kata lelaki itu. Saya hanya diam.
"I am weak. I do. I did cry a lots. I feel like i want to end my life and suicide. But i dont have
Much option in my life. The only option that i have was being STRONG." Jawab saya. Dia memeluk saya dan menangis. Mengusap belakang saya. Membelai rambut saya. Dan dia berkali kali meminta maaf keatas semua kejadian yang berlaku kepada diri saya.
"You're are not the one who hurt me. You don't have to be sorry for me. The person who hurt me, i don't know if he ever remember about me. I just feel that, we are not mean to be together because from the very begining.. we already separated by the world and dream. "Jawab saya. Lelaki itu memujuk saya.
"I will take care of you. Only if you let me. I will be by your side and will never leave you." Kata lelaki itu. Saya hanya tersenyum dan mengangkuk.
"Can you accepts all the weird things that happen to me?"
"Its not your faults. And i only care about you. Thats things doesnt matter. "
"Will you."
"Yes. Lets get married. "
Saya dan lelaki itu berkahwin kemudiannya. Kami berdua hidup dalam keadaan sederhana sahaja. Dia menjaga saya dengan baik. Dia seorang lelaki yang baik. Seorang yang baik. Masa lalu saya yang suram diterimanya dengan baik. Malah dia tidak pernah kisah mengenainya. Dan masa lalu saya kini hanya menjadi sebahagian dari hidup saya dan selamanya akan tersimpan di hati saya.
Saya tidak pernah berjumpa dengan chadler juga anak kami. Dia pernah berjanji jika suatu hari nanti saya akan bertemu dengan anak saya. Namun mungkin masa belum menentukannya lagi.
Saya gembira kerana ia pernah berlaku dalam hidup saya. Meskipun ia menyakitkan. Namub saya tidak akan membiarkan orang yang menyayangi saya kini tersakiti oleh masa lalu saya.
Saya juga berhak untuk disayangi dan menyayangi. Saya berhak mencari kebahagian hidup. Semua layak. Begitu juga saya.
-THE END-
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Terror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...