Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kerana menyiarkan cerita aku. Dari mana aku nak mula, aku pon kurang pasti. Kisah yang aku kongsikan ini, kisah benar yang terjadi dalam hidup aku, akibat rasa tidak puas hati bekas rakan serumah.
Sebenarnya, aku pernah bercerita tentang housemate aku (Nani bukan nama sebenar) yang pelik dan pengotor di satu confession page, beberapa bulan lepas, dan dapat 3.5k shares kalau tak silap (sorry kalau salah). Kalau ada yang follow, mungkin ada yang perasan satu post tentang cerita housemate aku yang pengotor (pengotor tahap dewa dewi cikebum cikebum). Untuk yang tak follow, aku summarize kan cerita. Klimaks cerita tu, rumah aku dipenuhi ulat sampah yang banyak lepas seminggu aku tak balik rumah sebab pergi holiday, dan housemate pelik aku marah di saat aku bersihkan rumah.
Dia kaut ulat sampah keliling dustbin tu, masuk dalam bekas plastik sambil cakap, "Gila ape kau nak buang makhluk hidup ni macam tu je. Cuba kalau aku ikat dan buang kucing kau yang kat luar tu" dan bawa tupperware tu masuk bilik dia. Dan aku ambil inisiatif untuk keluar dari rumah dan declare housemate aku tu gila lepas dia bunuh kucing aku, Kifo dan tinggalkan pesanan "Padan muka kau. Tahu kan macam mana aku rasa tiap kali kau bungkus ulat-ulat sampah tu pastu buang kat depan". Lebih kurang gitu lah Nani cakap.
Aku yakin dia baca post tersebut (memang niat aku nak dia baca sebab aku tak tahu cara apa lagi untuk aku tegur perangai dia yang buruk tu) dan dia terus-menerus serang aku kerana aibkan dia. To be short, aku menyewa rumah lain, tanpa housemate sebab aku dah serik, takut dapat housemate gila macam dia. Pada mulanya, takda apa-apa jadi, hidup aku aman damai, bahagia dan tersangatlah riang duduk sorang, tapi aku silap. Aku mula dapat gangguan psikologi sebulan selepas pindah masuk rumah baru. Aku list dekat bawah beserta tarikh..
16 Nov 2016
Aku kerja di Kuala Lumpur, dan kereta akan parking di basement. Parking basement office aku sangatlah suram, lelehan air dari salur air, tempat parking punyalah basah sampai kadang-kadang aku rasa parking aku ni takda bumbung dan dinding yang berlumut. Aduhai memang seriau lah kalau balik lewat. Dan di hari petang Rabu yang suram, ada 3 kepala ayam atas bumper kereta aku beserta kain warna merah yang terikat dekat paruh ayam. Menangislah aku sambil cari security guard Nepal minta dia tolong buang.26 Nov 2016
Hari Sabtu. Hari yang bahagia dan hari makan banyak. Aku plan dengan kawan-kawan untuk keluar picnic ke Port Dickson. Dan, aku start masak pagi selepas solat subuh. Masa tengah masak tu, aku dengar macam ada orang ketuk pintu pagar besi rumah guna besi tapi aku ignore je (aku tinggal di apartment, jadi aku assume bunyi tu datang dari rumah jiran) dan teruskan masak. Bunyi tu pelik, ketuk 5 kali then berhenti. Selang lima minit, bunyi lagi 5 kali lepas tu berhenti. Aktiviti ketuk-mengetuk tu adalah lebih kurang dalam 4 cycle. Oleh sebab aku tak puas hati, aku pergi mengendap through cermin cembung yang ada dekat pintu, dan... aku nampak Nani tengah senyum mengadap pintu rumah aku. Terus menggigil dan cancel picnic. Kesian kawan-kawan..6 Jan 2017
Permulaan start gangguan mistik. Hari Jumaat. Hari untuk pakai baju kurung (jarang dapat pakai baju kurung sebab aku kerja jenis kene keluar masuk site). Sampai je dekat kawasan parking kereta, hati mula rasa tak sedap bila nampak ada beberapa orang pakcik dan guard berdiri di sekitar kereta. Kereta kesayangan dah takda cermin bahagian driver dan yang pelik, dalam kereta penuh dengan ulat sampah yang warna putih tu. Kereta busuk sangat masa tu, sampai kami semua tutup hidung.Aku : Kenapa dengan kereta sy ni.. (sambil menangis)
Guard : Kereta cik ada tertinggal bungkusan plastik sampah ke? Ulat ni kenapa banyak sangat dekat seat?
Aku : Takda. Baru semalam sy guna, takde tertinggal apa-apa..
Pakcik Ali : Takpa lah. Kami tolong bersihkan. Nanti pakcik panggil kawan.Aku tak pergi kerja. EL. Emo satu hari. Memang geli sangat nak duduk dalam kereta sendiri walaupun dah
bersih. Rasa nak tukar seat tapi duit menyedihkan.
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...