Rumah baru

414 23 0
                                    

Kisah ini berlaku apabila abang aku
baru sahaja membeli sebuah rumah,
Rumah yang sudah lama di belinya itu
baru sahaja siap sepenuhnya jadi kawasan perumahan itu masih tidak ramai penghuninya.

Ayah mengajak aku dan adik-adik untuk menemani abang aku di rumah baru nya itu,abang aku hanya seorang diri menduduki rumah baru itu,kerana isterinya berada di kampung.Seketika sampai sahaja di hadapan kawasan-kawasan perumahan yang abang aku duduki itu terasa begitu sunyi sekali.

Sebelum aku memasuki rumah milik abang aku itu,aku membaca doa terlebih dahulu.Aku dapat rasakan seperti rumah itu berbahang,tetapi di sebabkan hari sudah malam,bahang itu tidak lah begitu terasa.Malam pun berlalu..Sewaktu aku mahu tidur aku akan membuka surah yasin,itu adalah rutin harian aku bila mahu tidur tetapi malam itu aku belum masih mahu tidur,jadi aku hanya membuka lagu-lagu penyanyi-penyanyi yang terkenal pada malam itu.

Tiba-tiba..ayah aku berkata.
"Iqa..bukak lah surah kenapa engkau bukak lagu-lagu macam ni pula?Bukan biasanya engkau membuka surah yasin masa mahu tidur?"

Saya pun berkata," kejap lagi lah.Belum mahu tidur lagi.kejap lagi iqa tukar lah." Aku melihat ayah aku berdiamkan diri.Matanya kelihatan tertutup.Aku pun menukar lagu itu kepada ayat-ayat suci Al-quran.
Kali ini aku memilih surah Al baqarah.
Surah ini adalah surah menghalau jin.

Ketika bacaan surah Al baqarah bermula selepas sesudahnya bacaan bismillahirahmanirahim..aku terdengar bunyi seakan suara halus sayup-sayup sahaja kedengaran di cuping telinga aku.

" Eh  Bunyi apa tu?aku memasangkan telinga semula..tetapi bunyi itu lenyap begitu sahaja.Pada ketika itu aku tidak berani hendak membuka mata untuk melihat atau mencari bunyi tersebut.Aku hanya mendiamkan diri sehingga ketiduran.

Dalam keadaan rumah yang sunyi dan sepi itu..tiba-tiba aku terdengar pula suara orang batuk-batuk.Aku membuka mata alangkah terperanjat aku apabila ayah aku sedang merenung aku tanpa berkelip.Kedengaran semula ayah aku batuk-batuk,kasihan ayah aku tidak lena tidurnya.Aku pun kembali memenjamkan mata.Dalam berapa minit aku terlena,,ayah aku batuk lagi dan lagi.kali ini aku menyuruh ayah aku minum air suam, dan kembali tidur semula kerana esok aku kerja pagi.Suasana mulai senyap itu bertukar apabila aku terdengar bunyi seolah-olah seseorang sedang bertukang!

TANG!! TANG!! TANG!!

Bunyi itu kedengaran terlalu kuat aku yang lena sampai terkejut dengar akan bunyi tersebut.Aku tidak berani membuka mata,aku hanya mendiamkan diri dan sempat berdoa didalam hati semoga keluarga aku dilindungi dari segala merbahaya dan gangguan syaitan.Tidak berhenti-henti mulut aku terkumat kamit berzikir,sehingga aku terlena sampai ke subuh.

Pagi itu semua seperti biasa.Aku mula mengemas barang-barang aku,untuk pulang ke rumah dan bersiap pergi ke tempat kerja.Kakak ,adik-adik aku serta anak-anak saudara aku  tidak mengikut pulang bersama.Di dalam kereta aku bersama mak dan ayah bergerak menunju pulang ke rumah.
Ketika didalam kereta ayah aku tiba-tiba bersuara, "Yah..malam tadi abang tak boleh tidur,tak lena rasa macam gelisah sahaja.Masa abang batuk-batuk pagi itu abang..
Abang,ternampak akan  susuk budak kecil duduk mengcakung betul-betul dihadapan syafiq.Lama.Abang terkejut masa ternampak budak kecil tu." Aku pun turut terkejut mendengar perihal tersebut.
Dalam hati aku berkata,syukur aku tidak melihat,mendengar pun dah cukup menyeramkan bagi aku.Aku tidak berceritakan apa yang aku alami malam itu pada keluarga aku.Aku melihat di setiap-tiap perumahan kosong yang masih belum ramai yang berpenghuni di kawasan perumahan abang aku,Di mataku  perumahan itu amat menyeramkan walaupun di waktu pagi.

Malam seterusnya mak dan ayah masih bermalam dirumah abang,aku tidak mahu ikut bersama.Pada malam itu,mak bermimpi akan budak kecil tersebut seperti meminta sesuatu.Mak tidak mengerti akan apa yang dia alami.Mimpi itu berulang selama tiga hari.Selepas mengadakan majlis kesyukuran dan bacaan doa-doa dirumah abang aku tiada lagi gangguan berlaku.Itulah pengalaman pertama aku ketika berada dirumah milik abang.

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now