na may ganitong sumpa ay pumatay sa iyo’, Bahasa misteri yang acapkali aku dengar sebelum azan Maghrib dan Subuh berkumandang.
Nurkilan aku hanyalah sekadar untuk berkongsi, segala yang baik atau buruk anda perlu nilainya dengan sendiri, percayalah bahawa situasi sebegini wujud di kalangan kita semua, cuma mungkin anda tidak diizinkan Allah untuk alaminya sendiri. Sesungguhnya, Allah menguji manusia mengikut kemampuan manusia itu sendiri. Siri Maya bersambung lagi, kali ini aku ingin memperkenalkan satu watak baru dalam kehidupan aku, iaitu Herisha.
Nama tidak seindah tuannya, bahkan bukan tergolong dalam spesies manusia. Adakah anda fasih mengenai Jin? Adakah anda percaya roh si mati yang tidak tenang akan bangkit menjadi hantu yang sering dimomok-momok kan oleh masyarakat melayu kita? Anda pernah merasakan kita diperhatikan, oleh orang yang pernah kita sayang dan telah pergi meninggalkan kita? Mungkin dalam coretan kali ini akan menjawab persoalan anda semua mengenai jin dan pengalaman yang aku lalui sendiri ‘bercakap dengan jin’. Percayalah bahawa arwah atau roh yang disangkakan datang kepada penghadir roh tersebut pada hakikatnya hanyalah cubaan jin atau syaitan yang cuba memainkan peranan untuk menyesatkan umat manusia. Kita sebagai umat islam haruslah percaya bahawa apabila seseorang manusia itu mati, maka rohnya akan berpindah ke alam kubur dan terputuslah seluruh hubungannya dengan dunia, kecuali tiga perkara, Rasulullah SAW bersabda:
‘Jika seseorang telah meninggal, maka putuslah semua amalannya kecuali tiga hal iaitu sekedah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya’ – HR Bukhari
4 September 2015:
Hari jumaat yang suram, telah pergi seorang hamba Allah yang aku sangat sayang menghadap ilahi, merupakan bekas seorang askar di waktu zaman komunis dahulu, merupakan ayah kepada sepuluh orang anak, iaitu atukku, Al-Fatihah. Sudah hampir sepuluh tahun beliau lumpuh, terkujur lemah baring di katil, seakan tiada semangat untuk terus hidup setelah pemergian nenek ku pada tahun 2000. Atuk merupakan seorang yang garang, dalam erti kata lain, tegas dalam membuat sesuatu keputusan, berbeza watak dengan nenekku, yang sangat lembut dan peramah, serta merupakan guru mengaji di kampungku. Akan tetapi, dalam tegas, ada sayangnya, setiap anak, cucu dan cicit sentiasa ceria dengan sikap atukku. Setiap yang hidup di dunia ini, pasti akan mati, ironinya itu yang terjadi kepada arwah nenekku yang telah menghembuskan nafas beliau yang terakhir di sisi atukku, yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya.
Sudah sampai waktunya atukku pula, ‘Yassinnn, walquran nil hakim, innakalaminalmusaliin, alaa sirotim mustaqiim…’, berkumandang bacaan Yassin dari sanak saudara serta jiran tertangga di sisi arwah atukku.
Datang seekor kucing bertompok, yang kami panggil gelarannya ‘Tompok’, baring di sisi jenazah, seakan meratapi kehilangan tuannya yang tercinta. Dalam berpuluh ekor kucing yang makcik aku bela di kampung, hanya seekor ini sahaja yang suka tidur dengan atuk, mungkin sedikit terkesan atas pemergian tuannya. Aku datang perlahan di sisi jenazah lalu aku cium dahinya, ‘Atuk, terima kasih atas segala yang atuk berikan kepada Rin’, tangisanku dalam hati. Bergilir-gilir saudara terdekat mengucup dahi atuk, sebelum dimasukkan ke dalam liang lahat.
Pada malam itu, kami menguruskan majlis tahlil arwah atukku, penyediaan makanan yang agak sedikit kelam kabut, akan tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan hasil pertolongan orang kampung. ‘Alamak apehal perut aku memulas nih, siang tadi jamah bihun je yang Mak Lang bagi je kot, masuk angina gamaknya’, monolog ku sendiri. Kampungku mempunyai dua buah tandas, dimana satu tandas di dalam rumah, dan satu lagi tandas di belakang rumah. Melihatkan keadaan yang agak sibuk di dapur, aku terus meluru ke belakang rumah untuk melepaskan hajat. Bilik air ini diasingkan iaitu jamban dan bilik mandi tetapi digabungkan bersebelahan. Sedang menikmati sesi pembuangan hajat, sambil melihat cicak berkejaran dan semut hitam mengusung makanan, ‘splashh, splasshh’, bunyi sea
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...