#Janganjualrumahsaya

683 24 0
                                    

Hidup kelihatan sempurna bagi Max bila duda itu membawa pengantin barunya Lea ke rumah kotej dua tingkat indah yg dibina utk arwah isteri pertamanya. Segalanya amat bahagia selama kira² satu tahun, dan Max sangat gembira bila mendapat tahu Lea mengandung bayi kembar. Rumah itu agak kecil utk tambahan dua ahli keluarga tersebut, jadi Max dan Lea menawarkan kotej itu utk dijual dan mula mencari rumah yg lebih besar. Masa itulah masalah bermula.

Tiba², kotej itu akan dipenuhi dgn bau tersendiri minyak wangi mahal. Kali pertama Max menghidu bau itu, dia terus pucat dan memberitahu Lea bahawa itu ialah wangian kesukaan isterinya yg sdh mati. Kemudian perabot yg telah diatur semula oleh Lea pindah balik ke tempat asalnya. Buku² dlm bilik kerja Max dikeluarkan dari kategori mereka dan dimasukkan mengikut urutan abjad, sama dgn cara bekas isterinya menyimpan mereka. Hantu isteri pertama Max telah kembali ke kotej kecil itu. Tapi kenapa sekarang, setahun penuh setelah dia berkahwin semula?

Satu petang, Lea turun ke ruang bawah tanah mencuci pakaian manakala Max di depan berbincang tentang penjualan kotej itu dgn peguam mereka. Mereka baru saja menerima tawaran lumayan ke atas rumah itu dan memutuskan utk menerimanya. Bila Lea selesai mengosongkan mesin basuh, dia berpaling utk kembali ke tingkat atas dan ternampak seorg perempuan muda terapung satu kaki di atas tangga.

"Ini rumah saya. Jangan jual rumah saya!" kata perempuan itu. Muka cantiknya bertukar marah. Dia mengoyang-goyangkan penumbuknya pada Lea. Lea menjerit, menjatuhkan bakul kain basah, dan berlari keluar.

Menghempas pintu ruang bawah tanah di belakangnya, Lea menguncinya dan duduk di halaman, termengah-mengah bernafas. Sekaligus, pintu ruang bawah tanah itu mula bergoncang ganas, seakan-akan ada org yg mendorongnya.

"Jangan jual rumah saya," hantu itu berseru sekali lagi, menggegarkan pintu. "Kalau awak jual rumah saya, sesuatu yg buruk akan berlaku pada keluarga awak! Jangan jual rumah saya!" Deru enjin kereta menusuk kata² hantu itu, sdg peguam tersebut mengucapkan selamat jalan pada Max dan pergi. Serta-merta, gegaran dan goncangan itu berhenti, seolah-olah pemergian peguam hartanah yg dibenci itu meredakan hantu tersebut buat seketika.

Bila Lea menggambarkan hantu tersebut, Max kenal itu sebagai isterinya yg sdh meninggal. Sampai saat itu, dia terlupa bahawa dia berjanji pada isteri pertamanya yg dia tdk akan menjual kotej itu. Max dan Lea cuba menenangkan hantu tersebut dgn membawa seorg paderi mendoakan kotej berkenaan. Tapi rumah tersebut terus dipenuhi dgn bau minyak wangi mahal yg menyesakkan. Lea takut demi bayi dlm kandungannya, tinggal dlm suasana berhantu begitu. Selepas banyak berbincang, Max dan Lea memutuskan utk mengingkari hantu itu dan menjual kotej tersebut.

Pada mlm keluarga itu berpindah, Lea mengalami kesakitan teruk di bahagian abdomennya. Max bergegas membawanya ke hospital, di mana Lea melahirkan bayi kembar, yg lahir mati. Dlm perjalanan pulang dari hospital, kereta Max dilanggar oleh sebuah lori, dan dia serta-merta terbunuh. Pada masa yg sama, Lea duduk tegak di katil hospital, merenung sudut kosong bilik itu. Dia menjerit ketakutan sekali bila melihat hantu itu terapung di depan matanya, kemudian serta-merta mati akibat aneurisme otak.

#TheEnd
#C&P

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now