Pokok nangka

391 23 0
                                    

Oleh: Ain

Da lama sangat aku jadi silent reader so ari ni aku nak share pengalaman aku yang tak berapa seram ni dengan korang semua. 

Tahun: 2014
Masa: 11.30 malam
Tempat: Somewhere dalam daerah Tangkak-Pagoh (tak ingat da apa nama kampung)
Yang kena sakat: 2 orang
Yang menyakat: seekor tak tau jenis apa, kakak cantik kot…

Untuk pembaca yang bukan pengguna highway PLUS arah selatan, info ini harap dapat membantu supaya dapat memahami cerita ini dengan lebih baik. Sebaik sahaja melepasi sempadan MELAKA-JOHOR, laluan pertama yang di lalui dalam negeri Johor ialah Tangkak-Pagoh- Yong Peng- Ayer Hitam dan seterusnya…

Ok kita start…
Kisah ini bermula bila aku dengan adik lelaki aku dalam perjalanan pulang dari KL ke JB. Kami bergerak dari Sg Besi agak lewat sebab adik aku lambat abis keje. Tiba-tiba pulak banyak kereta yang masuk inspection pada hari tu. Jadi, kami gerak lepas maghrib dalam pukul 7.45 malam. Malam tu malam minggu dan ramai pulak yang sibuk balik kampung sempena sambutan Tahun Baru Cina lagi 2-3 hari. Yang kami ni pun dok menyibuk kat jalan raya tumpang sesakkan lagi lebuhraya PLUS tu. Bila dah kereta banyak ni, skill pemanduan adik aku yg ala-ala Michael Schumacher tu pun rasanya dah boleh buang ke longkang dah kot. Mana taknya, kami sampai area Jasin lebih kurang pukul 10++ malam. Selalunya waktu macam tu kami dah duk sibuk call mak tanya , “ Masak apa mak? Kitorng dah nak sampai ni!”

Dipendekkan cerita, sampai ke area Kg Bemban Melaka (menghampiri sempadan JOHOR-MELAKA), sorang member adik aku ni call. Nama die Arep MA. M tu merujuk kepada ‘masuk’, A tu merujuk kepada ‘air’ dan Arep tu memang nama die. Si Arep ni pun sebenarnya dalam perjalanan balik JB tapi dia dah bergerak 2 jam lebih awal dari kami. Arep MA call kami kerana dia merasa bertanggungjawab untuk menasihati kami supaya mengelakkan laluan tol Pagoh sebab waktu dia call tu, dia tengah melepak di palang pembahagi jalan di tengah-tengah highway sambil hisap rokok dengan pengguna jalan raya yang lain. Sebabnya, die terperangkap dalam kesesakan teruk (jem melekat kata ongputeh) di laluan sebelum sampai tol Pagoh. Aku ingatkan dia saje2 test power menyeberang highway utk selfie sambil merokok di tengah2 pembahagi jalan tu… So demi menghormati keprihatinan Arep MA, kami pun merancang untuk keluar dari highway melalui tol Tangkak. Keluar dari Tol Tangkak kami akan melalui jalan lama atau orang panggil ‘jalan dalam’ untuk meneruskan perjalanan ke Bandar Tangkak. Dari Bandar Tangkak kami akan terus ke Pagoh- Ayer Hitam dan masuk semula ke highway melalui tol Ayer Hitam. Tiba-tiba datang pulak idea (*****) adik aku ni untuk ikut satu laluan singkat yang membolehkan kami sampai ke Bandar Tangkak dengan kadar segera. Ye lah, da hampir pukul 11 malam tu… 

Laluan ni adik aku pernah guna setahun yang lepas masa dia nak balik JB so die dengan yakin die kata die ingat lagi laluannya. Sila jangan tanya aku, ‘laluan mana ek? Belok mana ek?’ Sorry aku memang tak ingat. Yang aku pasti laluan ni menggunakan laluan perkampungan-perkampungan manusia (bukan bunian eh…) yang terdapat di sepanjang laluan lebuhraya PLUS arah selatan. Cumanya kalau dari highway kita tak akan nampak kampung-kampung ni sebab dilindungi oleh bukit bukau, hutan hutin dan dusun-dusan milik penduduk kampung (haha.. adik2 sila jangan guna perkataan-perkataan tu dalam karangan eh).

Sekitar jam 10.55 malam, sebaik sahaja keluar highway melalui tol Tangkak, kami mula memasuki laluan short cut dari satu kampung ke satu kampung kerana menurut adik aku jalan short cut tu memang melalui kampung-kampung orang. Antara yakin tak yakin kami pun meneruskan perjalanan. Adik aku ni pulak jenis sanggup sesat daripada hilang macho sebab tanya arah jalan dengan orang. Owh, GPS? Waze? Google Map? Haha.. area tu xde line internet ye. Sampai suku jalan guna benda2 tu semua, kami terus ‘lost connection’. Jadi menggagau lah kami malam-malam tu dan hanya berpandukan kepada ingatan adik aku yang dah banyk telan semut tapi tak nak mengaku tu. Aku yang dah risau ni mulalah membebel suruh adik aku patah balik dan ikut laluan biasa tapi dia jawab, “ Rilek la long, aku yakin, depan lagi sikit tu kita akan jumpa jalan utama”. Mmm… adik aku xde la cakap ayat skema macam tu tapi aku edit sikit ayat tu supaya korang faham. Then, Sampai satu area tu, kami lalu depan satu court takraw. Aku Nampak beberapa orang abang-abang sado tengah main takraw malam-malam tu. Masa kami lalu kat situ, brader-brader tu pulak pandang kami macam nak ajak kami main polis sentri pulak. Ape die ingat kitorang ni tengah usha jalan supaya senang nak merompak esok malam ke? Bila fikir balik, memang patutla brader2 tu pandang kami macam tu. Malam-malam buta masuk kampung orang, bawak kereta kelajuan selaras dengan kereta lembu, siapa tak suspicious beb! Lepas 5 minit melepasi brader-brader takraw tu, aku mula perasan yang kami dah sampai ke hujung kampung. Macam mana aku tau? aku gunakan daya pengesanan dan kebolehan deduksi yang aku belajar hasil dari mengkhatamkan komik Conan dalam setiap keluaran. Daya intrepetasi yang kuat aku belajar dari Horatio Cane dalam siri CSI. Cuma aku tak cukup sewel lagi untuk pakai spek hitam malam-malam hari. Aku kesan kami sudah berada di penghujung kampung bila jalan yang kami lalui tu sudah mula menyempit, dan rosak serta berlubang-lubang. Lampu jalan pula dah xde, rumah-rumah penduduk juga sudah mula tidak kelihatan dan yang paling jelas ialah aku ternampak signboard yang tertulis, “Jalan Penghujung Kampung”. Kiri kanan kami pula terdapat semak samun dan pokok-pokok hutan. Time tu aku pun mula la sound adik aku, “Mmm.. aku rasa depan sikit lagi tu kita jumpa jalan utama la…” Adik aku dah tersentuh dengan kata-kata aku , die pun jawab, “ye lah! Patah balik lah!” Hah! Dah terlambat…

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now