ʝιи нιтαм 1

506 27 0
                                    

Tekan cikgu Ali.Asri sudah tidak senang duduk, dia melingas ke kiri dan ke kanan.seperti mencari sesuatu.Aisyah dan saidee juga sudah berubah tempat duduk.Aisyah merapatkan dirinya dengan puan Rabiah,manakala saidee duduk berpaling mengadap bapanya dan abangnya Asri.

"Benda apa abah?" Soal Asri dengan takut-takut.

"Benda yang ada dalam tubuh Bujal,dia ikut kau balik," terang cikgu Ali.

Riak Asri terus berubah,pucat lesi dan dia serba-salah sekali.

"Ada kat mana benda itu,Abah ?" soal saidee dengan berani.

"Hish kamu ni!" marah puan Rabiah yang sebenarnya sudah meremang ketakutan.

"Ada kat luar rumah.Duduk bertinggung atas motorsikal abang kamu sekarang ni." jelas cikgu Ali.

Asri tertelan liur mendengar apa yang bapanya ceritakan.Cikgu Ali mememjamkan  matanya buat sejenak sebelum dia kembali berkata-kata.

"Dah banyak kali abah pesan.Jangan riak,jangan bangga diri.Benda itu ikut sebab kau yang seru dia."

"Asri mana ada seru dia." jawab asri

" Yang kau rancak bercerita tadi itu apa? Walaupun kau tak panggil nama dia atau sekalipun,tetapi apabila kau bercerita tentang apa yang berlaku petang tadi,dia turut mendengarnya.kerana ianya melibatkan dirinya juga.Lagipun benda itu marah kat kau sebab bakar dia dengan air tawar tadi." jelas cikgu Ali.

"Tapi Asri nak sembuhkan Bujal aje.Lagipun benda itu kan dah kalah." Asri seperti tidak berpuas hati.

"Dia tidak tewas sepenuhnya.sekarang ni dia cuba nak masuk ke dalam rumah."

"Abah...Aisyah takut,"

Aisyah sudah bergenang air matanya sambil dirangkul ibunya,puan Rabiah.Saidee pula masih seperti tadi, kelihatan tidak gentar seperti mana adiknya.

"Abah...benda itu,benda apa abah?" Soal saidee lagi.

"Hantu Raya." pendek dari Cikgu Ali.

Terdiam Asri mendengarnya.Tanpa menunggu lama,Asri bergegas menunju ke tandas untuk membasuh tubuh.

"Abah...Aisyah takut," Esak Aisyah.

" Tak apa, benda tu tak akan dapat masuk." Tersenyum cikgu Ali memandang anak bongsunya.

Beberapa ketika suasana di dalam rumah sunyi,hanya kedengaran bunyi peti televisyen sahaja yang melaungkan suara.Asri yang sudah berketayap dan berkain pelikat turun ke ruang tamu.kelihatan di tangannya sedang mengira biji- biji tasbih.Dia mengambil tempat duduk sedikit jauh dengan cikgu Ali.Selang beberapa buah sofa.Cikgu Ali masih seperti tadi,mencatat ayat-ayat Al-quran  yang terpilih ke dalam buku notanya.Suasana seram sebentar tadi seperti sudah berlalu.Asri diam di atas sofa sambil berzikir.Saidee, Aisyah dan Puan Rabiah masih setia di hadapan peti televisyen.Mereka sekeluarga khusyuk menonton cerita di televisyen.Namun semuanya terganggu apabila...

Namun semuanya terganggu apabila Puan Rabiah mulai bersuara.

"Bau hangit apa ni? Saidee,cuba tengok kat dapur,apa yang hangit?"

"Mak masak apa?" soal saidee pula.

"Rasanya tak ada masak apa," kerutan di wajah puan Rabiah terbentuk.

"Ke mak ada hangatkan lauk-pauk tak?" teka saidee lagi.

"Entahlah,pergi ajelah tengok." Arah puan Rabiah.

Bergegas saidee ke ruang dapur rumah.Tidak lama kemudian,remaja itu hadir dengan wajah kehairanan.

"Tak ada apa-apa pun atas dapur." Terang saidee.

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now