ʝιи нιтαм 2

441 26 0
                                    

"Berambus aku kata! Jangan cuba nak ganggu anak isteri aku!" Laung cikgu Ali.

"Tidak....!"

"Dengan nama Allah.."

Cikgu Ali menggauli bahan-bahan yang sudah berada di dalam tangannya,lantas dia menghamburkan bahan-bahan itu ke arah kepulan asam hitam yang tinggi hampir mencecah sepuluh kaki.Satu balingan pada pandangan  Asri hanyalah beras digauli kunyit,lada hitam dan garam kasar sahaja.Namun pada pandangan batin,Cikgu Ali melemparkan bara api yang menyala ke arah makhluk yang bertubuh besar dan berbulu itu.

"Arghhh...!"

Jeritan kasar kedengaran membingitkan telinga.Makhluk itu bergerak ke belakang.Seperti mengundur dari serangan Cikgu Ali.Cikgu Ali mara ke hadapan dan terus menghamburkan bahan-bahan yang didoakannya dengan ayat suci al-Quran  ke arah jelmaan itu.makin kuat makhluk itu menjerit,makin kehadapan cikgu Ali menyerang.Sepertinya tiada belas langsung buat makhluk berjiwa hitam itu.

"Ampun...! Ampunn...!" Jerit makhluk itu dalam kesakitan.Namun dia masih belum mahu keluar dari rumah Cikgu Ali.

"Sudah aku berikan peluang untuk kamu.Tapi kamu ingkar! Nah inilah balasannya.

Cikgu Ali melafazkan surah Yasin pada ayat  tujuh terakhir dan melepaskan satu kilasan pantas ke arah makhluk itu.Terpegun Asri melihatnya.Satu asap hitam yang terbentuk seperti jasad itu hangus di jilat api yang marak.Anehnya api yang besar itu langsung tidak membakar segala seisi rumah.Hanya menyerang makhluk hitam yang bermata merah itu sahaja.Ternganga Asri kerana ini juga adalah kali pertama dia melihat sesuatu yang luar biasa.Bagaikan bapanya memiliki keajaiban yang terpendam.

Jeritan sudah lenyap,kepulan asap juga sudah tidak  kelihatan di pandangan mata Asri.Yang tinggal hanya bau seperti  benda yang hangus terbakar.Asri sudah mula berani bergerak dari tempat dia berdiri.Bulu romanya masih meremang kasar,degupan jantungnya terus berdetak pantas.

"Panggil adik dan mak kamu,lepas itu kamu azan  di empat penjuru rumah ini." Arah Cikgu Ali kepada Asri."

Asri mengangguk faham,dan dia menerima arahan itu dengan akur.Dia berasa lega  kerana setelah hilang perasaan takut yang luar biasa sebentar tadi.Perasaan kesal juga terbenih di dalam hatinya.Betapa dia lupa dan membidang dada dengan ilmu yang diberikan.Walhal ilmunya masih belum mampu menyentuh permukaan dasarnya lagi.Hanya bermain-main di permukaannya sahaja.

Setelah selesai mengazankan  setiap penjuru rumah,suasana hangat dan berbau hangit beransur -ansur hilang.Cikgu Ali menyuruh Aisyah dan saidee mengambil wuduk sbelum melangkah masuk ke kamar masing-masing.

"Lain kali, jangan cakap besar.kita tak tahu apa yang kita sedang berhadapan.Hebat manakah makhluk itupun kita tidak akan tahu.Ingat, setinggi mana pun ilmu di dalam dada, ianya tak akan mujarab seandainya ada riak didalam hati." Tutur cikgu Ali seraya memberi nasihat buat Asri.

Asri tunduk malu pada dirinya sendiri.Dia memohon maaf sebelum melangkah masuk ke kamar tidurnya.Cikgu Ali kembali menyambung menyalin ayat-ayat al-Quran ke dalam nota kecilnya.Pada ketika dia sedang asyik menelah ayat suci Allah itu,Saidee hadir melabuhkan duduk  di sebelah bapanya.

"Abah..."

"Ya?"

Cikgu Ali menoleh memandang anak lelakinya itu.

"Makhluk apa tadi?hantu apa?seramnya..." soal saidee.Ada riak ketakutan di tampangnya.

Cikgu Ali tersenyum simpul.

"Jin." Ringkas dari Cikgu Ali.

"Jin?"

"Ya...jin hitam.Terang Cikgu Ali dengan lebih panjang.

"Jin hitam?Nama dia Jin Hitam?" Terkulat-kulat wajah saidee mendengar penjelasan bapanya.

Cikgu Ali mengangguk kecil sambil memaniskan roman wajahnya.Dia faham akan reaksi wajah anaknya itu.Tampang yang kebingungan.Mungkin inginkan lebih pencerahan.

"Ya,makhluk itu dari sejenis kaum jin yang kafir.Orang-orang ada memanggilnya sebagai Jin hitam,atau orang-orang kampung menggelarkannya...Hantu Raya."

Terlopong Saidee kala terdengar nama makhluk yang dicanang bapanya.Tertelan liurnya di saat mengingatkan  kembali akan suara garau serta besar sebentar tadi.

"Abah ada satu cerita tentang Jin hitam ini.kalau tak salah abah,waktu itu Abah baharu berpindah mengajar ke Raub,pahang."

"Hah?sungguh?ceritanya bagaimana abah.terlonjak saidee mendengarnya.Dia amat menggemari kisah-kisah seram.Dan bapanya juga tidak lokek untuk berkongsi cerita dengan anaknya itu.

"Sabar...buat masa ini saidee masuk tidur dulu ya...keadaan baharu aje pulih."

"Ohh...." sedikit ke hampaan terlukis diwajahnya.

"Nanti sampai pada waktunya abah akan ceritakan kat Saidee.Segala pengalaman Abah." Ujar Cikgu Ali tenang.Dia tahu anaknya itu sudah tak sabar untuk mendengarnya.Namun waktunya masih belum tiba.

"Betul ke ni Abah?"

"Ya...Abah janji." Cikgu Ali mempatrikan janji-janjinya sambil tersenyum.

"Yeay...!"

Saidee tersenyum girang.Dia sudah tidak sabar untuk mendengar cerita dari bapanya itu.Apa yang pasti,dia akan menunggu ketibaan harinya itu dan dia sudah berniat untuk membukukan kisah-kisah pengalaman bapanya di alam mistik.

TAMAT

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now