Chapter 8: The seeing
Selepas perbualan antara dan Chadler, saya masih mempunyai banyak pertanyaan dalam benak fikiran saya. Namun saya masih menunggu masa yang sesuai untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya secara perlahan- lahan. Mungkin kata kata daripada chadler benar. Saya perlukan masa untuk mengetahui apakah kejadian yang telah berlaku kepada secara perlahan lahan.
Malam itu, saya hanya terlelap sebentar apabila saya terjaga dari tidur. Saya menoleh ke sebelah saya dan chadler sedang Tidur lena. Saya bangun dari katil dan keluar dari bilik. Kaki saya melangkah perlahan lahan menuju ke bilik ke-3 yang saya belum terokai. Saya membuka pintu perlahan dan sempat menoleh kiri dan kanan. Saya hanya ingin memastikan , tiada sesiapa yang mengekori saya.
Saya membuka pintu perlahan dan masuk ke dalam bilik itu. Saya memasang lampu dan memerhatikan keadaan sekelililng. Bilik itu kelihatan seperti bilik kosong. Tiada sebarang perabot atau hiasan. Hanyalah sebuah bilik kosong dan saya memerhatikan dinding dan siling bilik itu. Semuanya berwarna putih. Namun, perasaan saya kuat mengatakan ada sesuatu di dalam bilik itu. Saya duduk di tengah tengah lantai
Bilik itu dan hanya mendiamkan diri saya sebentar. Entah mengapa namun saya ingin
Melakukan itu saat itu.
Anak telinga saya mendengar bunyi detikan waktu di ruangan bilik itu. Tik tok tik tok tik tok! Saya mencari jam di dinding namun tidak kelihatan. Saya cuba mencari dimana datangnya bunyi detik jam itu dan saya hanya diam
Akhirnya. Tiba tiba, pintu bilik diketuk kuat. Saya menoleh ke pintu bilik.
Suhhhhh!!!! Bunyi angin kuat dan terasa sejuk memasuki ruang bilik itu. Tepat menerpa di wajah saya. Saya menjadi kaku dan tidak dapat mengerakkan anggota badan saya. Hanya biji mata saya sahaja yang mampu bergerak, ke kiri dan ke kanan. Atas dan bawah. Anak telinga saya mendengar bunyi tapak kaki dari timgkat bawah menuju ke bilik itu. Semakin dekat dan semakin mendekat.
Krekkkk! Pintu bilik terbuka luas. Saya hanya boleh memandang di hujung anak mata saya sahaja. Lampu menjadi malap dan bilik itu menjadi gelap. Saya menjadi takut namun masih mampu membuka mata saya kerana ingin tahu apakah yang sedanh berlaku di dalam bilik itu. Saya menutup mata. Bilik itu terasa seperti sedang berputar. Berputar seperti saat kita sedang berada di dalam roller coasters. Rambut saya juga berterbangan.
Dippp!!! Pintu bilik tertutup. Saya membuka mata. Keadaan seperti menjadi normal semula. Lampu sudah mula menerangi bilik itu semula.saya cuba mengerakkan anggota badan saya. Saya bangun perlahan dan terasa sedikit pening.
"Savanah!!" Suara panggilan dari luar bilik. Saya ingin menyahut tetapi langkah kaki terhenti apabila melihat bilik itu seperti sudah berubah daripada keadaannya yang sebelumnya. Bilik kosong itu sudah berubah menjadi sebuah bilik yang dipenuhi dengan perabot dan hiasan bilik. Kini bilik itu kelihatan seperti sudah berpenghuni.
Saya memusingkan badan. 360 darjah.
"Savanah!" Suara jeritan itu muncul lagi. Saya menoleh semula ke arah pintu bilik.
Bang!! Pintu bilik dibuka dan dihentak kuat. Saya melihat seorang kanak kanak kecil berlari masuk ke dalam bilil dan dia sedang ketakutan. Dia tidak menangis namun riak wajahnya kelihatan sangat sangat dalam ketakutan. Tergerak hati saya untuk mendekatinya.
" Hey.. what happen to you?" Kata saya kepada kanak kanak itu. Dia seperti berusia 2 tahun. Masih kecil dan bertubuh kecil sahaja.
Rambutnya panjang berwarna hitam. Kulitnya putih dan dia hanya merenung ke arah saya dengan matanya yang dalam katakutan itu.
" Run away.. run. They will kill you." Kta budak itu. Saya mengundurkan diri dari terus mendekatinya. Dia bersuara seperti orang yang telah dewasa. Dia merenung tajam ke arah saya. Saya membuka pintu dan keluar dari bilik itu.
" Hey! What you doing there!" Suara itu juga mengejutkan saya.
Wanita yang chadler panggil sebagai Mom itu muncul dari anak tangga dari tingkat bawah. Dari cara dia memandang saya jelas menyatakan dia tidak menyukai saya. Namun saya masih memandang wajahnya kerana wajah itu mirip seperti ibu saya.
"Be careful.. dont simply go inside and out from any of this room inside this house or you will never come out alive anymore." Jerit wanita itu. Saya hanya diam.
"Mom. Stop it. You making her scared." Chadler keluar dari bilik dan menarik tangan saya masuk ke bilik semula.
"Where did you go?" Tanyanya perlahan.
"Inside the room?"
"Which room?"
"The third room." Jawab saya. Chadler diam sejenak dan dia merenung saya. Seperti ada yang ingin dia katakan.
"Did you see anything there?that make you recall anything about your childhood?"
"I saw a little girl. She look so scared. Its looked like someone was approached her. Someone keep calling her by my name. Her name was savanah too." Jawab saya. Chadler memeluk saya. Namun dia tidal menjelaskan apa apa tentang penjelasan saya sebentar tadi.
"What is that room? Its changing like a magic.. when i go inside its was an empty room.. and something happen. When i open my eyes again, its completely a room. " tanya saya lagi. Chadler hanya diam.
"Go back to sleep. " katanya. Saya hanya mengangkuk. Saya kembali semula ke katil dan cuba melelapkan mata saya. Namun saya sempat menoleh ke arah chadler. Dia duduk di tepi katil dan termenung sedih. Seperti sedang memikirkn sesuatu. Atau seperti dia cuba berselindung disebalik wajah tenangnya itu. Saya menaril selimut dan menutup mata saya.
Pagi itu, saya turun selepas mandi. Chadler tidak kelihatan. Setiap pagi apabila saya bangun, chadler sudah tiada. Selalu seperti itu. Saya mencari dia di serata rumah itu dan rumah itu sangat sunyi. Seperti hanya saya yang berada di dalamnya ketika itu. Saya masuk ke ruang dapur dan saya menoleh apabila seorang kanak kanak melanggar saya dan dia berlari masuk ke ruang dapur mendahului saya. Saya berdiri di sebalik pintu dapur dan menerhatikan kanak kanak itu. Dia adalah kanak kanak yang saya lihat semalam.
Kanak kanak itu seperti mencari sesuatu di ruang dapur. Dia membuka laci satu persatu dan menoleh di serata ruang dapur. Saya masuk dan mendekatinya.
"What are you looking for?" Kanak kanak itu tidak mempedulikan saya. Sepertinya dia tidak melihat saya yang berada di hadapannya. Dia membuka laci dan matanya tersenyum. Saya menoleh ke dalam laci itu. Pisau pisau tajam yang tidak sesuai untuk dijadikan permainan bagi kanak kanak seusianya.
Tup!! Kanak kanak itu menutup semula laci itu. Saya berdiri di tepi apabila melihat wanita itu masuk dan tersenyum kepada kanak kanak itu. Dia mengusap rambut kanak kanak itu dan memeluknya.
"Are you hungry savanah. I will make something nice for you."kata wanita itu. Kanak kanak itu hanya mengangkuk.
Wanita itu mengambil kepingan roti di dalam peti sejuk dan dia mengambil pisau di dalam
Laci. Kanak kanak itu hanya memandang segala perbuatan wanita itu dengan mata kecilnya. Wanita itu menyapu Jam di kepingan roti dengan pisau itu.
done.." kata wanita itu. Dia memberikan roti itu kepada kanak kanak itu.
" thank you auntie." Kata kanak kanak itu tersenyum.
"Why did you always used a knife when youre making a food for me?" Tanya kanak kanak itu. Wanita itu tertawa.
"I like knife. Its very helpful to make a nice food for the poeple we love." Jawab wanita itu. Kanak kanak itu hanya mengangkuk.
Selepas makan, saya keluar dari rumah itu dan duduk di taman di hadapan rumah itu. Saya memerhatikan pokok pokok pine dan hanya menikmati angin sepoi sepoi bahasa yang singgah di kulit wajah saya. Bayang chadler masih tidak kelihatan. Dan matahari sudah mula kelihatan. Saya terasa sangat sepi. Namun pada masa yang sama terasa tenang. This is what ive been looking for?peace and life without a nightmare. Maybe this place was belong to me at the very begining.
"Savanah.." saya menoleh. Chadler akhirnya muncul bersama senyumannya. Dia datang dari arah hutan di belakang rumah itu. Saya memerhatikan pakaiannya. Masih sama dan tidak pernah berubah.
"Where have you been?" Tanya saya. Dia hanya diam dan duduk di sebelah saya.
"I am everywhere." Jawabnya. Membuat dahi saya berkerut sejenak.
"Who acctually live in this house .. how many people?" Tanya saya. Chadler menoleh jauh.
"Just the 3 of us.. my mom, you and me." Jawab chadler.
"And who is the smal girls that always appear infront of me?"tanya saya. Chadler tidak berkata apa apa. Dia hanya tersenyum kepada saya.
"Sometimes memories appear in reality and we dont even realize it." Jawab chadler.
"If i remember my memories, will my nightmare gone too?"tanya saya.chadler hanya diam.
"Its your choice. Your memories was belong to you. " kata chadler.
Malam itu, seperti selalu saya berbaring di katil dan menoleh ke arah Chadler. Dia belum tidur, dia hanya berbaring dan dia hanya merenung ke arah saya dengan matanya yang lansung tidak berkedip. Tanpa sebarang reaksi dan kata kata. Dia hanya merenung saya dan mendiamkan diri. Saya juga merenung ke arahnya. Kami
Saling berpandangan dan hanya diam. Bilik itu menjadi sunyi dan hanya anak mata kami sahaja yang saling berpandangan. Dan saya tidak sedar bila masa saya terlelap malam itu. Namun subuh itu saya terjaga apabila mendengar suara kecil dari chadler. saya membuka mata sedikit dan menoleh kearah dia. Dalam keadaan samar samar, saya melihat dia bangun dan dia seperti menahan sakit di dadanya. Dia sesekali menoleh ke arah saya namun dia tidak bersuara apa apa. Seperti ingin berselindung dari saya dengan keadaanya yang seperti itu. Saya ingin bangun dan menyoalnya namun saya mati minda. Tidak dapat memberikan sebarang respon saat itu. Sehingga akhirnya saya menyaksikan sendiri Chadler Menghilang begitu sahaja dari pandangan mata saya. Sekelip mata dan tanpa sebarang petunjuk.
Saya bangun dan menoleh kiri dan kanan. Adakah saya bermimpi lagi? Saya mengosok mata saya beberapa kali. No!its wasnt a dream. Insaw it clearly how he disappeared infront of me inside the room. Saya tergamam. Semakin banyak pertanyaan membuak bual dalam diri saya saat itu. Saya bangun dan keluar dari bilik. Dari anak tangga saya mendengar suara seseorang sedang menangis sedih .kaki saya perlahan melangkah menuruni anak tangga. Semakin kuat suara tanggisan itu. Saya menoleh ke arah ruang tamu. Saya duduk di anak tangga. Dan hanya menerhatikan dalam keadaan samar samar di ruang tamu itu.
Wanita itu sedang menangis dan memeluk seorang kanak kanak kecil. Bukan kanak kanak yang sama seperti yang selalu muncul di hadapan saya. Ia adalah kanak kanak yang lain. Seorang kanak kanak lelaki. Saya hanya diam dan cuba menenangkan diri. Wanita itu seperti menyedari kehadiran saya di situ. Anak matanya merenung saya dengan tajam. Saya pantas bangun dari terus duduk di situ. Dia masih merenung saya dengan tajam.
" savanahhh!!!" Jeritnya. Jari telunjuknya menunding kearah saya. Tepat ke arah saya. Dia bangun dan bergerak ke arah saya. Saya ingin melarikam diri namun kaki saya tidak mampu bergerak.
" Savanahhh!!" Dia menjerit lagi.
To be continued..
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Kinh dị/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...