Kereta sewa

374 20 0
                                    

.....................................................

“APA perancangan kita cuti hujung minggu kali ni” Saiful memandang wajah sahabat-sahabatnya seorang demi seorang.
“Kita pergi mandi-mandi nak? Kita lokasi air terun yang best kat Malaysia ni.” Amran memberikan cadangan.
“Best jugak cadangan tu.” Mat Nor menyampuk.
Saiful mengusap dapur. Idea Amran itu menarik baginya.
“Tapi korang, kereta aku masuk workshoplah. Naik bas ke?” Shakir pula mencelah. Teringat pada keretanya yang sudah masuk bengkel semalam.
Saiful menepuk dahi. Selalu mereka menggunakan kereta milik Shakir jika berhujung minggu.
“Kita sewa saja kereta. Bab duit kita kongsi. Kita cari kereta sewa yang murah je.” Saiful memberikan cadangan.
“Cantik!” Jawab tiga rakannya serentak.

PAPAN iklan dipaku pada sebatang pokok itu menarik perhatian Saiful. Bergegas dia mengeluarkan telefon pintar dari kocek seluar. Nombor yang tertera disalin.
“Pak Mus  019 -4xxx xxx.”
Sampai di stesen bas Saiful segera menghubungi Pak Mus. Talian nampak sibuk. Saiful mengetap bibir. Mereka perlu mendapatkan kereta sewa hari ini juga kerana awal pagi esok mereka perlu bertolak.
Saiful cuba menghubungi Pak Mus untuk kali ketiga. Bibir Saiful mengulum senyuman. Panggilannya dijawab. Dia yakin suara lelaki dalam talian itu suara Pak Mus.
“Assalamualaikum, Pak Mus…”
“Waalaikumusalam.”
“Saya Saiful dari Shah Alam. Saya nak tanya tentang kereta sewa Pak Mus.”
“Kereta sewa Pak Mus dah ada yang booking nak. Maaf sangat-sangat.”
“Emmm… takperlah. Terima kasih pak cik.”
Talian diputuskan setelah salam diberikan. Wajah Saiful tampak kecewa. Dia merayau-raua di sekitar Shah Alam sehingga dia memberhentikan motorsikalnya pada sebuah rumah yang turut meletakkan iklan kereta sewa.
Saiful menarik nafas panjang. Moga-moga adalah rezekinya. Hari pun sudah senja. Saiful memberikan salam dari luar namun tiada sesiapa yang menyahut. Rumah itu kelihatan terang-benderang.
“Datang nak cari kereta sewa ke?” Seorang lelaki menyapa Saiful dari belakang.
Tersentak Saiful dibuatnya. Lelaki berusia awal 30-an itu mengulum senyuman.
“Ya,” Saiful menjawab ringkas.
“Ada satu kereta saja yang tinggal. Proton saga lama. Kau nak sewa tak?”
Saiful diam seketika.
“Kereta lain takde ke, bang?”
“Dua kereta Myvi abang dah disewa. Tinggal proton saga lama tu saja. Sewanya abang bagi lima puluh ringgit sahaja. Kau boleh pakai sampai satu minggu. Kau berminat tak, dik?” senyuman lelaki itu semakin lebar. Harga sewa yang cukup murah pada Saiful.
“Boleh saya tengok kereta tu dulu?”
“Tentu saja boleh.”
Saiful berpuas hati melihat kereta yang bakal di disewanya itu. Walau proton saga lama tetapi masih kelihatan seperti baharu. Saiful menghulurkan wang kepada lelaki itu tetapi lelaki itu menolak.
“Lepas pulangkan nanti, baru bayar.” ujarnya.
Saiful bersorak dalam hati. Akhirnya dia berjaya mendapatkan kereta sewa. Malam itu juga dia membawa kereta itu pulang ke rumah sewa mereka. Motorsikalnya ditinggalkan di rumah tersebut sebagai jaminan.

“BANGUN… bangun…” Tubuh Shakir digoncangkan.
Shakir terpisat-pisat bangun menenyeh mata. Dia menguap kecil seraya menutup mulut mulutnya dengan tangan. Shakir mengerling jam loceng di sisi.
“Hantu betul kau, Epul!” Shakir berteriak.
Saiful hanya tersengih.
“Baru pukul tiga pagi kau dah gerak. Kita tolak lepas subuhlah. Dari Shah Alam ke Perak bukannya jauh pun.” bebel Shakir lagi.
Saiful hanya tersengih. Kelihatan Mat Nor dan Amran juga sudah bangun dari katil masing-masing. Mereka menuju ke bilik air. Shakir mengaru-garu rambut yang serabai menanti giliran.
“Aku nak singgah satu tempat sebelum ke air terjun tu.” Saiful bersuara. Wajahnya dihalakan pada kereta yang sedang dipanaskan enjinnya.
Shakir menguap lagi.
“Kau nak singgah mana? Rumah nenek kau ke? Nenek kau kan dah meninggal.” Shakir amati Saiful. Lain macam pula dilihat sahabatnya itu. Rambut yang pendek itu kelihatan panjang separas bahu. Shakir menggosok-gosok matanya.
“Taklah.” Saiful membalas.
“Habis tu?”
“Nanti kau tahulah.”
Saiful masih tidak mengalihkan kepalanya. Sebaik Amran keluar dari bilik air, Shakir terus menyerbu masuk.

BEG galas masing-masing diletakkan ke dalam but kereta. Saiful menawarkan diri untuk memandu. Shakir dan yang lain mengikut saja.
“Kalau korang nak tidur, tidurlah. Sampai nanti aku kejut korang.” suara Saiful.
“Eloklah sangat.” Amran dan Mat Nor menjawab serentak. Kedua berdengkur di belakang sebaik kereta bergerak. Hanya Shakir yang berjaga sambal memasang ear phone di telinga mendengar lagu pada mp4 player nya.
Saiful hanya membisu memandu tanpa suara. Hanya sesekali bibirnya yang agak pucat itu mengukir senyuman. Shakir yang leka mendengar lagu tergerak hati untuk memeriksa telefon pintar.
Shakir mengerutkan dahi. Nama Siaful tertera pada skrin telefonnya. Saiful menelefon berkali-kali sedangkan Saiful sedang memandu di sebelahnya. Dia tidak sedap hati. Dia membuka mesej yang masuk ke dalam telefonnya.
Sampai hati korang tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah. Kata sahabat dunia akhirat. Baik korang patah balik sebelum aku mengamuk - Saiful

Shakir menghulurkan telefon kepada Amran dan Mat Nor yang duduk di belakang. Kedua sahabat itu berwajah pucat. Telefon dikembalikan semula kepada Shakir.
Telefon pintar Shakir berbunyi. Panggilan dari Saiful. Tangan Shakir menggeletar saat menekan simbol berbetuk gambar telefon untuk menjawab panggilan tersebut.
“Helo…”
“Aku yang susah-payah dapatkan kereta sewa tu tapi aku yang kena tinggal. Apa ni!” Suara Saiful melenting dalam talian.
Telefon dilurutkan dari telinga.
“He…he…he…” Tawa  ‘Saiful’ menegakkan bulu roma mereka bertiga. Wajah Saiful pucat berlumuran dengan darah. Kulit kepala Saiful kelihatan terkopak hingga menampakkan sebahagian otaknya.
Serentak itu mereka menjerit. Kereta tersebut dipandu dengan laju.
Dum!

TIGA pelajar UITM cedera ringan. Kereta proton yang dinaiki melanngar penghadang jalan. Kes misteri yang sukar diterima oleh logik akal. Kereta tersebut pernah dikatakan dipandu oleh seorang lelaki yang maut dalam satu kemalangan pada thaun 1985. Kereta tersebut sudah lama tersadai dan rosak. Saiful juga bingung memikirkan kejadian yang berlaku menimpa mereka.

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now