CABARAN

457 27 3
                                    

FARRA menyilang tangan seraya memandang wajah Eusof dan Lukman. Dua lelaki itu tersenyum sinis melihat gadis di hadapannya itu. Eusof mencabar Farra bermalam di balai polis lama Gombak yang juga salah sebuah tempat berhantu itu. Lokasi tersebut dikatakan popular di kalangan ahli-ahli kumpulan paranormal. Jika Farra sanggup menyahut cabarannya maka dia akan menunaikan janjinya untuk ‘halalkan’ hutang adik Farra.

Farra memang sudah biasa bermalam di tempat-tempat yang dianggap keras. Menyahut cabaran rakan-rakan dalam permainan menguji keberanian. Permainan bodoh yang sekadar dianggap mengisi waktu lapang yang membosankan.

“Betul kau sanggup?” Soal Eusof lagi.

Farra angguk setuju. Setakat bermalam untuk satu satu tiada masalah bagi Farra.

“Kau tak takut hantu?” Eusof menjongket sebelah keningnya.
Farra tersenyum.

“Kau tu lebih menakutkan dari hantu” Desis Farra. Tengok rupa Eusof yang seperti lagak seorang samseng itu sudah menggerunkan. Berantai di leher. Cincin karat putih hampir penuh di jari-jari kasar Eusof. Muka serabai Eusof tidak menyenangkan mata yang memandang.

“Okay, pastikan seorang kat tempat ini. Aku tak nak ada yang teman kau!” Eusof memberikan amaran.

Farra cebik.

“Jangan pandang perempuan sebelah mata.” Getus Farra. Farra angkat muka ketika melintasi Eusof. Eusof ketawa.

“FARRA… kau sanggup terima cabaran bodoh Eusof tu. Gila ke apa?” Marah Norman.

“Setakat bermalam di tempat yang konon berhantu sangat tu, takde hallah.” Perkara tersebut Farra adukan kepada Norman.

“Farra… tempat tu memang keras.” Norman mahu Farra menarik diri. Dia akan cuba fikirkan jalan lain untuk membantu Farra melangsaikan hutang adik Farra dengan Eusof itu.

“Aku tak pernah nampak dalam berita pun ada orang mati kat balai polis lama tu?” Farra menjuih bibir.

“Farra… dengar nasihat aku.”

“Jangan risaulah. Satu malam saja pun.” Farra mengenyitkan mata. “Kau bawa aku ke tempat lokasi yang di katakana tempat paling ‘keras’ tu.”

Tersentak Norman.

“Gila!”

“Please….”

Norman terpaksa menurut apabila Farra memaksanya membawa ke lokasi balai polis lama itu yang terletak berhadapan jalan lama Betong–Kuala Lumpur itu.

Tidak lama kemudian, mereka berada di lokasi terbabit. Farra meninjau sekeliling balai polis lama itu. Matanya tertacap pada batu nesan di kawasan terbabit.

Norman terpandang kelibat seorang perempuan lantas dia segera merapati Farra. Jantungnya kian berombak kencang.
“Kita balik!” Suara Norman keras.

Masing-masing membisu di dalam kereta untuk seketika.
“Jangan sahut cabaran tu. Jangan di ganggu tempat mereka.” Norman membuka mulut.

Farra membisu. Kata-kata Norman tidak diendahkan. Dia tidak berhenti separuh jalan.  Cabaran sudah disahut.

*****

SUASANA dalam balai polis lama itu menyeramkan. Farra datang sendirian. Keretanya diparkirkan jauh dari kawasan berkenaan. Merinding bulu tengkuk Farra tetapi demi cabaran yang disahut dan demi hutang adiknya yang perlu memiliki status ‘halal’ dari Eusof dia tegar menerimanya. Farra menyuluh sekitar kawasan balai polis itu. Dinding yang berconteng sana dan sini membuat bibirnya terukir segaris senyuman nipis.

Tempat berpuaka tetapi menjadi mangsa vandalisme. Kerja-kerja budak nakal agaknya. Mahu tunjuk bakat terpendam. Atau mereka memang sengaja menconteng dinding-dinding. Kalau temapat berpuaka masakan contengan-contengan ini boleh wujud.

Telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan dari Eusof. Farra mengetap bibir. Dia menekap telefon bimbit pada telinga.

“Helo,”

“Kau dah sampai ke?” Sinis suara Eusof.

“Ya. Aku sudah berada di berpuaka ni.”

“Bagus-bagus. Jangan tipu aku tahu.” Eusof mengingatkan Farra.

“Aku bukan jenis kaki temberang macam kau.” Rengus Farra. Talian diputuskan.

Eusof dan Lukman mengekek ketawa di dalam kereta. Mereka berada berhampiran kereta Farra. Sengaja mereka datang untuk memastikan gadis itu tidak menipu. Farra betul-betul bukan kaki kelentong. Gadis itu cukup berani.

FARRA duduk bersandar di dinding beralaskan kotak setelah penat mengelilingi dalam kawasan balai polis itu Tiada apa-apa yang menarik ditemuinya,. Dia memeriksa telefonnya. Tiba-tiba sahaja telefonnya tidak berfungsi. Ketika di sampai di balai polis lama itu lebih kurang  minit lagi pukul 12.00 malam.

Farra berasa bosan. Dia memeluk tubuhnya. Sejuk sampai ke tulang sum sum sedang dia mengenakan pakaian yang agak tebal. Farra cuba baring dan melelapka matanya tetapi bunyi seperti perempuan yang ketawa mengekek mengejutkan Farra.

“Siapa pulak yang nak menakutkan aku ni? Ini mesti kerja Eusof tu.” Hati kecil Farra berbicara.

Farra bingkas bangun. Matanya melihat kelibat seorang perempuan di balik tingkap yang terbuka. Hanya sepintas lalu. Farra segera meluru keluar. Kelibat perempuan itu tidak kelihatan.

“Eusof! Kau jangan main-mainkan aku. Kau fikir aku takut!” Gerutu Farra.

“Hi... hi… hi…” Suara hilai tawa halus kedengaran berdekatan Farra.
Farra memusingkan tubuhnya. Farra melepaska keluahan kecil. Dia tidak suka dipermainkan begini.

“Eusof… kau jangan buat aku amrah. Aku tahu kau ada kat sini!”

“Hi…hi… hi…” Perempuan berambut panjang mencecah tanah berada di belakang Farra.

Bulu roma tangan Farra menegak. Farra seperti merasakan ada ‘seseorang’ di belakang. Dia berpaling tetapi mata tidak melihat apa-apa.

Farra kembali masuk semula ke dalam. bersandar semula di tempat dia berehat sebentar tadi. Di sebalik tingkap perempuan itu merenung tajam dengan mata warna kemerahan. Farra cuba melelapkan matanya tetapi kali ini dia diganggu dengan bunyi cakaran di dinding.

Farra mula memaki hamun. Tidak gemar digurau sebegini. Farra bangun apabila pintu berdekatannya itu berdentum kuat.
“Keluarlah korang! Jangan nak takut-takutkan aku lagi!”

Bayangan seorang perempuan berdiri di muka pintu mengejutkan Farra. Hati Farra mula berdebar-debar. Bebola mata bergerak ke sana ke mari. Apabila Farra memusingkan tubuh, Perempuan dengan wajah menakutkan itu berada di belakangnya. Farra seluruh tubuhnya seperti terpasung di situ. Rambutnya yang panjang melilit seluruh tubuh Farra. Farra hanya mampu menjerit. Perempuan itu menerpa ke arahnya. 

“ITU macam suara budak Farra tu je.” Lukman menyiku lengan Eusof yang hampir melelapkan mata itu.;

“Budak tu nampak hantu agaknya.” Sengih Eusof.

Keduanya melangkah keluar dari perut kereta. Eusof dan Lukman mencari Farra sekeliling kawasan balai polis lama itu. Puas nama Farra diseru. Farra tidak kelihatan.

Kaki Eusof sekaan tersepak sesuatu yang seperti tubuh seorang manusia. Eusof menghalakan lampu suluhnya ke bawah.

Wajah Eusof dan Lukman menjadi pucat melihat Farra yang kaku tidak bernyawa dengan berlumuran darah.

“Hi… hi… hi.. ” Suara hilai tawa perempuan di belakang mereka.

Keduanya menoleh.

“Aaaaaa!” Eusof dan Lukman menjerit serentak.

ESOKNYA berita tergempar penemuan mayat seorang gadis dan dua orang lelaki di sekitar balai polis lama Gombak itu.

TAMAT

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now