Sebelum aku mula story, sekali lagi aku beritahu bahawa umur Dedek sekarang dah 7 tahun yang bermaksud Dedek dah darjah 1. Jurang perbezaan umur aku dengan Dedek tersangatlah jauh.
Okey, skip cerita pasal umur Dedek tu. Okey now aku cerita macam mana Dedek boleh tahu pasal aku story tentang dia. Korang mesti dah excited gila nak tahukan macam mana situasi tu terjadi? Rilex… Tarik nafas dan lepas. Pastikan langsir bilik korang tertutup. Takut ada yang skodeng korang kat tingkap pula. Kalau baca waktu malam, sila buka lampu dan jangan sendirian. Hiks!Hiks!
Okey, let’s begin the story. Sekarang aku kat Perak tengah bercuti kat rumah opah aku ni. Family aku nun jauh di KL. Untuk pengetahuan korang, aku baru je konvo di U**. Alhamdulillah. So, belum bekerja lagi la sebab feeling-feeling nak rest panjang sikit.
Hari tu Dedek ada call aku. So borak punya borak dia tanya aku. Aku ada umpat dia ke? Aku pelik la masa bila pula aku umpat. Lepas tu dia tanya lagi, “habis tu kenapa yong story pasal Dedek kat orang. Dedek tahu Yong buat apa kat kampung.” Serius aku dah cuak time tu. Otak aku cuma dapat fikir yang aku share story pasal dia. So, aku admit la aku cerita kisah kelebihan dia..
Dedek diam masa tu. Lepas tu dia ketawa. Dia cakap mesti readers takut baca kisah pasal dia. Dia kan berkawan dengan hantu. Aku pun ketawa ajelah. Aku tanya Dedek macam mana dia tahu aku story pasal dia kan. Jawapan dia? “Dedek kan ramai kawan. Kawan dedek pun kenal Yong. Sebab tu dedek boleh tahu.” Masa tu aku dah memang start gelabah. Kawan mana pula Dedek berkawan ni. Sumpah aku cuak. Mata aku confirm la dah pandang sekeliling.
Lepas tu Dedek cakap “Yong mesti nak tahu kan kawan Dedek? Kawan Dedek tu tinggal kat pokok pisang belakang rumah opah. Dia la beritahu Dedek, Yong umpat dedek.” Then Dedek gelak. Sumpah psiko giler adik aku. Terus aku cakap aku nak tidur sebab tak nak layan psiko Dedek yang kadang-kadang buat jantung aku nak gugur. Kau tahu Dedek boleh cakap apa? “Yong takut ekkk? Takpe, dia tak kacau Yong. Dia kan kawan Dedek”. Tanpa cakap banyak terus aku bagi salam dan letak call.
Lepas tu, terus aku minta opah tidur dengan aku. Atok? Tidur bertemankan bantal ajelah. Hahaha. Opah tanya aku dah kenapa tetiba minta teman. Aku pun cerita la pasal Dedek tu. Opah tak terkejut sangat pasal pokok pisang tu. Sebab opah pernah nampak Dedek cakap sengsorang kat pokok pisang tu dulu. Untuk pengetahuan korang, belakang rumah opah aku ni memang ada serumpun pokok pisang. Lagi satu, boleh pula opah aku ketawa bila aku cakap aku story pasal Dedek kat , “itu la Yong. Gigih beno cerita pasal Dedek buat ape. Kan dah kantoi. Nasib dia tak suruh je kawan dia jumpa kamu. Kalau idok, nangis le kamu sebab takut. ” Sampai hati opah gelakkan aku. Sob! Sob!
Okey setakat tu dulu aku cerita pasal Dedek dengan korang. Lepas ni kalau aku nak bercerita kena minta izin dulu la dengan Dedek. Kang ‘kawan’ dia report aktiviti haram aku kat dia, boleh kena heart attack aku ni. Dah la kuat psiko adik kesayangan aku tu. Huhuhu. Nanti, aku story lagi okey.
Ok macam ni. Utk sesapa yg follow aq tpi aq x followback, jgn mrh aku tpi sila marah kpd watpadd yg smakin membangang yini. Aq dh tekan follow tpi dia x bnrkan dan aq rasa macam nk baling fon. Certain aq bleh follow, certain lgi x. So sesapa yg aq x followback, sori keyh.
Watpadd yg brmasalah, bkn aq sombong or wat. K.
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...